Tok pun dah tak ingat berapa lama Unyang pergi. Kalau tak silap beberapa hari sebelum Raya Aidiladha yang lalu. Sementalah dengan kesibukan tok yang sudah beberapa weekend terpaksa bekerja untuk menyiapkan lapuran lapuran yang berkaitan dengan kerja kerja di pejabat. Entah kenapa weekend yang lalu sambil membuat kerja kerja di rumah.. tok rasa macam kosong sahaja. Nak buat lapuran macam tak ada idea, nak keluar minum minum rasa macam malas.
Akhirnya tok sedar yang tok sudah melupakan Unyang. Ketika makan tengah hari tok menyuarakan pada nenek yang tok rasa ingin melawat kubur Unyang selepas asar nanti. Dengarnya abang long sudah memacak nesan. Nenek setuju untuk turut serta. Kami bertolak selepas Asar, sebenarnya tak jauh pun perjalanan.. lebih kurang 30 minit sahaja.
Sampai di tanah perkhuburan, tok tercari cari kubur Unyang. Ini sebenarnya adalah kali kedua tok kubur Unyang sejak Unyang pergi. Mujurlah lah Pak Ngah yang ikut tok sekali sangat cekap matanya walaupun baru berumur 11 tahun. Dengar nya Abang Long lah yang pacak batu nesan dan Kak Ngah sekeluarga menambak batu sungai di sekeliling pusara.
Apa yang tok buat? sekadar bercerita sahaja lah yang boleh.. itu pun tunggang terbalik...