Tuesday, April 6, 2010

Dua Kuntum Bunga Putih

bunga yang asalnya putih berubah warna menjadi kuning


(mimpi)
Ada suatu malam tok bermimpi. Di dalam mimpi tersebut tok disuruh oleh seseorang (yang tok tidak tahu siapa) untuk memetik 2 kuntum bunga putih. Ditunjukkan juga bentuk bunga tersebut. Disuruh juga berhati hati ketika memetik bunga tersebut kerana ia akan berubah warna jika tersalah petik. Kerana keadaan kawasan yang agak bahaya (mungkin sebab hutan, kawasan sunyi) arwah unyang pun menemankan tok untuk mencari bunga tersebut. Setelah jauh berjalan untuk mencari bunga tersebut, kami pun berjumpa dengan satu kawasan seperti taman bunga di dalam kawasan hutan (seperti ladang kelapa sawit pun ada). Dalam keadaan naif, tok tidak memetik kuntum bunga seperti yang di suruh, tetapi tok memetik kuntum bunga lain yang lebih cantik (mungkin kerana takut bunga berubah warna dan akibatnya tidak menepati janji).

Setelah memetik kuntum bunga yang lain tersebut, tiba tiba menjelma seorang perempuan cantik berpakaian putih yang meracau racau memarahi kami. Unyang yang terkejut dengan keadaan tersebut, terus cuba untuk membetulkan keadaan (dengan menggunakan kepandaian beliau). Di dalam keadaan tersebut, tok tidak pasti sama ada perempuan tersebut adalah jin, hantu atau manusia. Mimpi itu habis begitu sahaja tanpa mengetahui apakah tujuan untuk mengambil 2 kuntum bunga putih tersebut.

(realiti)
Keesokannya tok sudah berjanji dengan sahabat sahabat untuk berkayuh basikal di dalam ladang kelapa sawit (yang terletak di belakang rumah tok). Apa bila memulakan kayuhan tok mula teringat mimpi tok tersebut. Dan ketika itu tok masih ingat dengan jelas rupa bunga putih tersebut. Di sepanjang jalan tersebut, tengiang ngiang di dalam kepala tok..

"2 kuntum bunga putih"..

Bila berhenti berehat pun.. tengiang lagi...

"2 kuntum bunga putih"..

Dan kebetulan pula, laluan yang kami lalui pagi tersebut se akan akan sama seperti yang terdapat di dalam mimpi tok malam tadi. Cuma kali ini tok berkayuh bersama sama sahabat dan tiada unyang di sisi. Akhirnya tok nekad untuk mengambil 2 kuntum bunga putih seperti yang di suruh di dalam mimpi (itu pun jikalau bertemu). Hal ini tidak tok ceritakan pada sahabat sahabat yang lain di ketika itu. Biarlah tok seorang sahaja yang menyimpan cerita ini tanpa melibatkan orang lain. Tok takut jikalau di ceritakan ketika itu, mungkin akan jadi cerita lain.

Sambil sambil berkayuh.. tok ternampak bunga tersebut. Kali pertama tok biarkan. Di hadapan tok jumpa lagi.. dan di biarkan lagi. Tok serba salah tak mahu akibat daripada gara gara tok.. sahabat sahabat lain di ganggu. Ketika itu tok teringat kan mimpi tentang perempuan berbaju putih yang meracau racau tersebut.

Ketika sudah hampir untuk pulang dan ketika menaiki bukit terakhir (kata sahabat) yang juga di panggil Bukit Botak tok ternampak bunga tersebut. Masih lagi tengiang di kepala..

"2 kuntum bunga putih"..

Kali ini tok nekad untuk mengambil bunga tersebut. Lalu tok berhenti di pertengahan bukit dan memetik 2 kuntum bunga putih tersebut. Bunga bunga tersebut tok simpan baik baik di poket belakang seluar.

Kayuhan diteruskan meneruni bukit tanpa perlu berkayuh. Tiba tiba tok rasa ada kekuatan angin yang luar biasa di belakang tok dan tidak semena mena tok rasa ingin muntah, badan kebas seluruh badan dan sejuk sangat terasa sehingga ke tulang jari dan badan tiba tiba lemah seperti komputer sedang "shutdown". Di dalam keadaan itu juga tok terasa ingin membuang air besar dan rasa krem di kedua dua belah kaki. Di ketika ini tok tahu ada gangguan. Tok cuba tenangkan perasaan dan membuat apa yang patut. Akhirnya tok akur.. tok perlu berehat sebentar sambil memrhatikan apakah gangguan tersebut.

Setelah tok rasa sehat kembali, kami pun meneruskan perjalanan pulang. Hal ini tidak langsung tok ceritakan pada sahabat sahabat tok yang lain. Walaupun ketika minum minum di kedai sebelum balik dirumah. Ketika di rumah baru tok teringatkan 2 kuntum bunga yang tok petik tersebut. Bunga tersebut sudah berubah warna menjadi warna kuning.

Sehingga sekarang tok masih lagi tidak dapat logik dan apa perlunya tok untuk mengambil 2 kuntum bunga putih.

2 comments:

  1. tok mungkin bunga ni kurang gula kot, tu sebab dia bertukar jadi warna kuning tu... orang kalau kurang gula pun boleh pengsan...

    ReplyDelete
  2. bunga senduduk putih?.......agaknya ada yg jaga tak bagi amik kalu tak ikut syarat kot......

    pulangkan...he he

    ReplyDelete