Tuesday, November 6, 2007

Masjid Pink Kg. Pdg, Perak


Semasa keluar mencari barang seperti yang dikehendaki oleh sahabat tok. Kebetulan tok melalui satu kawasan perkampungan nelayan yang di panggil Kg. Pdg, Perak. Sempat jugak tok melalui kawasan kedai dan jetty nelayan di kampung ini. Tapi di sebabkan perjalanan masih jauh, tok teruskan perjalanan tanpa singgah di sini. Sebelumnya, tok tidak pernah sampai ke kampung ini. Ini lah kali pertama tok melalui nya. Apa yang istimewanya kampung ini?.


Kebetulan hari yang tok lalui kampung ini adalah pada hari Jumaat. Orang jugak sebuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Apa yang menarik yang tok nak cerita adalah tentang masjidnya. Masjidnya bukan lah seperti masjid biasa yang berkubah atau bertutup. Masjidnya tidak berpintu dan dindingnya pulak hanya la paras pinggang sahaja. Ada bahagian yang dindingnya paras betis. Oleh sebab itu apa/siapa yang berada di dalam masjid nampak jelas dari luar.

Lupa tok nak beritahu, sebenarnya masjid ini berada di atas laut di tepi pantai. Jadi ada bahagian bahagian masjid yang basah akibat dari lempahan air ombak yang masuk kedalam masjid. Tok perasan imam masjid sedang bersolat sunat di atas bahagian masjid yang basah. Bahan binaan masjid ini tidak pulak tok ketahui dari apa buatannya tapi nampaknya seperti dari batu bata yang di tampal simen. Tidak ada sedikit pun binaan yang di buat dari kayu. Apa yang lebih menarik lagi, keseluruhan luar masjid ini seperti di cat dengan color pink, termasuk juga jalannya, tempat berwuduk dan juga gajah menyusu. Tok tak pasti pulak masjid ini di cat dengan color pink atau bahan binaan nya memang bewarna pink.

Apa yang pastinya tok ternampak singboard yang menyata kan masjid ini bernama "Masjid Pink Kg. Pdg, Perak". Wujud ke Kg. Pdg di Perak? Ntah la... tok pun tak pasti.

No comments:

Post a Comment