Wednesday, September 12, 2007

Cerita Dongeng Kayuhan Di Malam Hari - PART IV

sehingga sampai kedownhill pertama tok berhenti supaya wan dapat buat briefing sikit. downhill ni ada sikit bahaya sebab siang hari pun banyak yang tergolek. tergolek bodoh pun ada. jadi malam hari lagi la bahaya. perjalanan downhill di teruskan sehingga sampai ke titi besar. tok dengar ada rider jatuh jugak, tapi tak tahu siapa. perjalanan di teruskan sehingga downhill kedua. downhill kedua ni lagi bahaya sebab penghujungnya adalah titi kecil. tok tak mahu ambil risiko sebab masih lagi berada di dalam kampung Tuan Haji Khamis. jadi tok berhenti dan menolak basikal ketika melalui titi ini.

tok memberi arahan supaya yang lain pun menolak basikal ketika meniti. perjalanan di teruskan dengan memanjat bukit poligon (check point ke 3). Alhamdulillah setakat ini tiada gangguan dari anak buah Tuan Haji Khamis. dan berehat seketika di bukit poligon. seperti biasa tok bagi chance untuk sebatang rokok shj. abis sebatang rokok, perjalanan di teruskan dengan single trek sehingga berjumpa dengan bangkai musang hitam ketika mendaki bukit. nasib baik bangkai musang, kalau bangkai kucing hitam, sahih la akan ada gangguan di hadapan. perjalanan berhenti seketika di bukit check point keempat. disini tok baru teringat cikgu asmadi. apa bila melihat dia sekali lagi mengasingkan diri dan duduk bersendirian. jawapan dia OK bila tok bertanya tentang diri dia. "penat" katanya. tak pa la, tak lama lagi dah nak sampai bukit botak (check point terakhir).

setelah berehat begitu begini, perjalanan diteruskan ke bukit botak. ambik masa 1/2 jam jugak berehat disana sambil berbincang serba sedikit mengenai halatuju kelab basikal ini. selepas sessi fotograpi, perjalanan diteruskan untuk terus balik ke medan puteri. TIADA LAGI BERHENTI... kata che wan. ketika ini perjalanan di teruskan melalui perkampungan ghaib yang diketuai oleh Tuan Haji Kassim. ketika sudah hampir ke jalan keluar ladang tuan mee. tok memanggil mbah supaya berjalan diantara basikal tok dan basikal che wan pechiko. masa ini tok mem beritahu che wan kalau ingin tahu, diwaktu ini antara basikal tok dan basikal dia ada Pak Belang. che wan angguk kepala dan cuma kata hmmm sahaja. tok tak tahu apa dia pikir. selepas kayuh dalam 10 meter, tok kata kat che wan lagi, Pak Belang tu ada lagi, kau tak rasa ke? che wan maintain diam kan diri aja. sehingga sampai kesimpang keluar ladang, che wan memberitahu melalui walkie talkie yang kayuhan diteruskan sehingga keluar dari ladang.

bersambung........

No comments:

Post a Comment