di pintu keluar bawah bukit tuan mee. tok berhenti kan basikal untuk menunggu kawan kawan yang lain habis keluar. apa bila semua habis keluar, tok mengarah kan wan pechiko mendahului kawan kawan di hadapan. kali ini tok akan duduk di belakang untuk pastikan tiada sesiapa yang ikut pulang. sementara itu ramai orang orang kampung yang melambai lambai di atas bukit menunjukkan rasa terima kasih kerana sudi berkayuh memalui kampung mereka. termasuk jugak Tuan Haji Kassim yang mengucapkan terima kasih kerana kesudian kita melalui kampung mereka di malam hari. sambil itu juga beliau menyampai kan bahawa ada seorang gadis kampung yang sangat berkenan dengan salah seorang rider yang biasa beliau lihat ketika berkayuh di siang hari. tok tak ambik kesah untuk ambil tahu pada siapa yang gadis tersebut berkenan. tok mensyaratkan bahawa jikalau gadis tersebut betul betul berkenan, beliau harus menyampai kan sendiri hajat tersebut. tok tak mahu jadi orang tengah. kejadian kita dan mereka sangat berbeza dan untuk menjalinkan hubungan adalah sangat sukar apatah lagi jika ingin berhubung dan berkomunikasi. ada banyak batas batas yang harus di perhatikan. jadi rider malam tu, kalau ada sesiapa yang sudah di hubungi tolong PM tok.
sambil itu tiba tiba turun pula pemuda yang berkepak berseluar putih panjang berbadan tegap. yang mengenal kan diri sebagai Sang Dewata dari kayangan. dan hanya datang melawat dan kebetulan bulan penuh adalah masa mereka turun ke bumi tapi masih lagi di dalam keadaan ghaib. untuk potong cerita... tok berpesan pada Tuan Haji Kassim, beliau kena pastikan bahawa anak anak buah beliau tidak mengekori kami pulang. dan beliau hanya berpesan "pastikan kawan kawan kamu mengikut jalan warna hitam apa bila pulang". aku paham maksudnya, maknanya suruh balik ikut jalan aspal le.. jangan ikut tanah merah. perjalanan diteruskan dan tok di belakang sekali dengan mempastikan tiada siapa mengekori.
sampai di jalan aspal block 6, kelihatan satu group sedang berhenti. rupanya tayar basikal budin bocor dan amat propel sebok membantu budin menukar tiub. tok berhenti sekejap dan di ketika itu tengku dan mbah datang mengucapkan terima kasih kerana membenarkan mereka turut serta di dalam perjalanan ini. tok pun berbasa basi mengatakan bahawa terima kasih juga kepada mereka kena sudi turut serta. setelah budin dan amat propel selesai memasang kembali tayar basikal budin. perjalanan diteruskan ke jintan manis. sampai di jintan manis rupanya sudah ada yang sampai. macam biasa lah sembang sembang di sana.... (penat dah nak tulis).... semasa makan, tok sempat panggil balik tengku dan mbah untuk mendapat khabar siapa yang mengganggu zul roti canai bila lihat dia masih lagi cemas. mbah mengkhabarkan bahawa zul mungkin di langgar unggas. dan itu juga lah yang aku sampai kan pada wan pechiko tapi tidak pada zul. selesai makan dan ketika mahu balik aku sempat berpesan kepada rakan rakan yang lain, pastikan pulang mengikut jalan aspal, jangan sekali sekala ikut jalan tanah merah. teringat aku pesan Tuan Haji Kassim. dan pada yang ada baby kecik jangan lupa baca Bismillah 21 kali sebagai syarat untuk tidak digangggu. hanya Allah sahaja yang boleh melindungi kita.
TAMMAT
No comments:
Post a Comment