Wednesday, April 30, 2014

BALDATUN TOYYIBATUN WA RABBUN GHAFUR


Pergh... tajuk topik kali ni macam best ja. Sebenarnya ia adalah betikan dari ayat Quran dari surah Saba' ayat ke 15. Bukan ayat penuh, cuma petikan sahaja. Yang ditafsirkan atau diterjemahkan lebih kurang;

"Negara yang aman, makmur dan mendapatkan keampunan Allah." (Saba`:15)

apa pasal tok cerita pasal ni?

Sebenarnya hari ni pak lang pergi ke Pesta Buku di PWTC.

"abah nak kirim buku apa bagi tau lah".. kata pak ngah semalam. 

apa lagi tok bukak lah blog satu "brother" ni yang tok tahu penulis, tok tahu/kenal beliau cuma melalui blog beliau sahaja, dan dah lama tok nak beli buku beliau tapi tak berkesempatan.

 "abah, cuba call orang tu"... pak ngah whatsapp tok tadi.  

Tau la tok maknanya pak ngah tak jumpa jumpa buku yang tok suruh cari. Orang yang pak ngah maksud kan itu adalah penulis buku tersebut. Nak tak nak terpaksalah tok call penulis sendiri bertanyakan tentang booth beliau. Alhamdulillah, beliau seorang boleh tok katakan peramah dan tidak sombong.

"Tun Razak Hall, booth no 3008, 3009 and 3010".. tok balas whatsapp pak ngah.

Setelah dapat confirmation dari penulis sendiri, beliau ada 3 buku yang tok rasa harus tok beli.

1. Menanti Kibaran Bendera Agung
2. Hinduisme Agama Tauhid Terawal
3. Baldatun Thoiyyibatun

"dah jumpa semua".. whatsapp terakhir dari pak ngah



P/S: tok tak boleh komen lagi pasal buku buku ni, sebab tok belum baca lagi. Blog penulis; http://wwwfafiruilallah.blogspot.com
 

4 comments:

  1. Terima kasih di atas kesudian saudara memiliki ketiga-tiga buku tersebut.
    Semua buku yang ditulis itu adalah cetusan idea yang terilham sejak 1990-an. Bab Pertama dalam novel Menanti Kibaran Bendera Agung adalah berasal dari cerpen Dialog Lima Kurun yang telah memenangi Hadiah Cerpen Maybank – DBP 1994/1995. Idea dari situlah saya kembangkan yang berdasarkan sebahagiannya daripada kisah benar.
    Silalah baca dahulu buku-buku berkenaan dan selepasnya bolehlah kalau saudara mahu kita adakan sidang dialog di ruangan ini. Ada begitu banyak isu-isu yang mungkin kontroversi dan hangat.
    Bicara mengenai buku Hinduisme Agama Tauhid Terawal? ada saya kendalikan dalam kumpulan MENGENAL ALLAH MELALUI AGAMA-AGAMA PURBA di fb untuk mengatasi sebarang permasalahan bersabit buku berkenaan. Tapi nampaknya tidak ada para pembaca yang terkeliru berkaitan isu-isu yang ditimbulkan. Barangkali.
    Novel Baldatun Thoiyibatun di tangan saudara adalah versi lama. Saya sudah mengedit bagi edisi baru yang berjudul BALDATUN THOIYYIBATUN WARABBUN GHAFUUR. Kulit luarnya adalah seperti latar belakang akaun fb saya. Yang diedit adalah ejaan dan sedikit pembetulan maklumat syarak. Isinya tetap sama. Itulah negara yang saya impikan sejak saya mengenal Islam dan kesempurnaannya.
    Sekian dan selamat membaca. Semoga di antara kita terjalin silaturrahim.

    ReplyDelete
  2. salam tuan,

    terima kasih kerana sudi berkomen di sini.

    saya sudah habis membaca menanti kibaran bendera agung, lagi dua buku tunggu dulu. nanti saya create satu topik ulasan tentang menanti kibaran bendera agung.

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam tak boleh janji la pulak nak bukak satu topik ulasan pasal buku ni.

      Delete
    2. Saya memang amat mengharapkan. Ada isu-isu besar di situ yang mungkin boleh saudara timbulkan yang boleh menghangatkan. Saya ada masej tentang Tasauf dan persilatan kepada bangsa Melayu melalui novel itu . Tapi saya menanti riakbalas dari pembaca dahulu. Semoga saudara sudi meneruskan

      Delete