Thursday, March 22, 2012

Ke Pantai Timur


Cadangnya pada 7 sehingga 11 April ni tok nak berjalan jalan ke pantai timur. Tujuan utama adalah untuk memanjat Gunung Tebu  bersama rakan rakan dan anak anak tok. Baru baru ini rakan tok sudah menukar tarikh rancangan pula. Tetapi setelah memikirkan tentang cuti yang sudah di ambil maka tok berhajat juga lah untuk meneruskan juga memanjat Gunung Tebu bersama anak anak sahaja.

Sekarang tok terpaksa mencari guide untuk memanjat pula. Harap harap rakan yang tolong mintak tolong tu dapat carikan tok sorang guide. Selebihnya tok akan bawa anak anak berjalan jalan sehingga ke Kota Bharu dan seluruh jajahan Pantai Timur. Tetapi, sehingga hari ini belum ada lagi perancangan tempat tempat yang perlu di lawati. Secara jujurnya.. anak anak tok memang tidak pernah sampai ke Pantai Timur lagi. Yang tok pula memang tak biasa pergi. Seingat tok hanya dua kali sahaja tok sampai kesana setakat ini.

Yang pertama ketika tok berusia 12 tahun. Itu pun ikut rombongan sekolah. Yang kedua adalah beberapa tahun yang lepas ketika melawat Danau Tok Uban. Harap harap trip kali ini kami sekeluarga selamat dan sentiasa berseronok.

No comments:

Post a Comment