Sebenarnya tok dah 4 hari demam termasuk hari ni. Hari ni disebabkan malas nak jumpa tok dukun untuk mintak MC, jadi tok pergi jugak lah kerja. Nasib baik lah tok dah berhenti ambik tembakau, kalau tidak nenek mesti bising dah. Sekarang ni bukan sahaja tembakau, vape tu pun tok tak ambik dah. Lantak kan, kita tengok sampai bila tok boleh tahan. Sebenarnya.. tok pun tak konfiden boleh berhenti.
Disebabkan tak konfiden nak bawak motor hari ni, maka tok bawak kereta lepas tu separuh jalan tok tumpang keretapi pulak ke ofis. Rasanya lama sangat dah tok tak naik keretapi. Macam macam perubahan rasanya yang tok lihat hari ni. Keretapi dah tak sesak macam dulu. Kalau dulu, letak ikan sardin dalam coach keretapi pun menangis diorang, tak tahan himpit himpit. Tapi tak tahu lah, mungkin kebetulan rezeki tok baik hari ni, Kalau dulu orang komplen komuter selalu lewat, tapi hari ni awal. Dulu komuter jarang yang dapat duduk, tapi hari ni tok dapat tempat duduk, cuma separuh jalan bila tok nampak sorang makcik mendokong baby dalam perut, maka tok pun serahkan lah tempat duduk pada beliau. Berdiri pun tak pa, tak sendat hari ni pun. Kita tunggu ajalah petang karang macam mana.
No comments:
Post a Comment