Tuesday, April 20, 2010

Telur Lipan


Di hari cuti minggu yang lalu.. tok ambil kesempatan untuk berkayuh basikal di dalam ladang yang terletak di belakang rumah tok. Kali ini tok sepatutnya tidak punyai agenda yang tersirat ketika berkayuh seperti kayuhan yang lalu, seperti yang tok cerita dalam "Dua Kuntum Bunga Putih". Ini turut di pastikan oleh beberapa sahabat sahabat tok. Mungkin sebab mereka tidak mahu gangguan atau takut atau apa sahaja.

Ketika ini juga banyak panggilan yang masuk daripada seorang sahabat yang tinggal di utara tanah air yang ingin bertanyakan tentang mimpi beliau. Mintak maaf kerana tok jarang menjawab telefon ketika sedang berkayuh.. kecuali kalau panggilan dari nenek. Lagi pun tok bukannya fasih tentang hal hal mimpi ni. Bukan tidak mahu membantu... tetapi di luar bidang kuasa.

Sambung hal kayuhan tadi. Di tengah perjalanan tok ada ternampak sesuatu yang agak pelik bagi tok. Tapi mungkin tidak pelik bagi orang lain. Ini adalah kerana di tengah tengah simpang di dalam ladang tersebut diletakkan satu botol besar (sangat besar). Dari jauh sudah nampak. Hati tok mengatakan ada sesuatu. Oleh sebab itu tok berhentilah untuk membelek botol tersebut. Apa yang tok pasti ketika itu... botol tersebut adalah kosong dan masih lagi berpenutup, seperti tidak pernah di buka. Hati tok terdetik mengatakan bahawa botol ini ada benda di dalamnya. Mungkin adalah botol orang menbuang barang tidak baik yang di pasung di dalam botol tersebut.

Sebelum tok mengangkat botol tersebut, tok mulakan dengan membaca "Bismillah" disambung dengan meminta diberikan perlindungan jikalau ada perkara tidak baik. Tok teruskan lagi dengan memohon untuk melihat jikalau ada benda benda tersorok di dalam botol tersebut. Selepas itu baru lah tok belek botol itu (sayang sekali, lupa untuk tangkap gambar botol tersebut).

Setelah mengangkat botol tersebut, tok nampak ada seekor lipan bara yang besar di bawah botol tersebut sambil melingkari seperti bini cili (saiz dan bentuknya). Jadi tok membuat anggapan ianya adalah telur lipan tersebut. Sambil itu.. di dalam hati ada berkata kata...

"Salah satu telur tersebut adalah buntat lipan"...

Ada juga puak puak (yang tak nampak) membisik suruh mengambil kesemua telur telur tersebut. Pada mulanya tok terikut jugak. Lalu tok menghalau ibu lipan tersebut (lagi sekali sayang tak ambil gambar ibu lipan). Tak sanggup tok nak ambil telur telur tersebut tanpa menghalau ibunya.

Setelah ibu lipan lari.. baru lah tok tergerak untuk mengambil gambar telur telur tersebut. Akhir sekali tok membuat keputusan untuk meninggalkan sahaja telur tersebut atas alasan:

1. Tak ada bekas simpan.
2. Kayuhan masih jauh lagi.
3. Bawak balik pun, tak tahu nak buat apa.

6 comments:

  1. telur ke geliga? kalau geliga meh la sebiji... tok, agak2 kalau menetas nanti berapa ekor jantan berapa ekor betina?

    ReplyDelete
  2. Tu la dah org bagi rezeki,...........d tolak.........bila org tak kasi.........nak sangat..........hehehe........telor lipan biasanya berangkai......mana mau sebijik-2........hehehe

    ReplyDelete
  3. jadi bukan telur lipan la ni? telur apa pula ni paktam? (konon2 macam tak tahu maksud paktam) lipan ni jaga telur binatang lain ke? baik sungguh hati lipan ni...

    ReplyDelete
  4. Siapax2 yang beli telur lipan sila PM saya atau wshpp saya 0172836243

    ReplyDelete