Monday, September 17, 2012

Toyol



Baru baru ni tok ada terjumpa seekor/seorang toyol. Gambaran yang paling dekat benda yang tok jumpa adalah seperti di atas. Badan nya merah menghening dan badannya lebih kurang besar seekor kucing jantan dewasa. Berkepala botak tiada berambut warna pun merah meghening. Setakat ni tok belum jumpa lagi yang warna hijau seperti dalam drama drama hantu atau komedi melayu.


Ada juga tergerak hati nak menangkap. Tapi tok tak ada pengalaman tentang hal hal ni. Masa tu tok ada jugak terpikir..

"Kalau kena gigit karang.. jadi pasal la pulak"..

Nak panggil rakan rakan, ketika tu tok bersorangan. Kawasan gelap, sebelah tangan pegang torch light. Senang kata tak cukup tangan la..

"Kalau guna jala pun bagus jugak ni".. kata tok dalam hati

Tapi mana la pulak nak dapat jala. Kalau tok tinggalkan hilang la pulak budak ni. Budak ni duduk diam  setempat je tak pergi mana mana. Lagipun bukan selalu dapat peluang jumpa toyol. Ada macam kemungkinan jugak yang beliau ni tak nampak tok. Akhirnya budak tu hilang begitu aja. Setakat gambar diatas ja la yang tok jumpa sebagai gambaran paling dekat dengan apa yang tok jumpa.

P/s: Ini pengalaman tok aja. Mungkin betul toyol atau mungkin spesis lain.

Wednesday, September 12, 2012

Pisau Lapah



Tok dah terbiasa tiap kali melapah waktu raya korban, satu pisau lapah baru mesti tok cuba. Untuk tahun ni satu pisau lapah sudah ditempah dan tinggal tunggu penghantaran sahaja.


Tempah konon. Sebenarnya tok beli kat e-bay ja. Mungkin dalam masa dua minggu lagi sampai lah. Itu pun kalau lepas kastam. Kalau tak lepas, kira sedekah ja lah. Katanya pisau ni adalah jenis "custom handmade damascus skinning knife".


Tengok ja lah bila sampai nanti.Kalau ikutkan ini lah kali pertama tok ada (kalau sampai) pisau jenis besi damascus.

Friday, September 7, 2012

Hang Tuah Gelap



Ada yang kata gambar di atas adalah 99% gambar paling dekat dengan Hang Tuah. Siap dah buat stem Malaysia lagi. Segan segan la pulak tok nak komen pasal gambar Hang Tuah ni. Dari warna kulit rasanya bukan melayu. Gelap sangat la bro, dah tak nampak melayu dah ni.. Mungkin keturunan mamak atau orang India. Kesian lah pulak geng yang claim Hang Tuah tu orang China. Jauh lari ni...

Dengarnya gambar ni di lorek setelah dapat wajahnya daripada mimpi seseorang. Boleh la nak percaya mimpi. Tapi dah tapis ke mimpi tu betul betul. Ada kebarangkalian tak mimpi bertemu Hang Tuah tu waktu malam dan tiada cahaya lampu?


Tuesday, September 4, 2012

ALEXA Pagerank



tok tak tahu apa benda ALEXA Pagerank ni. saja main cuba cuba register 2 - 3 bulan lepas. hari ni tok check pun tak tahu apa yang nak di check sebenarnya. tapi terjumpa lah blog atau site mana yang buat link ke blog tok. sebagai ucapan terima kasih tok letakkan lah list bloq dan web tersebut.