Wednesday, July 28, 2010

Hikayat Ke Gunung Datuk - Prelude


Ada pun disebut suhatu kesah yang entah di mana tempatnya, juga tidak di sebut di mana mana kitab maupun koran. Di sebuah negeri dahulunya adalah sebuah kerajaan yang besar di sebutnya. Di dalam negeri ini terletak akan sebuah puncak gunung yang tertinggi terkenalnya hanya di tempat itu sahaja dan tidak di tempat lain pula. Tetapi ianya hanya tertinggi di negeri yang di sebut sahaja tidak lah di tempat lain. Gunung ini konon nya di gelar akan sebagai Gunung Nuang disebut orang ramai dan juga hamba sahaya tak tinggal juga oleh segala penghulu penghulu dan tok empat kawasan.

Akan ada suhatu hari adalah sekumpulan rakyat jelata yang terhingin sangat mendaki gunung di negeri tersebut. Maka dikumpul kumpul, dapat lah juga dikumpul berberapa hamba, tok guru, tok bomoh, peniaga dan berbagai lagi barang pekerjaan mereka. Di kira kira adalah lebih sepuluh orang lah jua, termasuk beberapa orang dayang dan anak anak remaja dan kecil.

Apa bila telah ditelek telek oleh tok nujum keturunan jawa maka tetap lah tarikh untuk berangkat dan bukan lah tarikh malam jumaat keliwon dipilihnya, bahkan cuma hari hari kebiasaan sahaja. Maka berangkat lah kumpulan ini mendaki gunung yang di sebut ramai bahkan terkenal di dalam negeri tersebut.

Tiada cacat cela lah pendakian ke Gunung ini malahan terlalu lah gembiranya mereka bersuka sukaan bersama mereka. Pendakian mereka tiada lah dengan menaiki apa jua kenderaan, tiada gajah alam johar, tiada kuda sembrani, tiada kuda bertanduk satu dan segala apa jua jenis binatang kenderaan, hanya berkaki ayam semata mata.

Setelah semua selamat bersuka sukaan di atas puncak Gunung Si Nuang, maka di bawah pohon buluh merancang rancanglah pulak mereka dan diketuai oleh tok pendawa untuk ke Gunung lain pula. Maka di bawah pohon buluh tersebut kumpulan ini mendapat kata sepakat untuk mendaki Gunung Datuk yang khabarnya terletak di Negeri Sembilan hendaknya.

Maka ke Gunung datuklah mereka..........

bersambung.....

No comments:

Post a Comment