Thursday, September 16, 2010

Naga

Sempena Syawal 1431 ni, ramai jugak sahabat sahabat yang datang bertandang ke rumah tok. Kerana kisah ular yang tok cerita kan dahulu, ada juga yang bertanya tentang kesahihan tentang cerita naga pada tok dan jugak seorang sahabat lain yang agak pakar juga tentang hal hal mistik ni.

Tok katakan yang tok pernah berjumpa dengan seseorang yang kembarnya seekor ular dan akhirnya menjadi naga. Dan kedua dua mereka masih hidup lagi di ketika ini. Disambung pula oleh sahabat tok yang lain. Beliau pernah berjumpa dengan seseorang yang ibunya adalah naga. Dan beliau boleh berjumpa dengan ibunya secara zahir, bila bila masa beliau berkehendak.

Ibunya juga pernah menyarankan beliau untuk ke Tasik Chini jikalau mahu berjumpa dengan adik beradik beliau yang lain dan juga berbentuk naga. Dan sesiapa sahaja mengikut beliau ke Tasik Chini tersebut pasti boleh melihat naga naga tersebut.

Biasa la.. kalau dah berkumpul tu macam macam la cerita keluar. Cukup la dulu sedikit selingan tentang hal naga ini. Kalau boleh tok nak bercerita tentang naga yang pernah tok naik dahulu. Tapi rasanya lain kali lah.. kalau ada mood.

Tuesday, September 7, 2010

Syawal 1431

Sempena menyambut Syawal tahun 1431 ini, tok tidak merancang ke mana mana. Tok akan beraya di Rawang sahaja dan memang ibunda tok tinggal berdekatan sahaja dengan rumah tok. Juga mertua tok yang tinggal bersama dengan tok, maka dekat dekat sahaja lah tok berjalan, walaupun cuti agak panjang.

Maka kesempatan ini, tok ingin menjemput kenalan kenalan kiranya sudi datang kerumah tok, tak kira raya keberapa pun, tak kira malam atau siang. Yang penting telefon dulu sebelum datang. Kalau tak ada no telefon atau sila sila lah email dahulu, nanti tok kirimkan no telefon dan alamat lengkap (jikalau tidak pernah sampai kerumah tok (Rawang).

Juga tok mewakilkan keluarga keluarga lanun memohon ampun dan maaf kiranya kami ada terlanjur bicara, kata kata dan perangai kepada sesiapa jua yang telah mendatangkan amarah yang sangat menebal sehingga sukar di kikis. Oleh itu maaf kan lah kami.

Sambil itu, tok ingin mengucapkam salam Syawal, salam Aidilfitri dan juga salam satu Malaysia kepada semua pembaca pembaca blog ini. Mana yang balik kampung atau pun tidak, jikalau memandu itu memandu lah baik baik. Jangan lupa berdoa dahulu agar sentiasa di dalam perlindunganNya. Yang naik kenderaan awam tu, nasihat nasihat kan lah dahulu pemandu pemandu tersebut agar sentiasa berwaspada dan menepati syarat syarat lalu lintas, terutama sekali kepada pemandu pemandu gerabak keretapi.

Makin panjang tulis.. makin melalut. Yang sebenarnya, tok nak ucapkan..

"Selamat Hari Raya"