Wednesday, June 11, 2014

Beli Hadiah Hari Jadi

Dah berapa tahun kebelakangan ni, asyik beli pen ja sebagai hadiah hari jadi. Dah macam macam pen tok ada. pen kayu, pen carbon fiber, pen plastik dan sebut aja. Tok ni pulak jenis hadiah suka pilih sendiri. Jangan la nak surprise surprise.

Kebetulan pulah hari jadi tok dah dekat.

"Pen apa pulak nak tahun ni?".. tanya nenek..

wallau...... tok dah tahu dah....

"tactical pen!!".. jawab tok

Terkulat kulat la nenek nak paham kan apa tu tactical pen. Sebenarnya tok pun tak berapa paham. Tapi sebab nak pen yang lain dari yang sebelum sebelum ni, maka itu ajalah option yang tok tahu. Lepas buat sikit study...

NAHHHHHH..



Apa lagi, dah dapat model pen, nenek pun suruh lah pak long order online.

"Ada lebih duit tak dalam bank?"... tanya tok sama pak long.

"Ada sikit lagi bah.".. jawab pak long

Tok bukan tanya duit pak long, tok tanya duit yang nenek bank in untuk beli hadiah hari jadi tok. Maka mula la nak menambah.

TADAAAAA....


Pisau leher seramik. tok tak tau la nak buat apa.

Tuesday, June 10, 2014

Weekend Yang Agak Penat

Cuti sekolah, selalunya bukan lah boleh nak rehat sangat. Lepas satu aktiviti ke satu aktiviti. Aktiviti tok satu hal lah, campur lagi aktiviti budak budak, itu belum campur lagi layan aktiviti nenek. Tapi weekend hari tu memang agak penat jugak. Sampai sekarang sengal sengal badan. Apa nak buat, umur makin meningkat, kudrat makin lemah.

Mula mula dok melayan diorang ni pergi grading. Budget memang satu hari lah,


Tak sampai petang pun, dapat berita ada kematian di Sitiawan. Tenang ajalah, tok tak kejar sangat, tunggu habis grading bebudak ni dulu baru tok gerak. Kalau tak sempat tolong kebumi pun tak pa. Janji melawat. Masa unyang lelaki (al-fatihah) meninggal dulu pun tok tak sempat jugak tolong kebumi kan. Lepas grading, ambik mertua dia Bangsar, lepas tu balik rumah dulu ambik baju. kononnya nak bermalam di Sitiawan.

Lepas maghrib baru dapat gerak dari rumah tok. Alhamdulillah kereta tak banyak. Yang tok pulak, kalau ke Sitiawan, pastinya mesti cari Char Koew Teow.

"Char koew teow dulu??".. tanya tok sama nenek

Dengarnya pun sudah dikebumikan petang tadi, jadi tak ada lah nak rushing lagi. Akhirnya gedebuk gedebak campur makan CKT, jam 11.30 mlm jugak sampai ke rumah mertua. Sebenarnya yang meninggal adalah adir ipar mertua yang bersebelahan dengan rumah beliau.

Lepas habis berbasa basi, tok lepak lah di rumah mertua. GEDEBUSHHHH!!!.. tak ada air rupanya rumah ni. Tok dah agak dah tadi. Mertua dah lebih tiga bulan tak balik rumah. Tadi dah tanya nenek semua siap.

"api ada tak ??"

"ada".. jawab nenek

"air ada tak ??"

"ada".. jawab nenek lagi

Ada kebendernya, tok check, meter air hilang. tak tahu lah hilang sebab kena cilok atau bill tak bayar. Yang pastinya air tak ada. Waduh berlengas jugak malam tu, dengan perut meragam. Budak budak pun dah semacam. Nasib baik tok pesan bawak sleeping bag. Tok dah agak siang tadi, silap silap kita tidor masjid ni.

Akhirnya nenek setuju cari hotel. Esok pagi pagi datang le balik. Lagi pun nenek nampaknya macam dah puas sembang. Tok pulak dah puas tahan kincin dan tahan vara. Sekali lagi agakkan tok betul. Malam minggu (jam satu pagi waktu tu), dan waktu cuti sekolah, hotel ayam pun boleh penuh. Tak da satu bilik hotel pun yang kosong.

Apa lagi, mengayat terus balik rumah le. Budak budak memang ON aja dengan rancangan tok. Maknanya enam lawan satu. Nenek terpaksa setuju la. Maka pagi pagi tu jugak lah patah balik rumah. Nak kau.. rabak mata tok. Dalam kereta melelong tu alhamdulillah selamat sampai rumah jam 4.30 pagi. esoknya satu hari tidur.....


Thursday, June 5, 2014

Lata Celir

Adalah satu weekend tu tok ikut kawan kawan merangkap jiran jiran tok pergi ke Lata Celir. Kadang kadang tok konfius juga dengan nama tempat ni, kejap kata Lata Celir, kejap kata Kem Sangka. Kalau orang tanya kat mana tempat ni..

"kat raub!!".. itu ja lah jawapan yang tok boleh kasi.

Kalau nak suruh tunjuk jalan, memang tok tak ingat dah. perjalanan pergi dan balik tok tidor. tau tau sampai. Sedikit gambar untuk di kongsi.


tok wan spek hitam ni kalau google nama latar celir sebelum ni, muka dia memang ada dah.

gambar kawasan 

tempat memasak

tempat mandi (kalau malas nak mandi sungai) dan tempat ambil air sembahyang

tandas awam

surau

kondominium lima tingkat ni boleh muat 15 orang atau lebih

wakaf yang besar, kira macam dewan terbuka

kondominium lagi

air terjun lata celir

suasana dan ruang dalam kondominium