Tuesday, January 31, 2012

Melihat Budak Budak Bergaduh



Tak tahu lah kebiasaan ke tidak, budak budak ni berlatih bertumbuk selepas subuh pulak. Selalunya malam malam. Kalau yang buat pagi pagi ni budak budak Taekwondo ja. Budak Taekwondo selalunya baju putih. Tapi tok tengok cikgu diorang ni pun pelik jugak. Kejap dulu pernah bengkok, lepas tu simpul, cuma sekarang je tok tengok dah lurus.


Mungkin sebab berlatih siang kot tu yang anak murid dua orang ja. Orang lalu lalang pun tengok pelik. Ni geng mana pulak sesat ni pakai baju hitam siang hari sambil main tumbuk tumbuk. Lepas tu main main kat taman permainan pulak tu.

Monday, January 23, 2012

Selalu Tak Ingat



Dulu tok selalu tak ingat siapa diri tok, terutama sekali jika terkejut ketika tengah tidur.


"hang balik tak habis.." kata Pak Tam bila tok cerita kat beliau.


Ini sebenarnya kes tok yang suka merayau rayau ketika sedang tidur. Tapi sekarang sudah lain.. Tok boleh ingat siapa tok.. Tapi tok tak ingat siapa yang tidur sebelah tok. Kesian kat nenek..


Published with Blogger-droid v2.0.3

Game & Watch



Bila tengok paksu main PsP. Tok selalu teringat Game & Watch. Dulu Tok Long pernah belikan untuk tok dan Nek Ngah. Yang pastinya sekarang tak ada jual dah. Kalau ada pun pasti tak laku.


Published with Blogger-droid v2.0.3

Sunday, January 8, 2012

Apa Kerja Korang Ni



Kejap menjintat. Kejap block. Korang buat apa ni. Tok tahan mata ja ni. Esok nak start kerja baru.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Kerja Baru



Esok start kerja baru. Moga segala urusan tok dipermudahkanNya. Bukan tok tak biasa tukar tukar kerja. Rasanya dalam resume tok.. Lebih kurang 10 syarikat dah tok kerja. Tak tahu lah pulak yang kali ni berapa lama pulak.


Sebenarnya tok bukanlah suka sangat tukar tukar kerja. Kadang kadang peluang tu ada.. tok ambil sahaja. Ofis tok kali ni di Bangunan UOA Bangsar.. Siapa yang dekat tu contact contact la..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Wednesday, January 4, 2012

Nur Amalina Che Bakri



Tok pernah tulis dahulu kalau boleh tok tak mahu komen pasal orang. Dan sebenarnya tok tak nak komen langsung pasal Nur Amalina Che Bakri ni. Dah terlalu ramai tukang komen professional dan tidak professional dalam facebook dan juga forum forum.


Dari pemerhatian tok ada banyak side tukang komen ni. Ada yang hantam kaw kaw.. Ada yang defend sikit sikit.. Ada juga yang neutral. Kena pulak pula trend facebook sekarang.. Nak tulis apa saja tulis la. Kalau kononnya bernas.. adalah yang Like nanti. Dia punya komen la sehinggakan sampai lupa masing masing ada anak. Anak kita ni belum tentulah jadi cammana.


Ada juga yang cerita bagaimana cara yang terbaik mendidik anak. Yang bercerita tu pulak.. anaknya kecil kecil lagi. Hasil tuaian pokok belum pernah dipetik lagi.. sudah cerita satu kampung bagaimana bagusnya pokok itu beliau jaga. Sehinggakan lupa tentang kuasa Allah dan dugaan daripada Allah.


Tok anggap kan ini semua satu pengajaran untuk tok dalam mendidik anak anak mengikut acuan tok. Acuan tok tak semestinya baik untuk anak anak orang lain. Jadi tok tak perlu ceritalah bagaimana bentuk acuan tu. Asalkan begitu kehendak Allah.. tok terima seadanya..


Published with Blogger-droid v2.0.2

Sunday, January 1, 2012

01.01.2012



Biasa biasa hari ni. Tok pergi kayuh basikal terus kepenatan sampai ke malam. Sehinggakan sampai terpaksa ponteng kelas sifir malam ni.


Walau apa pun tok bersyukur kerana masih lagi benafas dan merasa kehidupan di tahun 2012. Masih lagi merasa tenaga dan kudrat yang Allah SWT berikan. Jiwa masih lagi terasa muda walau usia makin meningkat.


Harapan tok pada tahun ini adalah untuk melihat apa sahaja yang orang jangkakan akan berlaku tahun ini. Tak kira hal baik atau buruk.


Published with Blogger-droid v2.0.2