Saturday, November 10, 2012

Sepuluh.Sebelas.Duabelas


10.11.12. Hari ni biasa biasa ja. cuma esok 11.11.12 adalah hari jadi nenek.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

Kitab Tajul Muluk


Tok mengendap perbincangan dua orang sahabat di ofis tadi. Berbincang pasal beberapa Kitab lama yang mereka baca.

"Saya dah baca dah kitab tajuk muluk, kitabnya ada di rumah".. kata encik Safwan (bukan nama sebenar)

"Kalau macam tu engkau mesti dah tahu di mana itu Alif Lam Lam Ha".. jawab encik Harith (bukan nama sebenar)

Encik Harith ni memang biasa tok dengar dari cakap cakap angin yang beliau ni mempunyai Ilmu tinggi melangit. Tok malas nak masuk campur, lagi elok duduk luar gelanggang. Selalunya orang yang punyai Ilmu tinggi melangit ni.. cakap dia je betul, langsung tak boleh di sangkal.

Setelah dengar soalan encik Harith pasal tahu tak di mana itu Alif Lam Lam Ha, muka Safwan macam konfius kejap. Sebenarnya tok pun konfius.

1. Pasal dimana Alif Lam Lam Ha itu
2. Kitab Tajul Muluk itu rasanya cerita bab lain.. bukan bab ketuhanan..

"Err... silap la bang, sebenarnya yang saya baca tu buku Permata Yang Hilang".. jawab encik Safwan.

Thursday, October 25, 2012

HIKMAH

Himpunan Kedaulatan Melayu Islam Akhir Zaman


Saja tok nak tolong promote untuk kawan kawan. Tok tak pasti dapat datang ka tak. Nak tahu lebih lanjut kena rujuk dekat facebook. 


Rasanya tarikh 4hb November. Kalau minat pergi la menjenguk..

Monday, October 15, 2012

Speechless #4

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, October 6, 2012

Kucin

Tok ni secara rasminya memang tak ada bela kucin. Tapi dek sebab nenek selalu bagi kucing yang datang makan maka ramai la kucin suka lepak kat rumah. Bukan setakat lepak dan makan aja. Kencing dan beranak pun kat sini.

Petang tadi pak ngah jumpa sekor yang baru beranak dalam longkang tengah tengah panas. Terpaksalah tok bawak masuk dan letak dalam kotak. Lepas bagi dia jilat susu di jari.. terus dia tidur.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Speechless #3

Published with Blogger-droid v2.0.9

Friday, October 5, 2012

Speechless #2

Published with Blogger-droid v2.0.9

Speechless #1


Wednesday, October 3, 2012

Sana Sini Wordless


Tok ni rajin jugak la jengok jengok blog orang. Sejak kebelakangan ni banyak jugak blog yang Title dia wordless ja. Tak ada cerita, sekadar letak gambar. Asalnya tok ada jugak terpikir, apa barang letak gambar ja, haram tak ada penerangan langsung. Bila dah selalu sangat tengok wordless ni maka tok pun buat lah andaian sendiri:

wordless ni adalah blog orang yang sekali sekala tak ada idea, atau sekali sekala malas nak tulis apa apa (sekali sekala sahaja, bukan selalu ada wordless). yang ada cuma gambar sahaja. jadi cuma update gambar jer dalam blog. letaklah title wordless, yang masudnya lebih kurang, tiada ber ayat (betul ka ni). kalau ada ayat walau sepatah pun, tak jadi lah wordless dah.

Jadi, tok pun berhajat jugak lah nak gunakan konsep wordless ni (sekali sekala). Konsep ja.. tapi tok nak guna term lain. TUNGGU!!!!

Monday, October 1, 2012

Koleksi



Sebelum ni... merapu tok letak barang ni. Ada yang atas almari. Ada yang dalam almari. Duduk dalam seat motor pun ada. Jadi semalam tok kumpul kumpul la balik konon nya nak mencuci.



Ada yang baru sampai petang tadi. Setelah seminggu order kat ebay.



Bila pikir pikir balik. rupanya ada satu barang lagi tertinggal.

Rupanya tok tak ada menyimpan keris. Macamna nak cakap ya. Tok ada simpan keris kat rumah. Tapi nenek yang punya. Jadi tak payah tunjuk la kot.


Published with Blogger-droid v2.0.9