Thursday, September 17, 2009

1 Syawal Di Mana?

Ikut perancangan asal tok adalah balik ke rumah mertua di kampung sitiawan. Tetapi memandangkan keadaan unyang yang tak berapa sehat dan masih lagi berumah tangga di hospital, maka tak sanggup rasanya pulak tinggal kan beliau. Maknanya, kalau unyang tidak keluar hospital pada atau sebelum 1 Syawal 1430, maknanya tok akan beraya di hospital sahaja. Tetapi kalau unyang keluar dari hospital sebelum 1 Syawal, maknanya dapatlah tok beraya di rumah mertua. Tapi sebenarnya tok tak kesah pun, sebab sementara waktu ni mertua memang tinggal dengan tok.

Syawal 1430 Hijrah


Wednesday, September 9, 2009

09.09.09

Tarikh hari ni nombornya cantik. Rasanya ramai yang dah perasan. Tapi yang tok rasa, tukang beli nombor lah yang paling perasan. Kebetulan pula hari ni hari Rabu, 3 kaunter rumah kedai mesti bukak punya. Silap silap SOLD OUT nombor ni.

Tuesday, September 8, 2009

Guru Mursyid

Ketika sebok melayan kerenah Unyang di Hospital, ada sekali haritu entah tiba tiba Unyang membebel pasal Guru Mursyid. Katanya..

"Guru Mursyid ini kalau boleh jangan di cari. Lagi elok cari Allah. Kalau di cari juga, maknanya kita mendahulukan yang lain selain daripada Allah. Kalau ada guru yang mengaku dia Mursyid, maknanya bukan lah dia sebenarnya. Guru Mursyid tidak akan mengaku dirinya Mursyid malahan kadang kala dia pun tidak tahu dirinya Mursyid"

Tok tak tahu sama ada ini boleh di jadikan panduan atau tidak, kerana ketika berkata kata hal ini, Unyang adalah di bawah pengaruh morfin yang menjadi minuman harian beliau.

Wednesday, September 2, 2009

Tidur Di Hospital

Kepala ngang dan ngantuk giler. Malam tadi tidur di Hospital teman kan Unyang yang sakit. Sebab tak biasa, tok pun tidur tidur ayam sahaja. Apatah lagi Unyang meminta tok bacakan apa apa kitab sebelum tok tidur. Unyang lagi tak boleh tidur, mungkin kesan daripada "morfin" yang di makan nya. Cakap pun merewang rewang sahaja. Tok pun layan le.

Kebetulan tok bawak buku Futuh Al-Ghaib (SAQJ), maka tok baca kan lah untuk Unyang. Lepas tok baca tok ulas (ikut sedap hati). Kadang kadang Unyang pula ulas sambil melayan kesan "morfin" yang di minumnya. Ahh.. memang kurang tidur..

Malam nanti sambung lagi teman kan Unyang...

Monday, August 24, 2009

03774

Saja tok simpan disini. Malam tadi ada orang bagi nombor ini. Ini nombor untuk panggilan kecemasan katanya. Dah cuba.. tapi tak dapat apa pun.

Tuesday, August 18, 2009

Kembali Sehat...

Anak anak semua sudah sehat. Alhamdulillah. Semua sudah mula bersekolah semalam. Nenek sudah kembali ke ofis. Tok sahaja yang maintain macam ni. Dan Unyang yang sudah di sahkan kanser oleh oleh doktor. Cuma tak tahu treatment apa yang perlu di buat lagi.

Tuesday, August 11, 2009

Musim Sakit

Macam macam cerita sakit hari ni.

3 orang anak tok demam termasuk nenek. Malam tadi pergi klinik punyala sesak, dekat 2 jam baru sampai turn. Maid punya kakak pun demam, macam mana baik la nenek pulak yang pergi hantar ke hospital sabtu hari tu. Unyang Jantan pulak di sahkan cancer.

Terima sahaja lah... moga semua orang sakit agar cepat sembuh....

Friday, August 7, 2009

07.08.09

Perasan tak tarikh hari ni. 7hb Aug 2009. Tak ada apa yang menarik pun. cuma turutan nya sahaja yang jadi 07.08.09.

Wednesday, August 5, 2009

Perihal Orang Melayu - Sir Frank Swettenham

Buku yang tok baru sahaja habis baca. Di tulis oleh Frank Swettenham dan di terjemahkan oleh Zubaidah Ibrahim. Kalau nak tahu serba sedikit tentang orang melayu pada tahun 1880an pada kaca mata "orang puteh", boleh la cari buku ni. Kira menarik juga untuk di baca, walau pun diceritakan oleh orang penjajah, banyak jugak diceritakan secara "detail" tentang orang melayu di ketika dan tahun ianya di tulis.

Malas nak mengulas buku ni, tapi tok rekemen baca untuk pembaca pembaca yang ingin tahu serba sedikit perihal orang melayu di tahun 1880an khususnya orang orang Perak. Kalau peminat buku buku cinta, tok tak rekemen.