Thursday, February 16, 2012

Domestic Inquiry


Hari ni tok menjadi panel untuk Domestic Inquiry (DI) di syarikat tok. Apa itu Domestic Inquiry? Ianya lebih kurang tentang siasatan dalaman terhadap seseorang di dalam syarikat sebelum sesuatu tindakan di ambil. Ini selalunya melibatkan kesalahan kesalahan melanggar peraturan yang telah di tetapkan oleh syarikat. Ahli ahli panel selalunya terdiri dari pada berbagai department/jabatan. Sebenarnya tok bukan lah suka sangat jadi ahli panel DI ni. Sebab kadang kadang keputusan yang di buat adalah berkaitan tentang periuk nasi seseorang. Tapi di sebabkan tok baru sebulan bekerja di sini, jadi tok terima saja. Nanti orang kata engkar pulak.

DI hari ini adalah melibatkan kesalahan selalu lewat masuk ke pejabat. Setelah beberapa kali surat amaran di beri dan si petuduh masih tidak lagi berubah. Jadi DI terpaksa di buat. Walaupun selepas di rujuk pada Jabatan buruh, si petuduh boleh terus di buang kerja tanpa melakukan DI kerana ada fakta kes yang kukuh. Tapi atas dasar kemanusiaan, DI tetap di buat oleh pihak syarikat.

Setakat hari ini, tok sudah 3 (tiga) kali menjadi panel DI di 3 (tiga) syarikat yang berbeza. 

No comments:

Post a Comment