Sifat Nafsiah
1] Wujud (ada dan mustahil tiada)
Sifat Salbiah
1] Qidam (sedia ada)
2] Baqo (kekal dan mustahil hancur binasa)
3] Mukholafatuhu Lilhawadiths (tiada sama dengan yang baharu)
4] Wahdaniat (Esa atau Maha Esa dan mustahil berbilang bilang)
5] Qiyamuhu Binafsih (berdiri dengan sendiri)
Sifat Ma'ani
1] Qudrat (berkuasa dan mustahil lemah)
2] Iradat (menentukan atau menghendaki dan mustahil terpaksa)
3] Ilmu (mengetahui dan mustahil jahil)
4] Hayat (hidup dan mustahil mati)
5] Sama' (mendengar dan mustahil tuli)
6] Basar (melihat dan mustahil buta)
7] Kalam (berkata kata dan mustahil bisu)
Sifat Ma'nawiah
1] Qoodirun (berkuasa atau maha kuasa dan mustahil lemah)
2] Muriidun (menentukan dan mustahil tergagah atau terpaksa)
3] Aalimun (maha mengetahui dan mustahil tidak tahu)
4] Hayyin (maha hidup dan mustahil mati)
5] Samil'-un (maha mendengar dan mustahil tuli)
6] Bashiirun (melihat dan mustahil buta)
7] Mutakallimun (berkata kata dan mustahil bisu)
Wednesday, November 28, 2007
Rukun Islam
Rukun Islam ada lima (5) perkara :
(1) Mengucap dua kalimah syahadat
(2) Menunai kan ibadat Haji
(3) Mendirikan Solat fardhu
(4) Menunaikan Zakat
(5) Puasa dalam bulan Ramadhan
Asma Ul Husna
Ar-Rahman (Maha Pemurah) Ar-Rahim (Maha Pengampun) Al-Malik (Maha Agung) Al-Quddus (Maha Suci) As-Salam (Mengamankan) Al-Mu'min (Maha Dipercayai) Al-Muhaymin (Penjaga) Al-Aziz (Maha Perkasa) Al-Jabbar (Pemaksa) Al-Mutakabbir (Yang Mulia) Al-Khaliq (Pembuat) Al-Bari' (Penjadi) Al-Musawwir (Pereka) Al-Ghaffar (Pengampun) Al-Qahhar (Penakluk) Al-Wahhab (Penganugerah) Ar-Razzaq (Pemberi) Al-Fattah (Pembuka) Al-'Alim (Maha Mengetahui) Al-Qabid (Pengekang) Al-Basit (Pembesar) Al-Khafid (Perendah Diri) Ar-Rafi' (Peninggi) Al-Mu'izz (Penghormat) A-Muzil (Penguji) As-Sami' (Maha Mendengar) Al-Basir (Maha Melihat) Al-Hakkam (Maha Adil) Al-'Adl (Pengadil) Al-Latif (Lemah Lembut) Al-Khabir (Maha Mengetahui) Al-Halim (Penyabar) Al-'Azim (Maha Besar) Al-Ghafur (Maha Pengampun) Ash-Shakur (Yang Bersyukur) Al-'Ali (Maha Besar) Al-Kabir (Yang Maha Besar) Al-Hafiz (Pemelihara) Al-Muqit (Penjaga) Al-Hasib (Maha Penghitung) Al-Jalil (Maha Tinggi) Al-Karim (Yang Maha Pemurah) Ar-Raqib (Maha Waspada) Al-Mujib (Maha Pengkabul) Al-Wasi' (Yang Menyeluruh) Al-Hakim (Yang Bijaksana) Al-Wadud (Maha Penyayang) Al-Majid (Maha Mulia) Al-Ba'ith (Pembangkit Semula) As-Shahid (Saksi) Al-Haqq (Kebenaran) Al-Wakil (Wali) Al-Qawi (Paling Kuat) Al-Matin (Teguh) Al-Wali (Pelindung) Al-Hamid (Pujian) Al-Muhsi (Penghitung) Al-Mubdi (Pengasal) Al-Mu'id (Pemulih) Al-Muhyi (Pemberi Kehidupan) Al-Mumit (Pencipta Kematian) Al-Hayy (Hidup) Al-Qayyum (Hidup Sendiri) Al-Wajid (Penemu) Al-Majid (Berhati Mulia) Al-Wahid (Maha Istimewa) Al-Ahad (Yang Tunggal) As-Samad (Yang Berkekalan) Al-Qadir (Sentiasa Sanggup) Al-Muqtadir (Berkuasa) Al-Muqaddim (Maha Penyelenggaraan) Al-Mu'akhkhir (Maha Penangguh) Al-Awwal (Pengawal) Al-Akhir (Yang Akhir) Az-Zahir (Penzahir) Al-Batin (Pembatin) Al-Wali (Pemerintah) al-Muta'ali (Yang Teramat Mulia) Al-Barr (Sumber Segala Kebaikan) At-Tawwab (Penerima Taubat) Al-Muntaqim (Penghukum) Al-'Afuw (Pengampun) Ar-Ra'uf (Maha Pengasih dan Penyayang) Malik-Ul-Mulk (Pemilik Kedaulatan Yg Kekal) Dhul-Jalal-Wal-Ikram (Penguasa Keagungan Serta Kedaulatan) Al-Muqsit (Maha Pengadil) Al-Jame' (Pengumpul) Al-Ghani (Serba Lengkap) Al-Mughni (Pengmakmur) Al-Mani' (Pencegah) Ad-Darr (Pengganggu) An-Nafi (Makmur) An-Nur (Cahaya) Al-Hadi (Penuntun) Al-Badi (Tiada BandinganNya) Al-Baqi (Yang Kekal) Al-Warith (Waris Agung) Ar-Rashid (Pemimpin Kebenaran) As-Sabur (Penyabar)
"Hanya milik ALLAH Asmaa al-Husna, maka mohonlah kepadaNya dengan menyebut Asmaa' al-Husnaa itu dan tinggalkanlah orang orang yang menyimpang dari kebenaran dalam menyebut nama namaNya. Nanti mereka akan mendapat balasan terhadap apa yang telah mereka kerjakan" (Al A'raff 7:180)
Nisbah
Malaikat 900:1000
Syaitan 90:1000
Jin 9:1000
Manusia 1:1000
atau
Malaikat 90%
Syaitan 9%
Jin 0.9%
Manusia 0.1%
entah laaa.....
Wednesday, November 14, 2007
Orang Bunian
Entah kenapa tiba tiba tok nak berdongeng pula tentang Orang Bunian atau pun yang selalu di panggil sebagai Bunian sahaja. Bunian yang tok tahu, adalah menduduki alam mereka sendiri dan tidak bercampur dengan alam jin. Ada teori mengatakan bahawa Bunian ini bukanlah dari golongan jin dan ada juga mengatakan bahawa bunian ini asalnya adalah campuran daripada manusia dan jin.
Walaupun Bunian ini mempunyai alam mereka sendiri, tetapi kebanyakkannya adalah terletak di pinggir pinggir perkampungan manusia. Ini adalah kerana naluri/kehendak mereka yang lebih hampir kepada manusia. Bukan seperti jin jin yang kebanyakkanya tinggal di dalam hutan, pari pari di atas air dan juga orang kayangan yang berada di atas atas bukit hampir dengan awan awan.
Kehidupan Bunian adalah seperti manusia jua, yang bekerluarga, yang beragama, mempunyai pekerjaan, bercucuk tanam, bergembala, mempunyai doktor, pengangkutan dan berbagai lagi. Mereka juga mempunyai jasad yang hampir kasar dengan manusia, oleh sebab itu lah kadangkala mereka boleh dilihat/dikenali (mereka yang berkebolehan) masuk ke alam manusia dan juga membeli barang barang di pasar pasar.
Dan bukanlah semua Bunian berkebolehan untuk menzahirkan diri ke alam manusia, begitu lah jua manusia yang bukan semua mampu masuk ke Alam mereka. Ada juga manusia yang duduk di alam mereka dan bercampur gaul dengan mereka dan beranak pinak tanpa keinginan untuk kembali ke alam manusia. Secara tak lansung manusia manusia ini juga di panggil bunian.
Tok ni cerita macam dah pernah masuk je kampung bunian. Pernah jumpa ke? Ntah le... tok pun tak tahu...
Walaupun Bunian ini mempunyai alam mereka sendiri, tetapi kebanyakkannya adalah terletak di pinggir pinggir perkampungan manusia. Ini adalah kerana naluri/kehendak mereka yang lebih hampir kepada manusia. Bukan seperti jin jin yang kebanyakkanya tinggal di dalam hutan, pari pari di atas air dan juga orang kayangan yang berada di atas atas bukit hampir dengan awan awan.
Kehidupan Bunian adalah seperti manusia jua, yang bekerluarga, yang beragama, mempunyai pekerjaan, bercucuk tanam, bergembala, mempunyai doktor, pengangkutan dan berbagai lagi. Mereka juga mempunyai jasad yang hampir kasar dengan manusia, oleh sebab itu lah kadangkala mereka boleh dilihat/dikenali (mereka yang berkebolehan) masuk ke alam manusia dan juga membeli barang barang di pasar pasar.
Dan bukanlah semua Bunian berkebolehan untuk menzahirkan diri ke alam manusia, begitu lah jua manusia yang bukan semua mampu masuk ke Alam mereka. Ada juga manusia yang duduk di alam mereka dan bercampur gaul dengan mereka dan beranak pinak tanpa keinginan untuk kembali ke alam manusia. Secara tak lansung manusia manusia ini juga di panggil bunian.
Tok ni cerita macam dah pernah masuk je kampung bunian. Pernah jumpa ke? Ntah le... tok pun tak tahu...
Wednesday, November 7, 2007
Rukun Iman
Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar
Hilang Masa/Ingatan 5-15 Minit
Perkara ini selalu berlaku pada tok. Sekarang ni dah macam kebiasaan pulak. Selalunya bila terjaga dari tidur tok akan lupa siapa tok dan juga di mana tok berada. Walaupun di ketika itu tok berada di dalam keadaan sedar. Waktu itu tok nampak semua perabot perabot di bilik tok, macam katil, almari, meja dan lain lain. Tapi tok tak tahu apa kah bendanya nya.
Apatah lagi tentang diri tok, tok tak tahu siapa diri tok, apa nama tok dan apa sahaja pasal diri tok. semuanya hilang dan blank. Sehingga lah tok merayu kepada Allah S.W.T agar di ingatkan kembali apa sahaja tentang diri tok. Selalunya berlaku dalam 5-15 minit. 15 minit selalunya terasa terlalu panjang jika hilang masa/ingatan.
Tujuan tok cerita di sini adalah untuk mengetahui, ada tak sesiapa yang senasib dengan tok?
Tuesday, November 6, 2007
Masjid Pink Kg. Pdg, Perak
Semasa keluar mencari barang seperti yang dikehendaki oleh sahabat tok. Kebetulan tok melalui satu kawasan perkampungan nelayan yang di panggil Kg. Pdg, Perak. Sempat jugak tok melalui kawasan kedai dan jetty nelayan di kampung ini. Tapi di sebabkan perjalanan masih jauh, tok teruskan perjalanan tanpa singgah di sini. Sebelumnya, tok tidak pernah sampai ke kampung ini. Ini lah kali pertama tok melalui nya. Apa yang istimewanya kampung ini?.
Kebetulan hari yang tok lalui kampung ini adalah pada hari Jumaat. Orang jugak sebuk ke masjid untuk bersembahyang Jumaat. Apa yang menarik yang tok nak cerita adalah tentang masjidnya. Masjidnya bukan lah seperti masjid biasa yang berkubah atau bertutup. Masjidnya tidak berpintu dan dindingnya pulak hanya la paras pinggang sahaja. Ada bahagian yang dindingnya paras betis. Oleh sebab itu apa/siapa yang berada di dalam masjid nampak jelas dari luar.
Lupa tok nak beritahu, sebenarnya masjid ini berada di atas laut di tepi pantai. Jadi ada bahagian bahagian masjid yang basah akibat dari lempahan air ombak yang masuk kedalam masjid. Tok perasan imam masjid sedang bersolat sunat di atas bahagian masjid yang basah. Bahan binaan masjid ini tidak pulak tok ketahui dari apa buatannya tapi nampaknya seperti dari batu bata yang di tampal simen. Tidak ada sedikit pun binaan yang di buat dari kayu. Apa yang lebih menarik lagi, keseluruhan luar masjid ini seperti di cat dengan color pink, termasuk juga jalannya, tempat berwuduk dan juga gajah menyusu. Tok tak pasti pulak masjid ini di cat dengan color pink atau bahan binaan nya memang bewarna pink.
Apa yang pastinya tok ternampak singboard yang menyata kan masjid ini bernama "Masjid Pink Kg. Pdg, Perak". Wujud ke Kg. Pdg di Perak? Ntah la... tok pun tak pasti.
Subscribe to:
Posts (Atom)