Thursday, January 31, 2013

31.1.13


Tarikh hari ni, 31 Jan 2013. Saja nak menyusun date bagi nampak cantik. Tak ada apa yang menarik pun yang nak tok sentilkan hari ni. Cuma tok ni dah beberapa hari tak membakar tembakau dah. Setakat ini, Alhamdulillah berjaya. Memang kekuatan minda sangat di perlukan dalam hal. Cuma risau sub-concious mind, takut melatah ja masuk 7 eleven. Tapi InsyaAllah boleh rasanya. Tok Penghulu BBB, 24 jam boleh berhenti tak kan tok tak boleh. Abang kelawar pun katanya dah seminggu tak beli tembakau. Tapi tak tahu lah kalau dia tipu tok. Lagi pun dah memang tok cadang tahun ni stop, tinggal nak cuba aja. Sebelum sebelum ni memang tok tak cuba langsung.

Nenek pun malas nak nasihat. Sebab beliau tahu tok ni memang tak makan nasihat. Lagi di beri nasihat, lagi di buat.

Kali ini niat berhenti kerana Allah bukan sebab kesihatan diri sendiri atau kesihatan orang lain. Moga tok berjaya.

HAIYA 'ALAL FALAH....


P/s: welcome e cigerrete

No comments:

Post a Comment