Tuesday, February 26, 2013

Monday, February 25, 2013

Saturday, February 23, 2013

Guru Saya Wali


Pergh.. Baik punya statement yang tok dengar dari rakan se ofis tok. Tok jarang benor sembang dengan Haji Amzah ni. Tapi tak tahulah semalam Haji Amzah boleh jadi peramah dengan tok.

"kita manusia ni ada dua makam aja".. kata Haji Amzah

"yang saya tahu makam kuborr ja ji".. kata tok.

selalunya macam ni la tok. kena buat buat tak tahu, baru orang nak cerita macam macam dengan kita. kalau boleh buat macam budak tadika ja perangai. lagi syiok..

"makam pertama makam mengajar dan makan kedua makam bekerja".. terang Haji Amzah.

"haji duduk kat makam mana?".. tanya tok

"saya ni bekerja. mestilah duduk di makam bekerja. guru saya yang taraf wali tu duduk makam mengajar. kerja beliau mengajar sahaha. duit tak payah risau. sentiasa ada".. terang Haji Amzah panjang.

"guru saya tu. kalau dia nak pergi Mekah sekejap aja. tak sampai lima minit".. makin menjadi jadi Haji Amzah bercerita.

Waktu ni leher tok dah penat mengangguk. Pipi dah penat senyum senyum.

"Haji... Makam Kuali ada tak?".. soalan terakhir tok pada Haji Amzah..

Tok lari terus tanpa sempat dengar jawapan dari Haji Amzah.

Published with Blogger-droid v2.0.10

Monday, February 18, 2013

Domam


Sebenarnya tok dah 4 hari demam termasuk hari ni. Hari ni disebabkan malas nak jumpa tok dukun untuk mintak MC, jadi tok pergi jugak lah kerja. Nasib baik lah tok dah berhenti ambik tembakau, kalau tidak nenek mesti bising dah. Sekarang ni bukan sahaja tembakau, vape tu pun tok tak ambik dah. Lantak kan, kita tengok sampai bila tok boleh tahan. Sebenarnya.. tok pun tak konfiden boleh berhenti.

Disebabkan tak konfiden nak bawak motor hari ni, maka tok bawak kereta lepas tu separuh jalan tok tumpang keretapi pulak ke ofis. Rasanya lama sangat dah tok tak naik keretapi. Macam macam perubahan rasanya yang tok lihat hari ni. Keretapi dah tak sesak macam dulu. Kalau dulu, letak ikan sardin dalam coach keretapi pun menangis diorang, tak tahan himpit himpit. Tapi tak tahu lah, mungkin kebetulan rezeki tok baik hari ni, Kalau dulu orang komplen komuter selalu lewat, tapi hari ni awal. Dulu komuter jarang yang dapat duduk, tapi hari ni tok dapat tempat duduk, cuma separuh jalan bila tok nampak sorang makcik mendokong baby dalam perut, maka tok pun serahkan lah tempat duduk pada beliau. Berdiri pun tak pa, tak sendat hari ni pun. Kita tunggu ajalah petang karang macam mana.