Monday, October 26, 2009

Buku Yang Sedang DiBaca


dalam sebok jaga unyang sakit. sempat jugak tok beli buku di kinokuniya.baru sempat habiskan separuh. mungkin 2-3 hari lagi habis la baca. insyaAllah..


Tukar Kerja

salam..

esok adalah hari terakhir tok kerja di opis ni. hari ini. rancangnya nak buat handing over dan juga serahan berbagai bagai barang. notebook. kunci opis. kad opis. stationary dan bagai bagai. apa yang bagai bagai lagi tu?

rabu pulak nak pergi glemarie servis kereta. hari khamis masuk opis baru. kat ampang. semua nya hanya rancangan rancangan yang tak tahu boleh dilakukan atau tidak. rasa macam nak mengarut lagi. tapi. rasa macam banyak benda pulak nak buat. nak browse facebook la. masuk forum la. baca blog orang la. pergh. banyak nya kerja.


Friday, October 9, 2009

Padang - Sebuah Hikayat


1. ketualanun binti rokiah binti nordin bin yunus

2. diceritakan yunus ini berasal dari padang, sumatera barat. beliau asalnya adalah salah seorang penghulu/ketua kampung di daerah padang. mempunyai 3 anak (2 perempuan 1 lelaki). suatu hari rumah yunus di masuki pencuri, dan tok tidak mahu memanjang kan cerita lagi, akhirnya pencuri itu terbunuh ditangan yunus di rumah tersebut. oleh kerana ketakutan, yunus lari ke malaya dan lebih tepat lagi di sg. choh, selangor. ketika melarikan diri itu, anak anak dan isteri ditinggalkan dahulu di padang.

3. setelah keadaan stabil, anak anak dan isteri yunus menturuti yunus ke sg. choh. ketika itu nordin berumur lebih kurang 9 tahun. semenjak itu, yunus, nordin adik beradik tidak pernah lagi kembali ke padang. nordin berkahwin dengan orang tanjung malim yang tok panggil opah.

4. tetapi ada suatu ketika dahulu (setelah kematian yunus) ada juga sedara mara nordin dari padang datang menjenguk untuk menyelesai kan hakmilik tanah kepunyaan yunus. bekas ketua/penghulu kampung, pastinya tanah berderet. tetapi mungkin kerana kemiskinan, nordin tidak kembali ke padang langsung dan hal hal pemilikan tanah itu dibiarkan sahaja.

5. sekarang apa sudah jadi tanah di padang? mungkin sudah hancur atau sudah tenggelam...

6. sekarang apa sudah jadi dengan sedara mara di padang? ntah le.. tok pun tak tahu... kenal pun tidak..