seperti yang banyak di cerita kan sebelum ini, banyak yang tok sebut tentang Puteri Gading Putih ni. siapa sebenarnya Puteri Gading Putih?
ada pun sebenarnya Puteri Gading Putih ni adalah sebenarnya isteri tok yang tercinta. ada pun seperti yang tok selalu kata kan pada Puteri Gading Putih, tok mencintainya kerana ALLAH. bukan sebab tok tak mencintai Puteri Gading Putih, tapi bagi tok adalah lebih berkat jikalau mencintai nya kerana ALLAH S.W.T.
kenapa pulak nak mencintainya Puteri Gading Putih kerana ALLAH? alasan tok senang sahaja, adapun ajal maut, jodoh pertemuan adalah urusan ALLAH. walau usaha macam mana pun jikalau ada jodohnya, pasti di temukanNya kita dengan seseorang. ALLAH telah temukan tok dengan Puteri Gading Putih, dan tok telah berjanji ketika ber akad dahulu untuk memegang amanah yang ALLAH berikan.
ada pun pertemuan tok dengan tuan Puteri Gading Putih ni ketika tok masa muda remaja lagi, mungkin masa tok berumur 16 atau 17 tahun. Alhamdulillah kekalnya hingga ke sekarang. Putera dan Puteri tok pun dah seramai 5 orang. idak le ramai sangat, tapi berderet jugak le kalau ke pasar malam.
sebenarnya Puteri Gading Putih ni bukan le nama betul permaisuri tok tu. ini adalah nama gelaran yang telah di berikan oleh kawan kawan yang ghaib dan mungkin nama gelaran beliau semasa di alam dalam. ada pun Tuan Puteri ni asal usulnya adalah dari keturunan bangsawan di Jawa, tapi akhirnya merantau ke Melaya. itu yang di khabar oleh Tuan Puteri pada tok, kalau kelentong Tuan Puteri pada tok... maknanya kelentong la jua tok di sini.
lupa untuk tok beritahu, image yang tok lampirkan di atas sebenarnya adalah cop mohor kerajaan Tuan Puteri Gading Putih.
No comments:
Post a Comment