Tuesday, January 29, 2013

Allah Berpantun


Tok rasa tok ni dah ketinggalan zaman sikit. Isu guna nama Allah oleh agama lain pun dah tak hot. Baru la tok nak tulis pasal ni. Sebenarnya isu ini, Allah dah tahu dari awal awal lagi. Bukan kah beliau Maha Pencipta dan Maha Perancang, malahan Allah adalah sebaik baik perancang. Jadi, Allah awal awal lagi dah bagi pantun 4 kerat. yang berbunyi.

Dialah Allah Yang Maha Esa
Dia tempat meminta segala sesuatu
Dia tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan
Dan tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya

Pantun nya ringkas, 4 kerat aja. Tapi isinya jelas. Nak guna nama Allah, guna lah. Tapi haruslah beriman dengan pantun ni.

Dia tidak mempunyai anak dan tidak diperanakkan

Ini keratan sebenarnya rangkap khas untuk orang Kristian yang mempunyai konsep Tuhan Anak, Tuhan Bapak dan Ruhul Kudus. Awal awal Dia dah bagi tahu sebagai peringatan. Kalau rangkap (ayat) ni, korang tak boleh terima. Lupa kan lah dulu nak guna nama pemilik pantun ini.

Dan tidak ada sesuatupun yang serupa dengan-Nya

Rangkap yang ini pula tok suspek adalah untuk agama agama lain yang merujuk patung patung atau apa sahaja benda sebagai Tuhan mereka. Mungkin chapter ni belum sampai lagi. Sebab kalau ikut turutan rangkap pantun, habis cerita orang Kristian ni, nanti akan ada agama lain pula yang nak merujuk patung patung mereka sebagai Allah. Bukan kah Allah itu Maha Mengetahui.

Dan sebenarnya ayat ini, orang Islam sendiri pun tak kaji. Orang banyak guna untuk nak menghalau jin dan syaitan ja. Terutama sekali pengamal ayat ayat 3 Qul.

Dialah Allah Yang Maha Esa
Dia tempat meminta segala sesuatu

Dua rangkap ni sebenarnya khas untuk orang yang mengaku Islam. Kenapa sampai dua rangkap pulak untuk orang Islam? Kaum Musrikin sorang satu rangkap ja.

Yang itu... LU PIKIR SENDIRI LAH NABIL....

No comments:

Post a Comment