1. ketualanun binti rokiah binti nordin bin yunus
2. diceritakan yunus ini berasal dari padang, sumatera barat. beliau asalnya adalah salah seorang penghulu/ketua kampung di daerah padang. mempunyai 3 anak (2 perempuan 1 lelaki). suatu hari rumah yunus di masuki pencuri, dan tok tidak mahu memanjang kan cerita lagi, akhirnya pencuri itu terbunuh ditangan yunus di rumah tersebut. oleh kerana ketakutan, yunus lari ke malaya dan lebih tepat lagi di sg. choh, selangor. ketika melarikan diri itu, anak anak dan isteri ditinggalkan dahulu di padang.
3. setelah keadaan stabil, anak anak dan isteri yunus menturuti yunus ke sg. choh. ketika itu nordin berumur lebih kurang 9 tahun. semenjak itu, yunus, nordin adik beradik tidak pernah lagi kembali ke padang. nordin berkahwin dengan orang tanjung malim yang tok panggil opah.
4. tetapi ada suatu ketika dahulu (setelah kematian yunus) ada juga sedara mara nordin dari padang datang menjenguk untuk menyelesai kan hakmilik tanah kepunyaan yunus. bekas ketua/penghulu kampung, pastinya tanah berderet. tetapi mungkin kerana kemiskinan, nordin tidak kembali ke padang langsung dan hal hal pemilikan tanah itu dibiarkan sahaja.
5. sekarang apa sudah jadi tanah di padang? mungkin sudah hancur atau sudah tenggelam...
6. sekarang apa sudah jadi dengan sedara mara di padang? ntah le.. tok pun tak tahu... kenal pun tidak..
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletediriwayatkan moyang kami berasal dari acheh, kami pun tak kenal saudara mara kami di sana... tapi di sini kami kenal tu sorang saja - wardina (jangan marah aaa)
ReplyDeleteberita korban tsunami mendukakan kami... tapi kami tak kenal pun meraka yang terkorban, tapi kami sedih setiap kali berita tu keluar...