Wednesday, November 14, 2007

Orang Bunian


Entah kenapa tiba tiba tok nak berdongeng pula tentang Orang Bunian atau pun yang selalu di panggil sebagai Bunian sahaja. Bunian yang tok tahu, adalah menduduki alam mereka sendiri dan tidak bercampur dengan alam jin. Ada teori mengatakan bahawa Bunian ini bukanlah dari golongan jin dan ada juga mengatakan bahawa bunian ini asalnya adalah campuran daripada manusia dan jin.

Walaupun Bunian ini mempunyai alam mereka sendiri, tetapi kebanyakkannya adalah terletak di pinggir pinggir perkampungan manusia. Ini adalah kerana naluri/kehendak mereka yang lebih hampir kepada manusia. Bukan seperti jin jin yang kebanyakkanya tinggal di dalam hutan, pari pari di atas air dan juga orang kayangan yang berada di atas atas bukit hampir dengan awan awan.

Kehidupan Bunian adalah seperti manusia jua, yang bekerluarga, yang beragama, mempunyai pekerjaan, bercucuk tanam, bergembala, mempunyai doktor, pengangkutan dan berbagai lagi. Mereka juga mempunyai jasad yang hampir kasar dengan manusia, oleh sebab itu lah kadangkala mereka boleh dilihat/dikenali (mereka yang berkebolehan) masuk ke alam manusia dan juga membeli barang barang di pasar pasar.

Dan bukanlah semua Bunian berkebolehan untuk menzahirkan diri ke alam manusia, begitu lah jua manusia yang bukan semua mampu masuk ke Alam mereka. Ada juga manusia yang duduk di alam mereka dan bercampur gaul dengan mereka dan beranak pinak tanpa keinginan untuk kembali ke alam manusia. Secara tak lansung manusia manusia ini juga di panggil bunian.

Tok ni cerita macam dah pernah masuk je kampung bunian. Pernah jumpa ke? Ntah le... tok pun tak tahu...

No comments:

Post a Comment