Saturday, July 18, 2009

Sabtu Kerja

Hari ini adalah kali ke 2 tok bekerja pada hari Sabtu sejak join kompeni baru. Kali pertama hari tu memang lah rasa berat sikit. Dah lah malam sebelumnya tidur lewat dengan berbagai bagai aktiviti yang di lakukan, hantar anak pergi kelas silat lah, lepas tu sambung pulak main volleyball. Itu belum campur lagi sembang sembang kedai kopi sampai pukul 2-3 pagi. Orang lain boleh lah, sebab diorang tak kerja hari Sabtu. Masalahnya, tok yang kerja hari Sabtu ni boleh gatal gatal pulak join aktiviti berembun.

Tapi hari ini OK sikit. Rasa macam dah biasa jer kerja hari Sabtu. Pergi kerja tadi jalan pun lengang shj. Sambil hisap rokok sebatang dua, dengar radio sekejap sambil zikir zikir sikit... tau tau dah sampai aja opis. Itu pun boleh ontime walaupun keluar rumah lambat.

Apa apa pun tok redho aja lah. Bukankah rezeki ini telah ditetapkan....


No comments:

Post a Comment