Basikal yang ditunjukkan di atas adalah yang telah tok beli dengan harga RM7ribu. Walaupun harganya tidak munasabah seperti yang di luahkan oleh Puteri Gading Putih, ada lebih patut tok melangsaikan hutang motosikal tok yang di bayar sebanyak RM160 secara bulanan. Apatah lagi di ketika itu baki bayaran motosikal tok hanya tinggal RM2ribu sahaja.
Aktiviti kayuhan tok selalunya dilakukan di hujung minggu dan jikalau ada kelapangan sahaja. Tok tidak pandai berkayuh di atas jalan raya, jadi tapak lokasi nya adalah lebih kepada jalan yang tidak berturap oleh aspal. Ada kala tok juga berkayuh di malam hari, ini adalah untuk mendapatkan pengalaman berkayuh ketika gelap dan juga suhunya lebih sejuk dibandingkan dengan siang hari. Bila ada kelapangan nanti tok ceritakan pengalaman tok berkayuh di malam hari. Untuk sementara waktu, tok tutup dulu sahaja lipur ini.
No comments:
Post a Comment