Wednesday, September 12, 2007

Kenapa Ketualanun


Ada pun di khabar kan bahawa keturunan tok adalah keturunan merantau. Kedua dua atok adalah orang yang belayar dari keturunan seberang yang merantau menaiki sampan untuk ke negeri ini. Atok di sebelah emak di katakan berbangsa minang yang asalnya dari kepulauan Sumatera. Sepanjang hayat yang tok kenali beliau juga di kenali dengan gelaran Tok Pokong. Ini ada lah di sebab kan oleh pokong jari nya. Masa tua beliau kebanyakannya di habis kan dengan mengajar mengaji dan juga sebagai perawat. Diceritakan bahawa Tok Pokong juga handal tentang ilmu Agama, Silat dan juga Kebatinan.

Ada pula atok di sebelah bapa pula di kata berbangsa bugis dan berasal dari kepulauan Jawa. Salah satu tujuan kedatangan beliau ke negeri ini adalah untuk mencari ayahandanya. Beliau yang bernama Tok Atan berusaha menjejaki ayahandanya Haji Mat Kari yang terkenal sebagai pawang yang handal di negeri ini. Tok Atan yang di kenali adalah lebih merupakan seorang yang pendiam, jadi tak banyak cerita yang boleh di sampaikan tentang Tok Atan. Hanya yang di ketahui Tok Atan mengamal kan sejenis ajaran Thorikat yang tidak tok ketahui nama nya.

Oleh sebab asal usul tok yang kebanyakannya berbangsa lanun, jadi tok suka lah menggelarkan diri tok sebagai ketualanun yang bermakna ketua bagi bangsa bangsa ini. Ada pun tujuan tok adalah baik sekali dan bukan bermaksud ingin jadi perompak harta atau perogol seperti yang di takuti oleh orang kebiasaan. Nanti tok cerikan pulak siapa kah lanun dan kenapa lanun di takuti oleh kebanyakan bangsa. Tunggu lah nanti bila ada kelapangan dan ada kehendak tok untuk menulis bab lanun pula. Buat masa ini, keperluan dan kehendak tok adalah untuk berhenti berlipur barang seketika kerana kekeringan ayat.

No comments:

Post a Comment