Wednesday, September 12, 2007

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART II

semasa melepak dengan group pertama di bawah lampu limpah block 6. tok tengok cikgu asmadi duduk keseorang di atas pembahagi jalan. dalam otak tok, jangan la pulak ada yang mengganggu cikgu asmadi. keadaan cikgu seperti orang yang mahu tidur dan juga mengasingkan diri dari orang lain. ini kadang kala boleh jadi tanda akan ada gangguan ghaib. tok berdoa lagi khas untuk cikgu asmadi, semoga ALLAH S.W.T melindungi cikgu asmadi dari sebarang bentuk gangguan. tok risau, buat nya cikgu asmadi di rasuk dalam ladang tuan mee.. tak ke haru. paling haru kalau cikgu lari sorang diri dalam ladang tu.. jenuh nak kejar. sempat jugak tok bertanya cikgu. cikgu ok ke? ok katanya, cuma mengantuk dan penat sikit sebab ada gotong royong pindah surau pagi tadi. dia penat panjat bumbung sebab nak pasang speaker.

apa bila selesai group ke dua membetul kan rantai basikal ucop dolphin, kami pun meneruskan perjalanan epic. pengiraan kepala kembali di buat sebelum bertolak. untuk mempastikan cikgu asmadi tidak buat chicken loop atau hilang ditengah jalan. semasa memulakan kayuhan tok telah memperkenal kan sahabat ghaib yang bernama tengku dengan marshall belakang kita iaitu saudara gaplek. itu pun tanpa pengetahuan gaplek. maknanya, tengku akan mengikut gaplek sebagai marshall belakang dan mbah akan ikut tok sebagai marshall hadapan. kayuhan diteruskan, dan bermula lah episode orang kampong lintas melintas jalan apabila melalui jalan tanah merah ditepi padang golf. tapi tak tok hiraukan sebab merka hanya ingin melihat seperti orang kita melihat Le Tour De Langkawi. tak ke kecoh sikit. Ketika ini tengku agak tegang sikit sebab marshall belakang iaitu saudara gaplek sering kerap kayuh ke hadapan sebab untuk menangkap gambar. masa ini tok suruh tengku bertenang dan akan memberitahu gaplek tentang scenario ini. masa sampai di pintu masuk ladang di block 3, tok sempat memberitahu gaplek supaya jangan lagi kayuh kehadapan, dia kena sentiasa berada di belakang. gaplek angguk sahaja. masih tok tak bercerita lagi kat dia pasal tengku. kalau tahu.. mampus dia tak mahu jadi marshall belakang.

selepas bunyi KAABOOMM, angkara mercun si wan, menandakan bermulanya perjalanan masuk ke ladang kelapa sawit. kami pun turun ke bawah bukit satu persatu. dan setakat di pintu masuk ladang semua keadaan terkawal, lintasan di hadapan tu biasa sahaja la. ada satu lintasan yang hampir nyata iaitu budak kecil berbaju biru di hadapan tok. nasib la semua tak nampak. sebab tak ada orang cerita pun, maknanya diorang masih lagi tak nampak apa apa. kayuhan diteruskan, masa ini semua berebut untuk kehadapan, tok pun tak tahu apa pasal. kayuhan yang sepatut nya 1 line sudah jadi 3 line. nasib baik la abang ipin yang berada di belakang tok dapat mengawal keadaan. TQ abang ipin. kalau tidak jadi carca merba.

semasa menghampiri titi ikan bilis, tok nampak ada banyak orbs (uncle seekers punya wording), budak budak kecik dan orang kampong dan jugak satu cahaya yang sangat terang menyuluh mata belah kiri tok. tapi tok biar kan sahaja. masa yang sama, mbah masih lagi di hadapan tok mengepalai perjalanan dan juga sekali sekala tok menghubungi tengku di belakang untuk mengetahui situasi. keadaan tetap terkawal. tok sebagai lead marshall berhenti seketika di bukit kelawar, sebagai menghormati saudara kelawar. dan juga mengarahkan pengayuh pengayuh untuk berhenti dan mengambil udara segar di bukit kelawar.

perjalanan diteruskan ke bukit check point pertama untuk berehat. sampai di bukit check point pertama, tok dipanggil oleh wan pechiko. dalam kumpulan kecil itu ada wan pechiko, zul roti canai dan ipin. wan mengatakan bahawa zul roti canai kena kacau oleh satu lembaga bermata merah yang tinggi ketika berada di titi kelawar. telinga zul roti canai di ketuk ketuk atau di raba raba oleh lembaga tersebut. dan lembaga tersebut mengikuti zul sehingga ke bukit check point. aku mengarahkan zul supaya mendiam kan cerita tersebut untuk tidak menakut kan pengayuh yang lain. semasa aku melihat secara batin tidak pulak kelihatan lembaga yang di sebut kan. mungkin dia main nyorok nyorok atau lembaga lain yang mengganggu. tau tau aja lah, perjalanan tersebut ada ramai budak budak dan jugak berbagai jenis lagi makhluk lain. tok biar kan begitu sahaja. asal kan tak ganggu udah la. setakat nak main main tu, biasa la.

bersambung….

No comments:

Post a Comment