Tak tahu amender, tapi saja simpan untuk rujukan tok sendiri.
Friday, July 31, 2009
Friday, July 24, 2009
Agensi Mencari Pekerja
Sejak tok join syarikat baru ni, makin banyak pulak tawaran kerja yang datang. Semalam tok dapat panggilan dari Agensi Mencari Pekerja yang berpusat di KLCC. Katanya, Syarikat IT yang menyokong Syarikat Carigali Minyak terbesar di Malaysia sedang mencari pekerja yang sesuai dengan pengalaman dan kelayakan tok. Beliau bertanya, adakah tok berminat. EH!!! mestilah tok minat kalau gaji dan imbuhan lain nya menarik. Apalagi terus lah tok update Resume dan memasukkan pengalaman sekarang, kena pulak syarikat yang tok bekerja sekarang adalah berkaitan "oil and gas". Ish, rasanya memang sesuai benar....kot
Apa apa pun.. prosesnya panjang lagi, dan juga bergantung pada rezeki. Sesiapa yang nak guna Agensi untuk cari kerja, proses normalnya adalah seperti di bawah:
Step 1: Daftar dengan Agensi (selalunya free, kalau kena bayar jangan layan).
Step 2: Interview dengan Agensi.
Step 3: Agensi akan cari kerja yang sesuai dengan kelayakan.
Step 4: Kalau ada jawatan sesuai, Agensi akan tanya kita berminat atau tidak.
Step 5: Kalau berminat, Agensi akan forwarkan latest resume kita ke Syarikat berkenaan.
Step 6: Syarikat akan review resume, kalau sesuai mereka akan panggil interview, kalau tak sesuai mereka akan diam sahaja. Selalu status ini kena rujuk dengan Agensi.
Step 7: Datang interview dengan Syarikat. Tepulang pada Syarikat sama ada kena datang 2nd interview ka atau ujian bertulis atau melalui apa sahaja jenis interview atau ujian. Barang/Sijil yang perlu di bawa ketika interview akan ditentukan oleh Syarikat.
Step 8: Tunggu keputusan dari Syarikat. Kalau lama tiada berita, boleh rujuk status dengan Agensi.
Sepatutnya kita tidak perlu keluar duit satu sen pun pada Agensi, kerana mereka akan Charge pada Syarikat berkenaan mengikut jumlah gaji yang ditawarkan kepada "candidate" yang berjaya.
Contohnya:
Kalau "candidate" yang dipilih ditawarkan gaji RM10,000 sebulan, maka Agensi akan dapat komisen RM10,000 untuk "candidate" berkenaan yang di Charge kepada Syarikat. Oleh sebab itu, kebaikan guna Agensi adalah Agensi akan pastikan kita dapat gaji yang tinggi, kerana komisen Agensi bergantung pada nilai gaji yang di tawarkan.
Apa apa pun proses ini panjang lagi. Dan tok pun dah biasa deal dengan banyak Agensi, setakat ini belum ada yang berjaya pun.

Thursday, July 23, 2009
Ka-Bar Becker Necker
Wednesday, July 22, 2009
Kerambit
Saturday, July 18, 2009
Nak Buat Master
Setelah di berikan galakan oleh Tok Din dan Tok Kutiq, tok memang semangat betul lah nak sambung buat Master (part time Sabtu Ahad shj). Masalahnya kesebukan kerja ditempat baru ni, membuat kan tok abaikan sementara mengisi/melengkapkan borang permohonan. Baru hari ini tok teringat. Kalau ikutkan semester akan bermula lepas raya nanti. Sempat ke nak submit.?
Tadi baru je sms Tok Din dan Tok Kutiq mintak diorang jadi refference. Tapi belum ada balasan lagi. Rasanya diorang tiada masalah kot. Setakat jadi refference shj, bukannya tok mintak duit pun. Apa apahal pun balik kerja nanti tok akan cuba completekan borang dan juga photostat transcript Degree dan apa sahaja yang diorang mintak. Pasal pengesahan borang, mungkin tok akan cari Pesuruh Jaya Sumpah untuk mengesahkan.
Tok target dalam minggu depan tok boleh submit borang permohonan dan dengan harapan selepas raya nanti tok akan kembali bergelar pelajar. Semua ini atas izin Allah S.W.T jua...

Sabtu Kerja
Hari ini adalah kali ke 2 tok bekerja pada hari Sabtu sejak join kompeni baru. Kali pertama hari tu memang lah rasa berat sikit. Dah lah malam sebelumnya tidur lewat dengan berbagai bagai aktiviti yang di lakukan, hantar anak pergi kelas silat lah, lepas tu sambung pulak main volleyball. Itu belum campur lagi sembang sembang kedai kopi sampai pukul 2-3 pagi. Orang lain boleh lah, sebab diorang tak kerja hari Sabtu. Masalahnya, tok yang kerja hari Sabtu ni boleh gatal gatal pulak join aktiviti berembun.
Tapi hari ini OK sikit. Rasa macam dah biasa jer kerja hari Sabtu. Pergi kerja tadi jalan pun lengang shj. Sambil hisap rokok sebatang dua, dengar radio sekejap sambil zikir zikir sikit... tau tau dah sampai aja opis. Itu pun boleh ontime walaupun keluar rumah lambat.
Apa apa pun tok redho aja lah. Bukankah rezeki ini telah ditetapkan....

Thursday, July 9, 2009
Tawaran Kerja Lagi
Semalam tok ambil kesempatan berjumpa senior tok masa sekolah dahulu. Kebetulan semalam hari Rabu, adalah hari di mana budak budak bekas sekolah tok menggayakan tie tie sekolah. Jadi, selalunya, hari ni semangat sikitlah nak jumpa senior atau junior. Kebetulan pulak tok dapat hadiah hari jadi (6hb July) yang lalu daripada nenek adalah tie sekolah tersebut, jadi tok pun semangat lah nak pakai tie.
Ketika berjumpa senior sekolah tersebut, tok dioffer berkerja (tok yang mintak sebenarnya) dengan syarikat beliau. Tawaran yang diterima agak menarik. Tapi tok akan mungkin buat perkara yang tok tak pernah buat. Setakat pagi tadi tok dah hantar e-mail yang tok terima tawaran beliau. Cuma tak tahu bila nak start. Mungkin paling lewat pun selepas Hari Raya Puasa nanti.
Apa apa pun, ia berkaitan dengan High Speed Broadband (HSBB).

Wednesday, July 1, 2009
Posting Dari Ofis
Setelah bertukar kerja, rasanya inilah 1st posting tok dari ofis. Bukan nak menuang, tapi saja nak test blogspot ni boleh tak di post dari ofis. Hari ini tok tak ada plan banyak sangat, terutama sekali selepas handing over tugas dari orang yang lama.
So rasanya hari ni start nak kemas kemas meja dan tengok dokumen dokumen lama, sama ada perlu di simpan atau di buang. Apa apa pun yang pastinya, pukul 10 pagi karang, tok kena interview seseorang yang berminat untuk menjadi anak buah tok. Mungkin tok akan tugas kan beliau sebagai tukang cuci kapal. Kalau beliau layak atau pun berminat.
Yang selebihnya, mungkin tok nak tengok enjin enjin kapal sikit, nak bagi kenal kenal, ejnin ejin kapal yang ada di sini. Bila semua dah paham, baru lah senang kapal nak berlayar dan seterusnya melakukan aktiviti merompak.

Subscribe to:
Posts (Atom)