Saturday, May 19, 2012

syariat.tarikat.hakikat.makrifat - part satu



sebenarnya dah lama tok berminat nak tulis bab ni. tak tau kenapa asyik tersangkut sangkut ja. bab kali ni tok kena letak disclaimer sikit. tulisan ini semua adalah atas perspektif tok. jadi tak adalah lengkap sangat. dan awal awal lagi kena bagi tahu. "jangan percaya. cukup sebagai bahan bacaan".


tok tak pasti mana datangnya pengkelasan bab bab ilmu ini. tapi orang tasawuf selalu pakai la pengkelasan ini. ada yang kata di kelaskan oleh imam ghazali. tapi tok malas nak check. korang cuba tanyalah lebai google atau ustaz azhar idrus.


tingkatan ini kalau dilihat seperti ilmu syariatlah dibawah sekali. atas sikit baru ilmu tarikat. atas sikit lagi baru ilmu hakikat. atas lagi baru ilmu makrifat. apa yang tok lihat selalunya ada pertembungan antara ilmu ilmu ni.


orang yang dok kat syariat selalunya mengata. tarekat tu sesat. ahh itu belum pergi hakikat dan makrifat lagi. orang dok kat atas atas  pulak ngata lain.


"orang syariat.. memang gitu. yang dia tahu halal dan haram ja"


memang gitu lah selalunya. jarang mereka ni boleh duduk semeja. macam parti politik pulak.


"dia tu parti tarekat. aku parti syariat. mana boleh dok semeja".


err.. rangkap kat atas tu saja tok tambah.


selalunya orang syariat ni tak tahu ada klasifikasi ilmu yang sebegini. apa itu ilmu syariat tarekat hakikat dan makrifat nanti tok ceritakan dalam sambungan nanti.


topik ni tak termasuk cerita bab wahabi, syiah, dajjal, illuminati, imam mahadi, jin, al hin, hantu, ufo dan amukan pocong atau jampi serapah. ianya hanya sekitar mereka mereka yang masih mengaku ahli sunnah wal jamaah.


sambung..


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 18, 2012

update hari hari



tengah pikir ni. think. think. think. perlu ke blog ni di update hari hari. hari hari cerita sama ja. pagi pergi kerja. petang pulak sementara tunggu nenek. lepak pulak minum minum. malam hantar budak pergi ngaji dan tusyen. lepas tu tidor.


dah la blog ni tak ada spesifik tajuk. kalau blog politik. blog artis. blog copy dan paste. pasti hari hari ada cerita. nak cerita hantu dan jin rasanya dah biasa biasa sangat. kalau tok cerita hantu dah tak macam cerita seram. baik tak payah. buat gelak dek orang ja.


kalau cerita pasal family. err rasanya macam tak berapa sesuai. sekali sekala boleh lah. dulu ada nak cerita:


1. perang akhir zaman.

2. hujung hujung kiamat.

3. sikit sikit bab tasauf. yang ni tok memang reserved dulu.

4. sikit kupasan ayat ayat al quran. ini pun reserved jugak.


tapi ini semua cerita atas perspektif dan pandangan tok sendiri. jadi memang awal awal lagi nak kena bagi warning. "jangan percaya".


nak buat cerita mengarut. tok kena buat research sikit. sejak guna galaxy notes ni rasa macam susah ja nak buat research. line celcom ni teruk bebenor perlahannya. tu yang banyak terbantut.


yang pastinya tok rindukan macbook tok dulu. sebab tukar kerja maka tok terpaksalah pulangkan balik. kalaulah terus dapat. banyak dah tok tulis.


ye la tu.


yang pastinya. itu semua alasan ja. otak dah kering. mana boleh nak menulis. merapu boleh la. kena pulak nenek tak sampai sampai lagi. lambat pulak nenek ni.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Tuesday, May 15, 2012

akil baligh



dah lama dah nenek suruh ushar budak sorang ni.


"cuba lah abang tanya tanya dia, kalau boleh ajarlah dia mandi wajib sekali. haritu dia ada cerita dia ada kencing berlendir waktu tidur".. kata nenek pada tok.


asalnya tok diam ja. sebab selalunya spy spy tok akan cerita. ini spy diam ja. bila dah lama tok diam.. nenek tanya lagi.


"abang dah ajar ka dia mandi wajib?"..


malas nak cakap banyak.. tok pun panggil mushtar(bukan nama betul).


"betulka mushtar pernah mimpi kencing berlendir?".. tanya tok dengan bersaksikan nenek.


"betul bah".. jawapan pendek dari mushtar.


konfiden betul mushtar. mungkin betul jugak lah. jadi tok pun bertanya lagi.


"cuba cerita sikit macam mana boleh mimpi sampai keluar kencing berlendir"


mushtar pun mula la pandang kelangit. beliau ni memang selalu gitu kalau suruh bercerita. mungkin cari idea la kot.


"mula mula tu mimpi jadi superman, lepas tu datang tsunami. masa tsunami datang tu la terkencing. lepas tu rasa kencing macam berlendir ja".. pendek ja cerita mushtar.


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, May 11, 2012

Duduk Kat Site Office


Rasanya dah dekat tiga minggu tok duduk kat site office. Notebook pun tak bawak. Blog ni pun tok tak tengok. Baru tiga minggu, rasanya sawang tak la teruk sangat. Lain le makan tahun. Rasanya banyak isu isu yang tok dah terlepas. Macam isu:

  1. BERSIH 3.0
  2. Isu video emak pukul anak kaw kaw (sebenarnya tok tak sempat tengok video ni lagi. betul ka kena pukul kaw kaw?)
  3. Bob Kuman Meninggal Dunia.
  4. Liverpool kalah dengan Chelsea... lepas tu Liverpool menang balik dengan Chelsea.
  5. Ustaz sana ngata ustaz sini. Ustaz sini ngata ustaz sana.
Tapi rasanya kalau nak cerita bab bab dunia memang panjang dan banyak. Tak payah tok cerita, banyak sangat dah blog blog lain cerita. Itu belum masuk cerita cerita kat facebook. Tok selalunya ada beberapa topik nak cerita, tapi bila nak tulis ja malas pulak nak cerita. 

Kalau selalu sangat cerita hantu dan jin, nanti ada pulak yang panggil tok ni sebagai tok bomoh. Kalau tok sentuh bab bab agama sikit nanti ada pulak yang panggil tok ustaz. Kerana tok terlalu memikirkan topik yang sesuai tu lah yang buatkan tok tak menulis. 

Hancus... tajuk lain.. cerita hal lain..

Wednesday, April 18, 2012

Bercakap Dengan Bunian - Part 5 of 5


































Kredit kepada: Perubatan Bunian

P/s: Tok tak ada kena mengena dengan diorang ni.

Thursday, April 12, 2012

Mendaki Gunung Tebu, Jerteh Trengganu.



Pada 8 April yang lalu, sempena perjalanan keluarga 4 malam 4 negeri, tok dan 2 orang anak lelaki tok sempat juga mendaki Gunung Tebu. Mungkin boleh tengok di wikipedia tentang Gunung ini. Memang kami dah merancang agak lama untuk mendaki Gunung ni. Cuma kami tidak bermalam di atas dan kami mendaki dan turun pada hari yang sama. Sebelum ini tok memang ada membaca banyak cerita mistik tentang Gunung ini, sebab itu lah tok makin bersemangat untuk mendaki.


Masih lagi di bawah ni. Sebelum pendakian bermula, sudah bagi tahu ketinggian gunung. Masa ni tok masalah sikit, apa yang tok baca ketinggian gunung ini adalah 1039 meter dari paras laut, tapi bila tengok signboard ni tok confius sikit. Dalam fikiran tok, lantaklah, jam tangan tok ada Altimeter, jadi tok ikut jam tangan ajalah.


Dalam awal perjalanan kami melalui sungai yang cantik cantik belaka. Airnya hijau bak air tebu. Rasanya daripada itu kot gunung ini mendapat nama. Jadi tok gagahkan jugak mengambil gambar untuk di kongsi.


Banyak jugaklah gambar sungai yang tok ambik. Kalau guna camera canggih mesti lagi cantik. Tok guna kamera handphone aja. Itu pun dok balut dalam plastik. Kerana cuaca pagi tu agak lembab. Kejap hujan lebat kejap hujan renyai renyai.


Sepanjang perjalanan ada jugak terjumpa ulat gonggok yang panjang sejengkal. Ada yang warna merah.


Dan ada juga yang warna hitam. Warna pelangi tok tak pernah jumpa lagi.


Brother guide yang sudi melayan kerenah kami anak beranak. Sepanjang jalan asyik senyum dan kuat bersembang. Dia ni macam tak tahu je tok ni tengah mencungap. Last last tok biarkan je anak anak melayan beliau. Makin banyak tok bercakap makin cepat le letih.


Ni rasanya lagi 20 minit nak sampai puncak. Tengok la bunga bunga putih tu. Memang cantik dan segar. Kalau perhatikan kawasan ini sedang berkabus. Dan suhu sangat sejuk di ketika ini. Mana gambar puncak dah, tak ada pulak. 

Perjalanan.

07.30 pagi - Mendaki
12.00 tghari - Sampai kepuncak
12.45 tghari - Mula turun
04.00 petang - Sampai di kaki gunung

Mendaki - 4 setengah jam
Turun - 3 suku jam

Friday, April 6, 2012

Empat Hari Empat Negeri






Dahulu tok merancang masa tak habis pikir. Sekarang setelah berbincang bersama nenek dan anak anak, maka kami menamakan trip kali ini sebagai Trip Empat Hari Empat Negeri. Oleh sebab itu trip ini terpaksa di cepatkan sedikit. Dan perjalanan bermula malam ini.

  • Friday - 6 April (PAHANG)
  • Bergerak ke Kuala Lipis lepas Mahrib. Dan akan bermalam di sana.

  • Saturday - 7 April (TRENGGANU)
  • Bergerak ke Jerteh Terengganu dari Kuala Lipis. Dan akan bermalam di Lata Belatan, Jerteh.

  • Sunday - 8 April (KELANTAN)
  • Panjat Gunung Tebu. Lepas turun, bergerak ke Wakaf Che Yeh dan bermalam di sana.

  • Monday - 9 April (PERAK)
  • Dari Wakaf Che Yeh, gerak ke Rantau Panjang. Kasi chance nenek shopping shopping, lepas tu bermalam di mana mana hotel/chalet di kawasan Tasik Banding.

  • Tuesday - 10 April (SELANGOR)
  • Bergerak balik ke Rawang, melalui Kuala Kangsar.

Tuesday, April 3, 2012

Trip Ke Pantai Timur


Weekend ini tok dan keluarga merancang untuk berjalan ke Pantai Timur. InsyaAllah. Tempat hentian bermalam tu tak pasti lagi. Tapi jalan yang di rancang tu seperti di atas.

  • 7 Apr 2012 (Sabtu) - Bergerak Dari Kuala Lumpur ke Jerteh. Bermalam di chalet Lata Belatan
  • 8 Apr 2012 (Ahad) - Panjat Gunung Tebu dan bermalam di wakaf Che Yeh
  • 9 Apr 2012 (Isnin) - Ke Rantau Panjang dan gerak balik. Bermalam di hotel kawasan empangan Temenggor.
  • 10 April 2012 (Selasa) - Balik ke rumah melalui Kuala Kangsar
  • 11 April 2012 (Rabu) - Mungkin sudah selamat berada di rumah. InsyaAllah
Masalahnya sekarang tok memang tak berapa tahu jalan ke sana. GPS memang amat di perlukan.

Monday, April 2, 2012

Menyusun Batu di Janda Baik



Budak budak sebuk bermandi manda. Tok tak tahu nak buat apa. Jadi tok layan susun batu ja la.


Mula mula hasilnya begini. Cuba susun selagi tinggi yang boleh.


Lepas tu cuba berdirikan batu besar seperti di atas. Kalau perhatikan betul betul gambar di atas. Banyak dah batu kena berdiri.


Makin lama makin gian. Habis satu sungai tok berdirikan batu. Perhatikan betul betul gambar di atas dan di bawah.


Bercakap Dengan Bunian - Part 4 of 5