Salam semua. Sempena satu syawal ini, tok ingin memohon ampun dan maaf kepada pembaca blog tok (kalau ada la), sekiranya tok ada tertulis sesuatu yang boleh mengguris hati dan perasaan kamu selama ini.
Kepada saudara saudara di seluruh dunia, terutama di Palestine, Suria, Iraq, Myanmar dan dimana sahaja berada di dalam keadaan tertindas dan kesusahan. Tok ingin memohon ampun sekiranya doa doa tok tidak mencukupi untuk membantu anda semua. Mohon agar tok termasuk di dalam golongan mukmin yang mana doanya di anggap satu senjata.
Marilah kita sama sama berdoa agar dengan kedatangan Syawal ini, dipercepatkan kedatangan penyelamat kaum muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Agar kita semua dapat bersatu atas satu panji panji yang agung, iaitu panji panji Islam.
Selamat Hari Raya Aidilfitri.
No comments:
Post a Comment