Monday, December 29, 2008

Hijrah 1430

Kalau nak tahu serba sedikit tentang Hijrah mungkin kita boleh lawat Tok Wiki yang beralamat di bawah

http://ms.wikipedia.org/wiki/Hijrah
http://ms.wikipedia.org/wiki/Takwim_Hijrah

atau, tanya sahaja pada Lebai Google. Mungkin ramai lagi yang bercerita tentang Hijrah ini. Kalau nak mengikut rentak orang, pastinya tok juga akan menanam azam baru bila masuk tahun baru. Tapi...

Eh! Tok nak tulis pasal apa ya. Lupa la pulak. Maklumlah dah tua.

Sunday, December 28, 2008

Projek Kensel

Atas sebab sebab tertentu, nampaknya perancangan ke Pulau Besar terpaksa di batalkan. Mungkin di lain hari pula kita rancang baik baik.

Saturday, December 27, 2008

Cadangan Ke Pulau Besar

Walaupun sebelum ini tok tidak bercadang ke mana mana pada Awal Muharam. Tapi entah kenapa hati melonjak lonjak untuk keluar berjalan, di tambah pula isteri kesayangan tok ada bertanya.

"Tak kemana ke Awal Muharam?".

Kebetulan pula mertua datang bertandang kerumah, jadi tok risau untuk meninggalkan isteri dan anak anak. Jadi tok pun saja lah gatal tangan meng sms kawan.

"Hang ada pi mana mana projek tak Awal Muharram?"

Jawapan yang diterima sangat memberansangkan di mana kawan tok mencadangkan berjalan jalan ke Pulau Besar. Kebetulan memang tok teringin ke sana, mentelah lagi tok memang tak pernah sampai ke Pulau Besar.

Restu isteri kesayangan telah diterima, dengan kata kata.

"Abang memang perlu keluar berjalan, pergilah tenangkan fikiran tu dan melawat lawat tempat orang"

Apa lagi, tunggu kawan tok tetapkan masa sahaja untuk berangkat.

Tuesday, December 23, 2008

Tahun Baru 1430 Hijrah

Tahun baru menjelang tiba. Disebutkan di mana mana bahawa tahun 1430 Hijrah ini adalah sedikit istimewa. Kononnya banyak peristiwa peristiwa yang bakal berlaku. Tapi tok macam biasa, masih tetap tidak tahu apa apa. Cuma tok teringatkan kembali peristiwa Awal Muharram yang lalu di mana tok mengambil masa 3 hari untuk sampai ke pucak Gunung Ophir.

Setakat hari ini tok belum ada perancangan untuk buat apa apa di Awal Muharram yang mendatang, walaupun rakan rakan yang lain mempunyai banyak aktiviti berjalan. Ada yang mahu ke Ophir lagi, ada yang mahu ke Jerai, ada yang mahu ke Peramu berjumpa Tok Pramu dan macam macam lagi. Mungkin kali ini tok patut di rumah sahaja melayan isteri dan anak anak.

Selamat Pengantin Baru



Musim cuti sekolah, biasalah ramai yang ambil kesempatan untuk melangsungkan perkahwinan. Tok baru sahaja dapat berita bahawa seorang rakan karib yang dipanggil abang akan menjadi pengapit kepada sebuah perkahwinan antara manusia (lelaki) dan bunian (perempuan). Kalau ada jodoh dan diizinkan oleh Allah S.W.T, perkahwinan yang dirancang pastinya akan menjadi. Seperti manusia juga, pihak bunian juga mengharapkan keberkatan dari Allah S.W.T dalam menjalankan apa apa aktiviti.

Dicerita kan, sekiranya perkahwinan (akad nikah) itu berjaya di alam ini, mereka yang hadir akan dijemput kealam bunian untuk menghadiri kenduri perkahwinan tersebut. Tok cuma berkirim bunga rampai (untuk di bawa balik) sahaja. Itu pun kalau ada rezeki.

Tuesday, December 16, 2008

Kukri atau Khukri atau Khukuri



Tok baru jer beli Kukri dari seorang saudara yang jauh. Dengarnya, dia pula bersaudara dengan orang Nepal. Jadi senang le dapat stok Kukri ni. Kalau siapa nak tahu lebih lanjut tentang Kukri, boleh lah tanya lebih lanjut dengan Tok Lebai Google.

Monday, December 15, 2008

Wednesday, December 10, 2008

Kelapa Tiada Tempurung

Baru baru ini tok disajikan oleh kenalan untuk meminum kelapa muda yang tiada bertempurung. Rasa airnya biasa biasa sahaja. Cuma pelik bila makan isinya yang tiada tempurung, ganjal sedikit lah. Sebab biasanya kelapa mesti ada tempurung. Rasa isinya tiada beza dengan buah kelapa yang lain. Tak tahulah bila dapat rasa lagi.

Monday, December 1, 2008

Bulan Dan Bintang


Tadi masa duduk di luar rumah nampak dua bintang diatas bulan sabit. Saja nak snap untuk share, tapi gambar tak clear pulak.

Burung Hantu Ku



Sejak dua menjak ni banyak pulak burung hantu singgah kat sangkar tok. Nampaknya dah 3 ekor dah. Kadang kadang kelakar jugak layan burung ni. Dia suka geleng geleng leher.

Hulu Parang Buluh


Waktu bohsan bohsan weekend hati tu. Saja gatal tangan tukar hulu parang yang plastik ke hulu parang buluh. Mentang mentang lah kat rumah ni ada banyak pokok buluh. Hasilnya tak seberapa, sebab malas nak touch-up dan saja nak nampak original buluh, tapi terkejut jugak, sebab lagi sedap pegang hulu buluh dari hulu plastik.

Sunday, November 23, 2008

Basikal Buluh Ku



Tadi buat crashed test dengan barang barang syuq. Ada crack kat joining. Tak sempat nak langgar pokok, baru duduk ja. Nampak gaya nya kena letak screw la jugak. Perhatikan Saddle nya.

Monday, September 29, 2008

Sunday, September 14, 2008

Al-Qadr

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[97.1] Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar,

[97.2] Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui apa dia kebesaran Malam Lailatul-Qadar itu?

[97.3] Malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

[97.4] Pada Malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka, kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut);

[97.5] Sejahteralah Malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar!


Al-Jinn

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

[72.1] Katakanlah (wahai Muhammad): "Telah diwahyukan kepadaku, bahawa sesungguhnya: satu rombongan jin telah mendengar (Al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: `Sesungguhnya kami telah mendengar Al-Quran (sebuah Kitab Suci) yang susunannya dan kandungannya sungguh menakjubkan!

[72.2] `Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya, dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.

[72.3] `Dan (ketahuilah wahai kaum kami!) Bahawa sesungguhnya: tertinggilah kebesaran dan keagungan Tuhan kita daripada beristeri atau beranak.

[72.4] `Dan (dengan ajaran Al-Quran nyatalah) bahawa sesungguhnya: (ketua) yang kurang akal pertimbangannya dari kalangan kita telah mengatakan terhadap Allah kata-kata yang melampaui kebenaran;

[72.5] `Dan bahawa sesungguhnya (nyatalah kesalahan) kita menyangka bahawa manusia dan jin tidak sekali-kali akan berani mengatakan sesuatu yang dusta terhadap Allah.

[72.6] `Dan bahawa sesungguhnya adalah (amat salah perbuatan) beberapa orang dari manusia, menjaga dan melindungi dirinya dengan meminta pertolongan kepada ketua-ketua golongan jin, kerana dengan permintaan itu mereka menjadikan golongan jin bertambah sombong dan jahat.

[72.7] `Dan bahawa sesungguhnya (tidaklah benar) manusia menyangka sebagaimana yang kamu sangka, bahawa Allah tidak sekali-kali mengutuskan sebarang Rasul (atau tidak akan membangkitkan manusia pada hari kiamat).

[72.8] `Dan bahawa sesungguhnya kami telah berusaha mencari berita langit, lalu kami dapati langit itu penuh dengan pengawal-pengawal yang sangat kuat kawalannya, dan (dengan rejaman-rejaman) api yang menyala.

[72.9] `Padahal sesungguhnya kami dahulu biasa menduduki tempat-tempat (perhentian) di langit untuk mendengar (percakapan penduduknya); maka sekarang sesiapa yang cuba mendengar, akan mendapati api yang menyala yang menunggu merejamnya.

[72.10] `Dan bahawa sesungguhnya kami tidak mengetahui adakah (dengan adanya kawalan langit yang demikian) hendak menimpakan bala bencana kepada penduduk bumi, atau pun Tuhan mereka hendak melimpahkan kebaikan kepada mereka?

[72.11] `Dan bahawa sesungguhnya (memang maklum) ada di antara kita golongan yang baik keadaannya, dan ada di antara kita yang lain dari itu; kita masing-masing adalah menurut jalan dan cara yang berlainan.

[72.12] `Dan bahawa sesungguhnya kita (sekarang) mengetahui, bahawa kita tidak sekali-kali akan dapat melepaskan diri dari balasan Allah (walau di mana sahaja kita berada) di bumi, dan kita juga tidak sekali-kali akan dapat melarikan diri dari balasanNya (walau ke langit sekalipun).

[72.13] `Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan.

[72.14] `Dan bahawa sesungguhnya (dengan datangnya Al-Quran, nyatalah) ada di antara kita golongan yang berugama Islam, dan ada pula golongan yang (kufur derhaka dengan) menyeleweng dari jalan yang benar; maka sesiapa yang menurut Islam (dengan beriman dan taat), maka merekalah golongan yang bersungguh-sungguh mencari dan menurut jalan yang benar,

[72.15] ` Adapun orang-orang yang menyeleweng dari jalan yang benar, maka mereka menjadi bahan bakaran bagi neraka Jahannam. '

[72.16] (Nabi Muhammad diwahyukan menerangkan lagi): "Dan bahawa sesungguhnya! Kalaulah mereka (manusia dan jin) itu berjalan betul di atas jalan (Islam), sudah tentu Kami (akan memberikan mereka sebab-sebab kemewahan, terutama) menurunkan hujan lebat kepada mereka.

[72.17] "(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam); dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, (dengan berlaku ingkar - derhaka, maka) Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.

[72.18] "Dan bahawa sesungguhnya masjid-masjid itu untuk (ibadat kepada) Allah semata-mata; maka janganlah kamu seru dan sembah sesiapapun bersama-sama Allah.

[72.19] "Dan bahawa sesungguhnya, ketika hamba Allah (Nabi Muhammad) berdiri mengerjakan ibadat kepadaNya, mereka hampir-hampir menindih satu sama lain mengerumuninya".

[72.20] Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah beribadat kepada Tuhanku semata-mata, dan aku tidak mempersekutukanNya dengan sesiapapun".

[72.21] Katakanlah lagi; " Sesungguhnya aku tidak berkuasa mendatangkan sebarang mudarat dan tidak juga berkuasa mendatangkan sebarang kebaikan bagi kamu.

[72.22] Katakanlah lagi; "Sesungguhnya aku, tidak sekali-kali akan dapat diberi perlindungan oleh sesiapapun dari (azab) Allah (jika aku menderhaka kepadaNya), dan aku tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya,

[72.23] "(Aku diberi kuasa) hanya menyampaikan (wahyu) dari Allah dan perintah-perintahNya (yang ditugaskan kepadaku menyampaikannya); dan sesiapa yang menderhaka kepada Allah dan ingkarkan bawaan RasulNya, maka sesungguhnya disediakan baginya neraka Jahannam; kekalah mereka di dalamnya selama-lamanya.".

[72.24] (Golongan yang kufur ingkar itu tetap memandang engkau lemah dan kurang penyokong wahai Muhammad), sehingga apabila mereka melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, maka (pada saat itu) mereka akan mengetahui siapakah orangnya yang lemah penolong-penolongnya, dan sedikit jumlah bilangannya.

[72.25] (Kalau ditanya bilakah azab itu? Maka) katakanlah: "Aku tidak mengetahui sama ada (azab) yang dijanjikan kepada kamu itu sudah dekat, atau Tuhanku menentukan bagi kedatangannya satu tempoh yang lanjut.

[72.26] "Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Ia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahuiNya itu kepada sesiapapun, -

[72.27] "Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redaiNya (untuk mengetahui sebahagian dari perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Ia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).

[72.28] "(Tuhan mengadakan malaikat-malaikat itu) supaya Ia mengetahui bahawa sesungguhnya - (dengan jagaan mereka) - Rasul-rasul itu telah menyampaikan perutusan-perutusan Tuhan mereka, (dengan sempurna); pada hal Ia memang mengetahui dengan meliputi segala keadaan yang ada pada mereka, serta Ia menghitung tiap-tiap sesuatu: satu persatu".


P/S: Ungkapan "Sejahat jahat Manusia itu adalah sebaik baik Jin" itu boleh diterima atau tidak? Pikir pikirlah sendiri...

Friday, September 5, 2008

Nurun Nubuwwah




Cahaya Kenabian....

“Ya Allah, Zat Yang memiliki kekuasaan yang agung, yang memiliki anugerah yang terdahulu, memiliki wajah yang mulia, menguasai kalimat-kalimat yang sempurna, dan doa-doa yang mustajab, penanggung Hasan dan Husain dari jiwa-jiwa yang haq, dari pandangan mata yang memandang, dari pandangan mata manusia dan jin. Dan sesungguhnya orang-orang kafir benar-benar akan menggelincirkan kamu dengan pandangan mereka, ketika mereka mendengar Al-Quran dan mereka berkata: “Sesungguhnya (Muhammad) benar-benar orang yang gila, dan al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi seluruh umat. Dan yang mengijabahi Luqmanul hakim, dan Sulaiman telah mewarisi Daud a.s. Alwadud (Allah adalah Zat Yang Maha Pengasih) (tujuh kali Alwadud)………………(sebutkan hajat di hati kepada Allah) yang memiliki singgasana yang Maha Mulia, panjangkanlah umurku, sihatlah jasad tubuhku , kabulkan hajatku, perbanyakkanlah harta bendaku dan anakku (pengikutku), cintakanlah semua manusia dan jauhkanlah permusuhan dari anak cucu Nabi Adam a.s., orang-orang yang masih hidup (dihatinya) dan semoga tetap ancaman siksa bagi orang-orang kafir. Dan katakanlah : “Yang haq telah datang dan yang batil telah musnah, sesungguhnya perkara yang batil itu pasti musnah”. Dan Kami turunkan dari Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan Al-Quran tidak akan menambah kepada orang-orang yang berbuat aniaya melainkan hanya kerugian. Maha Suci Allah Tuhanmu Tuhan Yang Maha Mulia dari sifat-sifat yang di berikan oleh orang-orang kafir. Dan semoga keselamatan bagi para Rasul. Dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.”

Wednesday, September 3, 2008

Izin Allah

At Taghaabun

[64.11] Tidak ada kesusahan (atau bala bencana) yang menimpa (seseorang) melainkan dengan izin Allah; dan sesiapa yang beriman kepada Allah, Allah akan memimpin hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang dan sabar); dan (ingatlah), Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

Al Hadiid

[57.22] Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

[57.23] (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu, dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri.

Al-Baqarah

[2.255] Allah, tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan (sekalian makhlukNya). Yang tidak mengantuk usahkan tidur. Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Tiada sesiapa yang dapat memberi syafaat (pertolongan) di sisiNya melainkan dengan izinNya. yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya). Luasnya Kursi Allah (ilmuNya dan kekuasaanNya) meliputi langit dan bumi; dan tiadalah menjadi keberatan kepada Allah menjaga serta memelihara keduanya. Dan Dia lah Yang Maha Tinggi (darjat kemuliaanNya), lagi Maha Besar (kekuasaanNya)

Monday, September 1, 2008

Wali Wali Allah

Surah Yunus

[10.62] Ketahuilah! Sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita.

[10.63] (Wali-wali Allah itu ialah) orang-orang yang beriman serta mereka pula sentiasa bertaqwa.

Monday, August 18, 2008

Orang Kampung dan 8 Ekor Lembu


Baru baru ini tok didatangi oleh beberapa orang yang meminta tolong untuk menyimpan 8 ekor lembu mereka. Tujuan lembu ini disimpan adalah untuk digunakan ketika musim Qurban nanti.

Sementara itu lembu ini perlu disimpan ditempat yang selamat untuk digemukkan. Apa yang tok tawarkan untuk mereka adalah menyimpan lembu yang 8 ekor ini di alam lain dimana tok boleh mencari tempatnya ditepi sungai (untuk minuman) dan mempunyai padang ragut yang luas dan rumput yang segar.

Tetapi apa yang menjadi masalah untuk mengalihkan lembu lembu ini adalah seorang Raja yang bernama Raja Kubro yang sering mengganggu perjalanan merentas alam. Dengan orang inilah tok harus berhati hati kerana beliau suka mengutip cukai dan sering mengganggu perjalanan merentas alam. Dengan secara sorok sorok, akhirnya lembu lembu ini dapat di alihkan, tetapi tunggulah pulak bila masa lembu lembu ini mahu diambil keluar nanti...

P/s: merepek tak habis habis..

Tuesday, August 12, 2008

Hampir Siap

Itulah dia gambar terbaru. Setelah di cat dan dibubuh shellac. Sekarang ni kekurangan fund untuk touch up dan menghabiskan apa yang belum sempurna. Kasi HOLD kejaplah ini project.

Tuesday, August 5, 2008

Status Terbaru

Malam tadi dapat sms dari tok belacan, katanya ada transformasi. Tapi apa nak buat.. tok tak dapat datang, sebab tok pun ada transformasi diam diam di rumah. Walaupun dah nampak dah sikit sikit. Tapi sebenarnya banyak lagi nak buat.

Cubaan - Tanaman Fertigasi III

Setelah sebulan lebih, pokok cili dan tomato tok makin besar. Pokok pun nampak segar.

Pokok Cili

Pokok Tomato

Monday, August 4, 2008

Bicycle Buy Sell

Lepas letak iklan frame untuk di jual di http://bicyclebuysell.com

Tak sangka pulak hits untuk blog tok naik mendadak. Pada siapa yang melawat tu, terima kasih kerana sudi melawat. Apa apa hal pun tok akan update progress frame basikal tok ni disini. Setakat ini belum ada niat nak jual pun. Terimakasih kepada Pine kerana sudi menjual frame ini kepada tok secara bayaran ansuran atau pun dengan kata lain secara hutaaannggg..

Pelan Pelan Kayuh

Disebabkan weekend haritu tok banyak sangat aktiviti dan kerja kerja lain. Hanya ini shj yang dapat disiapkan. Tapi tak apalah, tok bukan nak kayuh cepat pun. Lambat siap pun tak apa.

Sunday, August 3, 2008

Nampak Dah

Nampak sikit sikit dah. Sikit sikit lama lama jadi bukit.

Wednesday, July 30, 2008

Jigsaw Puzzle

Setelah di kerat 18, untuk di buat MANDREM. Tok tak tahu la pulak macam mana nak sambung balik. Kena mintak tolong anak anak le gamaknya.

Tuesday, July 29, 2008

Polyurethane Foam/Buih Polyurethane

Buih ini sesuai untuk isi rongga rongga kosong terutamanya apa bila kita ingin menguatkan besi, buluh atau sebagainya. Siapa nak tahu pasal foam/buih ini... mungkin boleh tanya Tuan Haji Google. Mungkin dia boleh jawab.
Tok ada jumpa satu kedai yang yang jual foam ni di KL. Kalau nak ikut kan jenuh nak kena bancuh kalau nak menghasilkan foam ni. Tapi yang ni senang sikit... guna spray jer.

Ku Kerat Kerat

Semalam akhirnya dapat jugak lah frame basikal yang tok idam idam. Beli dengan cara hutang. tapi nasib baik lah yang menjualnya tak tahu tok nak buat apa ngan frame tu.Malam tadi jugak tok ukur ukur dengan stok buluh yang ada. Nampak macam tak sesuai, sebab pudar sangat buluh nya. Rasanya akan ada buluh yang jadi mangsa kelak.
Rasa macam tak boleh jadi ni. Nak kena start jugak ke project. Apa lagi.. tok cari gergaji potong besi. Nak buat apa pulak??? Nak potong frame katanya.

Ini semua kerja GILA. Patah riuk frame basikal tu tok kerja kan. Nasib baik la penat, cuma sedikit ja yang dapat di selesaikan. Tak pa.. malam ni tok projek lagi...

Cari Sponsor

Tok nak cari sponsor.. Kalau lah ada yang sudi.....


1. MTB Hidro Break

2. MTB Wheelset

3. MTB MTB Fork

4. MTB Front Derailleur

5. MTB Rear Derailleur

6. MTB Stem

7. MTB Handlebar

8. MTB Seatpost

9. MTB Shifter

10. MTB Crankset

11. MTB Saddle

Monday, July 28, 2008

Pokok Buluh

Semalam mula memotong pokok pokok buluh yang agak tua. Tujuannya adalah untuk mengasing dan mengeringkan batang batang buluh.

Tapi banyak batang batang buluh yang di potong semalam sudah sediakala retak. Mungkin sebab terlalu kering atau pun batangnya sudah mula mati.

Tapi tok tak kesah sangat. banyak lagi pokok pokok buluh tok yang ada di rumah. dalam gambar tu tak sampai separuh yang ada di rumah. Siap le.. siapa tahu esok lusa akan kena gergaji lagi...

Basikal Buluh

Setelah beberapa bulan menjual basikal, hati tok kembali untuk mula mencari basikal yang baru. Berbagai frame basikal di lihat, tetapi tidak satu pun dapat mencuit hati ini. Cuma satu sahaja yang mungkin boleh melegakan hati.
Basikal Buluh. Apa logik nya frame basikal Mountain Bike (MTB) yang sepatutnya digunakan secara lasak tetapi diperbuat daripada buluh? Tahan ke nanti kalau main lompat lompat? Tapi kalau hati dah berkenan, apa yang boleh di buat lagi.
Tok sudah cuba hubungi Brano Meres, bertanyakan tentang frame ini. Tetapi jawapan yang di dapati bahawa beliau tidak menjual frame ini secara komersial. Nampak gayanya kena buat projek le ni.....


Tuesday, July 22, 2008

Cubaan - Tanaman Fertigasi II

Pokok sudah mula di alihkan pada polibag. Pump pembajaan dan air juga sudah dicuba.

Pokok cili dan tomato sudah di alih ke dalam polibag minggu yang lalu.

Dari pemerhatian, benih tomato yang lebih banyak bercambah dari benih cili.

Dari sepuluh polibag ada 6 pokok tomato dan 4 pokok cili. Mungkin ada kelebihannya pokok cili kurang dari tomato.

Monday, July 7, 2008

Kurang Seram

1. Spirit of the coin



2. Overtime



3. Dah ke belum?

Sunday, July 6, 2008

Kelahiran - 6hb Julai


Semoga orang tua tok di rahmatiNya, di dalam lindunganNya, dan sentiasa di dalam keadaan beriman kepadaNya. Terima kasih kepada ibu dan bapa tok yang menjadi penyebab keatas kelahiran tok.

Cubaan - Tanaman Fertigasi

Mula menyemai benih pada 20 hb jun 2008. Menikut perkiraan jikalau 5 hari selepas benih bercambah, maka pada hari ini, pokok adalah berusia 11 hari. Pada usia 20 hari benih akan di alih pada polibag. Semai lebih kurang 20 benih campuran cili dan tomato, tetapi hanya sembilan sahaja yang bercambah. Tok kekurangan 1 pokok kerana polibag ada 10.


Cubaan untuk menanam 10 pokok dengan menggunakan 10 polibag. Siap sedia menunggu untuk pokok dialihkan pada hari ke-20.


Perhatikan tong biru adalah campuran air dan baja yang siap sedia untuk berkhidmat. Pengairan dan pembajaan adalah secara automatik di mana timer akan digunakan untuk mengepam air dengan menggunakan motor kecil untuk 4 kali sehari mengikut masa yang tok telah tetap kan. Cubaan mengaikan air menggunakan motor sudah berjaya, sekarang hanya menunggu pokok untuk di alihkan shj.


Contoh pokok pokok cili yang sudah berjaya di tanam dengan menggunakan kaedah fertigasi. Pokok lebih sehat dan cili lebih gemuk. Ini gambar contoh shj. Ambil dari blog orang.


Jikalau hendak menjalankan secara komersial, mungkin begini lah rupanya. Tetapi cukuplah dahulu dengan 10 polibag, sekadar untuk mengambil pengalaman.