Friday, July 30, 2010

Cabaran Menulis


Malam tadi Pak Long suruh tok semak karangan beliau yang perlu di hantar pada cikgu nya. Pendek kata.. sebenarnya tok tak puas hati tengok karangan Pak Long. Jadi tok cabar Pak Long.

Cabaran pada Paklong:
Tiap tiap hari Pak Long di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Long harus mengarang sekurang kurangnya 150 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Sebaik sahaja cabaran di sambut, Pak Ngah pula datang. Apa lagi, cabaran diteruskan kepada Pak Ngah.

Cabaran Pada Pak Ngah:
Tiap tiap hari Pak Ngah di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Ngah harus mengarang sekurang kurangnya 100 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Dan kebetulan pula, Pak Lang datang sebaik sahaja Pak Ngah menyahut cabaran.

Cabaran Pada Pak Lang:
Tiap tiap hari Pak Lang di benarkan untuk menggunakan komputer selama sejam. Dengan syarat Pak Lang harus mengarang sekurang kurangnya 50 patah perkataan dan di letakkan ke dalam blog beliau.

Cabaran di sambut oleh Pak Lang yang pada mula mula agak ragu ragu di atas kemampuan beliau.

Sebelum ini tok Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang tok benarkan guna komputer/internet di rumah sepanjang masa dan sebila mana meraka mahu gunakan. Akibat daripada keputusan periksa penggal lalu yang agak teruk, maka tok denda mereka dengan tidak boleh langsung menyentuh komputer kecuali Sabtu dan Ahad selama 3 jam sahaja sehari. Itu pun syaratnya setelah menyiapkan kerja kerja sekolah.

Pautan kepada blog Pak Long, Pak Ngah dan Pak Lang akan tok letak di dalam pautan blog ini nanti untuk kepada sesiapa yang berminat untuk membaca dan memberikan komen.


4 comments:

  1. baguih la tok !!
    i sendiripun tak berani nak ada blog...insyallh i will follow their blog. baguih, we can know issues from boys at their age's point of view...

    tahniah !!

    ReplyDelete
  2. hajat hati pertamanya hendak mendidik mereka dalam penulisa supaya berani menulis. tetapi tak sangka pula secara tak langsung dapat baca luahan hati mereka.

    ReplyDelete
  3. baru perasan, budak - budak tu pakai seluar silat...

    ReplyDelete
  4. itu seluar multi purpose la... bawak pergi semayang jumaat boleh.. main bola boleh.. buat seluar raya pun boleh...

    ReplyDelete