Tuesday, September 29, 2009

Cerita Raya

Tak ada cerita menarik pun.

1. 1 Syawal - Sembahyang raya di masjid dekat dekat rumah. Lepas tu pergi rumah Unyang perempuan, lepas tu baru melawat Unyang Jantan di Hospital. Malam nya tunggu Unyang Jantan di hospital.

2. 2 Syawal - Tak kemana. Qadha tidur malam tadi. Malam tunggu Unyang Jantan.

2. 3 Syawal - Masih lagi bercuti. Berkunjung ke rumah seorang sahabat. Itu sahaja yang larat. Malam tunggu Unyang Jantan lagi.

4. 4 Syawal - Sudah mula bekerja. Malam jaga Unyang Jantan.

5. 5 Syawal - Kerja. Unyang Jantan sudah keluar hospital. Tapi bukan sebab dah sehat, sebab doktor pun dah tak boleh buat apa.

Conclusion: Raya ni tok tak kemana pun.

Thursday, September 17, 2009

1 Syawal Di Mana?

Ikut perancangan asal tok adalah balik ke rumah mertua di kampung sitiawan. Tetapi memandangkan keadaan unyang yang tak berapa sehat dan masih lagi berumah tangga di hospital, maka tak sanggup rasanya pulak tinggal kan beliau. Maknanya, kalau unyang tidak keluar hospital pada atau sebelum 1 Syawal 1430, maknanya tok akan beraya di hospital sahaja. Tetapi kalau unyang keluar dari hospital sebelum 1 Syawal, maknanya dapatlah tok beraya di rumah mertua. Tapi sebenarnya tok tak kesah pun, sebab sementara waktu ni mertua memang tinggal dengan tok.

Syawal 1430 Hijrah


Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Tarikh hari ni nombornya cantik. Rasanya ramai yang dah perasan. Tapi yang tok rasa, tukang beli nombor lah yang paling perasan. Kebetulan pula hari ni hari Rabu, 3 kaunter rumah kedai mesti bukak punya. Silap silap SOLD OUT nombor ni.

Tuesday, September 8, 2009

Guru Mursyid

Ketika sebok melayan kerenah Unyang di Hospital, ada sekali haritu entah tiba tiba Unyang membebel pasal Guru Mursyid. Katanya..

"Guru Mursyid ini kalau boleh jangan di cari. Lagi elok cari Allah. Kalau di cari juga, maknanya kita mendahulukan yang lain selain daripada Allah. Kalau ada guru yang mengaku dia Mursyid, maknanya bukan lah dia sebenarnya. Guru Mursyid tidak akan mengaku dirinya Mursyid malahan kadang kala dia pun tidak tahu dirinya Mursyid"

Tok tak tahu sama ada ini boleh di jadikan panduan atau tidak, kerana ketika berkata kata hal ini, Unyang adalah di bawah pengaruh morfin yang menjadi minuman harian beliau.

Wednesday, September 2, 2009

Tidur Di Hospital

Kepala ngang dan ngantuk giler. Malam tadi tidur di Hospital teman kan Unyang yang sakit. Sebab tak biasa, tok pun tidur tidur ayam sahaja. Apatah lagi Unyang meminta tok bacakan apa apa kitab sebelum tok tidur. Unyang lagi tak boleh tidur, mungkin kesan daripada "morfin" yang di makan nya. Cakap pun merewang rewang sahaja. Tok pun layan le.

Kebetulan tok bawak buku Futuh Al-Ghaib (SAQJ), maka tok baca kan lah untuk Unyang. Lepas tok baca tok ulas (ikut sedap hati). Kadang kadang Unyang pula ulas sambil melayan kesan "morfin" yang di minumnya. Ahh.. memang kurang tidur..

Malam nanti sambung lagi teman kan Unyang...