Friday, January 22, 2010

Nenek ku Kaya...

Pagi pagi lagi nenek dah sms tok dari ofisnya..

"dapat bonus 13 bulan.. alhamdulillah"

Kalau nenek kaya... maknanya tok pun kaya lah. apa lagi yang tok boleh kata.... cuma..
ALHAMDULILLAH...

Teringat Unyang

Tok pun dah tak ingat berapa lama Unyang pergi. Kalau tak silap beberapa hari sebelum Raya Aidiladha yang lalu. Sementalah dengan kesibukan tok yang sudah beberapa weekend terpaksa bekerja untuk menyiapkan lapuran lapuran yang berkaitan dengan kerja kerja di pejabat. Entah kenapa weekend yang lalu sambil membuat kerja kerja di rumah.. tok rasa macam kosong sahaja. Nak buat lapuran macam tak ada idea, nak keluar minum minum rasa macam malas.

Akhirnya tok sedar yang tok sudah melupakan Unyang. Ketika makan tengah hari tok menyuarakan pada nenek yang tok rasa ingin melawat kubur Unyang selepas asar nanti. Dengarnya abang long sudah memacak nesan. Nenek setuju untuk turut serta. Kami bertolak selepas Asar, sebenarnya tak jauh pun perjalanan.. lebih kurang 30 minit sahaja.

Sampai di tanah perkhuburan, tok tercari cari kubur Unyang. Ini sebenarnya adalah kali kedua tok kubur Unyang sejak Unyang pergi. Mujurlah lah Pak Ngah yang ikut tok sekali sangat cekap matanya walaupun baru berumur 11 tahun. Dengar nya Abang Long lah yang pacak batu nesan dan Kak Ngah sekeluarga menambak batu sungai di sekeliling pusara.

Apa yang tok buat? sekadar bercerita sahaja lah yang boleh.. itu pun tunggang terbalik...

Thursday, January 7, 2010

Mimpi Nenek - Kota Atlantis

Pagi tadi nenek bercerita yang dia bemimpi bahawa tok berkata padanya, bahawa untuk pergi ke Kota Atlantis adalah amat mudah. Mesti melalui punca air atau yang paling senang sekali adalah melalui bilik air.

Tok malas nak pikir dulu benda ni, sebab hari ni tok banyak kerja. Mungkin esok lusa baru tok pikir apa maksudnya...

Wednesday, January 6, 2010

Cerita Buntu

Sekarang ni tok buntu nak menulis apa apa. Kalau ikut kan banyak jugak topik boleh di ceritakan; antaranya..

1. Tahun Baru 2010, azam dan sebagainya.
2. Anak anak masuk sekolah.
3. Anak buah kat ofis resigned pagi ni.

Tapi rasa macam malas aja....


Friday, December 18, 2009

Tahun Baru - Awal Muharram 1431 Hijriah

Salam tahun baru tok ucapkan pada semua. Tak seperti orang lain yang mempunyai kelaziman untuk berazam bila menyambut tahun baru, tok pulak jarang mempunyai azam. Sebab tok tahu, selalunya azam tok tidak pernah yang tertunai. Jadi tok malas nak berazam, biar lah tok jalani hidup sehari hari tanpa mempunyai azam dan terikat dengan azam yang harus ditunaikan.

Tak seperti tahun tahun yang lalu, mengimbas kembali kelaziman tok bila menyambut tahun baru ini. Selalunya tok akan berjalan jalan dengan sahabat sahabat. Tahun ini tok terlupa tentang kelaziman tersebut. Mungkin kerana tok terlalu sebuk sehingga terlupa tentang kelaziman ini.

Mengimbau kembali beberapa tahu yang lalu.. tok pernah tersesat ketika mendaki Gunung Ledang. Sehinggakan hari ke-3 baru sampai kepuncak. Dan, tahun yang lalu pula tok ke Pulau Besar untuk melihat satu kaum menyembah kubur kubur keramat. Tahun ini pula, sepatutnya tok ke Masjid Demak dengan seorang sahabat. Tapi tok lupa dan sahabat tersebut pulak tidak mengingatkan. Mungkin belum ada rezeki lagi. Tengok la pula tahun depan....

Wednesday, December 16, 2009

Sebuk Sikit

Bulan ini adalah bulan yang agak sebuk. Weekend pun terpaksa datang ofis. Kadang kadang email pun tak sempat jenguk. Nasib le kamu labu...

Tuesday, November 24, 2009

Jadual Outstation Bulan December

1 Dec 2009 (Tue) - Mersing
2 Dec 2009 (Wed) - Cherating
3 Dec 2009 (Thu) - Cherating. Kuantan
28 Dec 2009 (Mon) - Komtar. Seberang Jaya

Kembali KeRahmatullah

Meninggal.Mati.Meninggal Dunia.Kembali KeRahmatullah. dan macam macam lagi. Walau bagai mana pun tok cuma nak menyampaikan yang ayahanda tok (Unyang) sudah selamat dikebumikan petang jam 2.00 petang semalam. Beliau telah menghembuskan nafas terakhirnya lebih kurang jam 9.00 pagi semalam.

Cuma tok yang tiada rezeki untuk menyempurnakan mayat beliau dan ketika tok sampai dari Skudai, beliau sudah pun selamat dikebumikan.

~Al-Fatihah...

Sunday, November 22, 2009

Jadual Outstation Bulan November

18 Nov - Kota Kuala Muda
19 Nov - KOMTAR
23 Nov - Skudai, Kota Tinggi
24 Nov - Muar, Segamat, Tampoi, Gelang Patah.

Wednesday, November 4, 2009

Buku Yang Baru Habis DiBaca

No komen. agak menarik di baca. Sekarang ni tiada stok buku baru. Nampak gayanya kena pergi lah.. Kinokuniya ka.. MPH ka.. BORDERS ka atau Masjid India.