Dahulu tok ada bercerita serba sedikit perihal hal alam yang di panggil kayangan. Ada pun kayangan ini alam nya terletak diantara bukit/gunung dan awan. Tetapi alam ini masih lagi halus dan tidak ternampak oleh mata kasar. Di sini lah tempat tinggalnya segala makhluk Allah S.W.T yang di panggil dewa. Tidak kira lah apa nama sekali pun, Kuan Yin, Sri Rama, Hercules, Poseidon dan apa sahaja nama nama dewa yang biasa di sebut.
Di alam ini juga tinggal seorang raja yang bernama Sang Arjuna Maliki. Ada pun raja ini tidaklah menganut agama Islam seperti yang di anuti oleh umat Muhammad S.A.W. Tetapi beliau dan rakyat beliau menganuti ajaran yang mana mereka mengEsakan Allah S.W.T. Ada pun raja ini sudah lama bermuram durja sebelum ini, adalah kerana kehilangan anakanda lelaki beliau yang tunggal.
Ada pun sebenarnya anakanda beliau telah di turunkan ke alam kasar dan menjalankan hidup seperti biasa tanpa pengetahuan beliau dan juga tanpa pengetahuan anakanda nya juga. Ini adalah kerana apa bila anakanda beliau di turunkan ke alam kasar, pengetahuan putera ini tentang kehidupan di alam kayangan semuanya lupus di dalam ingatan. Jadi, tiadalah ia ingat akan ayahanda nya di kayangan.
Setelah sekian lama mencari, akhirnya Sang Arjuna Maliki dapat juga menjejaki anakandanya di alam kasar. Semasa hilang dahulu anakandanya adalah terlalu kecil. Tetapi masalahnya, perhubungan antara dua makhluk Allah S.W.T tidak boleh berlaku secara suri. Jadi tidak banyak yang dapat mereka bincangkan apatah lagi usaha beliau untuk memulihkan pengingatan anakanda beliau adalah bukan perkara yang enteng.
Cerita kehilang anakanda beliau dahulu adalah dibawa oleh makhluk Allah S.W.T berkepak yang lain. Kehilangan anakanda beliau ini dituruti oleh 6 sahabat anakanda beliau yang lain di ketika itu sedang bermain main di sebatang pokok ara yang rendang. 7 sahabat ini di sorokkan di celah kepak makhluk ini lalu di larikan.
Walaubagaimana pun, Sang Arjuna Maliki sudah mampu menarik nafas lega setelah anakanda yang di cintai nya sudah dapat dijumpai sekian lamanya walaupun mereka berada di alam yang berbeza. Mana tok tahu pasal orang tua ni? Ntah le. tok pun agak agak aja.
No comments:
Post a Comment