Tuesday, November 16, 2010

Toyol

Malam tadi tok merayau rayau. Di pertengahan jalan tok ternampak ada satu jasad kecil berjalan mundar mandir atas jalan raya. Dengan keadaan terkejut tok pun berhentikan kereta. Ingatkan budak kecik, rupanya memang budak kecik tetapi bertaring, berkuku panjang, anak mata merah dan bertelanjang bulat.

Rupanya toyol tak bertuan. Nasib baik tok sempat tutup pintu kereta, kalau tidak terpaksalah pulak tok menjadi tuan toyol.

Wednesday, November 10, 2010

Hari Lahir Nenek.


Hmm.. esok hari lahir nanek. hadiah dah beli dan dah kasi pun. cuma kad aja yang tak beli lagi. rasanya esok sempat cari lagi. mengikutkan kata pakar pakar kasut, maka tok belikan lah juga ASICS Gel Kayano 16 untuk nenek.

"Selamat Hari Lahir"

Awal Muharram


Awal Muharram sudah kembali tiba. Macam seperti yang dulu dulu, tok akan keluar merayau rayau bersama kawan atau kawan kawan. Tok dah apply cuti hari isnin. awal muharram hari selasa. panjang la sikit cutinya. Tapi kemana dan dengan siapa belum di putuskan lagi. Apa ni mat? decide lah...

Tuesday, October 26, 2010

Sany Char Koew Teow

gambar hiasan


Hari Jumaat ni tok ke Penang. Sabtu baru balik ke rumah. Sesuatu yang tok tak bisa lepaskan kalau ke Penang ialah makan Char Koew Teow. Selalunya tok pergi di Sany Char Keow Teow di Tokong Ular. Itu tempat biasa tok dulu dulu. Sebab tok pernah bekerja di Penang suatu masa dahulu.

Sunday, October 24, 2010

Tidur

Rasanya macam dah lama tok tidur. Belum ada hajat lagi nak bangun. Tidur pun best jugak. Lambat laun bangun jugak. Jangan terus tidur udah la. Macam macam cerita keluar dah.. 2012 la, freemason la, illuminati la, anti-christ la, dajjal, Imam Mahadi, Nabi Isa dan macam macam lagi. Ah.. tidur dulu. weekend ni...

Satu malam tu ada jugak bersembang dengan tok long hal hal ni. panjang jugak la cerita yang di sembang kan, dari hal nampak sehingga hal tak nampak. Tapi habis di situ sahaja. Tak ada di panjang panjang kan lagi..

Tuesday, October 19, 2010

Dah Tua Baru Nak Belajar

gambar hiasan

bila hari selasa aja tok mesti pulang awal dari ofis. bak kata orang german.. balik ofis on the dot. bukan apa, sebenarnya sudah 2 bulan tok masuk kelas belajar gitar bass. tak tahu la kenapa tok baru nak belajar main gitar. dulu masa muda tak mahu. dah tua tua ni baru nak belajar. mungkin dah buang tebiat agaknya..

cuma satu dua lagu yang tok gheti main. itu pun tercari cari jari mana nak guna dan chord apa nak pakai.

Sunday, October 10, 2010

MacBook Pro


Alhamdulillah.. sudah sekian lama tong mengidam menatang ni, akhirnya cita cota tok tercapai juga. Ini lah kali pertama tok menggunkan Operating System (bahasa melayu tak tau) OSX. Dan selama ini tok hanya biasa dengan OS berasaskan Windows, Unix dan Linux. Dan sekarang tok dengan rela hatinya belajar untuk membiasakan kan diri dengan OS yang baru ni.

Sekarang ni tok ibarat budak kecik yang mendapat permainan baru. Cuba sana, cuba sini dan sekali sekala rujuk guru tok yang jarang menghampakan (youtube). Posting ini adalah yang pertama tok menggunakan MacBook Pro dengan OS MacOSX. Semoga komputer baru ini dapat memberikan menafaat yang banyak untuk tok.




Monday, October 4, 2010

Nenek Kebayan dan Suami

salam...

agak lama juga bersawang blog tok ni. lama dah tak update. baru baru ini tok di beri peluang berjumpa dengan seseorang yang mendapat gelaran nenek kebayan. nenek kebayan yang tok jumpa ni lain benar dari nenek kebayang yang seslalu di cerita, ia itu tua, muka hodoh dan sebagainya. nenek kebayan yang tok jumpa ini tidak lah mudah sangat dalam 50an sahaja umur nya. muka nya bersih keibu ibuan sahaja. di sebalik muka yang selalu tersenyum nampak ketegasan nya terutama sekali dari tutur katanya.

semasa tok berjumpa dengan nya, beliau berpakaian serba hitam dan juga mempunyai sebatang penyapu yang pelik. disamping beliau tok jugak berjumpa suaminya yang mempunya gelaran tok Badar. Beliau seorang yang peramah dan suka bercerita juga memakai cincin yang penuh di tangan.

Tidak banyak yang di sembang kerana tok lebih banyak mendengar dari berkata kata. Dan rasanya lebih kepada sesi suai kenal dan berkenal kenalan sahaja. Mungkin lain kali kalau bertemu lagi tok akan cerita lebih panjang...


Thursday, September 16, 2010

Naga

Sempena Syawal 1431 ni, ramai jugak sahabat sahabat yang datang bertandang ke rumah tok. Kerana kisah ular yang tok cerita kan dahulu, ada juga yang bertanya tentang kesahihan tentang cerita naga pada tok dan jugak seorang sahabat lain yang agak pakar juga tentang hal hal mistik ni.

Tok katakan yang tok pernah berjumpa dengan seseorang yang kembarnya seekor ular dan akhirnya menjadi naga. Dan kedua dua mereka masih hidup lagi di ketika ini. Disambung pula oleh sahabat tok yang lain. Beliau pernah berjumpa dengan seseorang yang ibunya adalah naga. Dan beliau boleh berjumpa dengan ibunya secara zahir, bila bila masa beliau berkehendak.

Ibunya juga pernah menyarankan beliau untuk ke Tasik Chini jikalau mahu berjumpa dengan adik beradik beliau yang lain dan juga berbentuk naga. Dan sesiapa sahaja mengikut beliau ke Tasik Chini tersebut pasti boleh melihat naga naga tersebut.

Biasa la.. kalau dah berkumpul tu macam macam la cerita keluar. Cukup la dulu sedikit selingan tentang hal naga ini. Kalau boleh tok nak bercerita tentang naga yang pernah tok naik dahulu. Tapi rasanya lain kali lah.. kalau ada mood.

Tuesday, September 7, 2010

Syawal 1431

Sempena menyambut Syawal tahun 1431 ini, tok tidak merancang ke mana mana. Tok akan beraya di Rawang sahaja dan memang ibunda tok tinggal berdekatan sahaja dengan rumah tok. Juga mertua tok yang tinggal bersama dengan tok, maka dekat dekat sahaja lah tok berjalan, walaupun cuti agak panjang.

Maka kesempatan ini, tok ingin menjemput kenalan kenalan kiranya sudi datang kerumah tok, tak kira raya keberapa pun, tak kira malam atau siang. Yang penting telefon dulu sebelum datang. Kalau tak ada no telefon atau sila sila lah email dahulu, nanti tok kirimkan no telefon dan alamat lengkap (jikalau tidak pernah sampai kerumah tok (Rawang).

Juga tok mewakilkan keluarga keluarga lanun memohon ampun dan maaf kiranya kami ada terlanjur bicara, kata kata dan perangai kepada sesiapa jua yang telah mendatangkan amarah yang sangat menebal sehingga sukar di kikis. Oleh itu maaf kan lah kami.

Sambil itu, tok ingin mengucapkam salam Syawal, salam Aidilfitri dan juga salam satu Malaysia kepada semua pembaca pembaca blog ini. Mana yang balik kampung atau pun tidak, jikalau memandu itu memandu lah baik baik. Jangan lupa berdoa dahulu agar sentiasa di dalam perlindunganNya. Yang naik kenderaan awam tu, nasihat nasihat kan lah dahulu pemandu pemandu tersebut agar sentiasa berwaspada dan menepati syarat syarat lalu lintas, terutama sekali kepada pemandu pemandu gerabak keretapi.

Makin panjang tulis.. makin melalut. Yang sebenarnya, tok nak ucapkan..

"Selamat Hari Raya"