Thursday, May 27, 2010

Kaki Ayam

Kasut Kaki Ayam



Tefta untuk tok.




Vibram untuk nenek.


Wednesday, May 26, 2010

Telinga Bunian

Beberapa malam lepas Pak Ngah ada bagi tau yang dia ada gambar yang telinga tok sebijik macam telinga bunian.

+ "Runcing macam telinga kucing".. kata Pak Ngah..
- "Sebijik macam telinga elf".. sampuk Pak Long..
* "Abah korang tu memang keturunan Bunian".. selamba jer nenek jawab..

Sampai sekarang tok tak dapat lagi tengok gambar tu. Atau budak budak ni saja buat cerita...


Thursday, May 20, 2010

Di Pinang Menjadi Ketua

Beberapa malam lepas tok di datangi oleh beberapa orang (lelaki dan perempuan) di rumah. Mereka mempunyai hajat yang besar... kata mereka lah.. Katanya di kawasan mereka belum ada Ketua lagi, dan mereka berhajat melantik tok untuk menjadi Ketua mereka. Tok ketawa terbahak bahak.. belum pernah tok terpikir untuk menjadi Ketua seperti yang mereka mahukan. Dalam tok ketawa, wajah mereka tetap serius.

Salah seorang mereka berkata bila melihat tok tak berhenti ketawa..

- "Tok!.. ini amanat arwah Unyang dulu"..
+ "Mana mungkin, arwah Unyang mana pernah aktif dalam hal hal ini".. kata tok

Tok masih tak percaya walaupun nama arwah Unyang di sebut. Lagi pun permintaan mereka adalah diluar bidang atau kepandaian tok. Mana mungkin tok boleh berkhidmat.

- "Tak apa tok.. asal kan nama tok sebagai Ketua, sudah cukup bagi kami".. kata mereka lagi..

Ah!! pening tok memikir sekejap. Mana mungkin mahu di lantik menjadi ketua, tetapi tak buat apa pun tak apa. Asalkan tok jadi Ketua.

+ "Kamu tak ada ke calun yang lain? Lagipun kawasan tok kawasan lain. Tak kan tak ada calun lain tinggal di kawasan tersebut?".. tanya tok
- "Calun tu ada... tapi mereka semua tak berani menjadi Ketua. Mereka semua sanggup buat kerja apa sahaja, asalkan bukan jadi Ketua".. jawab mereka..
+ "Nantilah tok pikirkan dahulu.. buat masa ini tok banyak komitment yang lain"...
- "Kami harap tok dapat buat keputusan malam ini juga, kerana hari permasyuran sudah hampir tiba dan kami kesuntukan masa"... kata mereka..

bersambung...

Wednesday, May 19, 2010

Kering

IDEA KERING. SaJA tEST TULIS guNA HANPHONE. aDA PROBLEM KALAU GUNA QWERTY kEYBOARD. NAK DELETE TAK BOLEH. FONT SUKA SUKA JE JAdI BESAR DAN KECIK.LKlaLLJ LJNLR GUnLA HLALLlLll PULA. HISH! SUSAHLAH. HTTP://KETUALANUN.BLOGSPOT.COM

Thursday, May 6, 2010

Sembang Sembang Anak Beranak

Semalam tok bersembang sembang dengan Pak Long dan Pak Ngah tentang berbagai perkara. Terutama sekali tentang Ilmu Syariat, Tarikat, Hakikat dan Makrifat. Pak Long dan Pak Ngah menunjukkan minat untuk mengetahui lebih lanjut tantang hal hal ini. Tok bercerita pun sekadar berkias kias kerana dikhuatiri Pak Long dan Pak Ngah akan konfius apatah lagi mereka masih lagi di bawah umur. Punyalah khusyuk mendengar cerita, sehingga nenek pulang bekerja pun mereka tak hiraukan.

Sembangnya berselang seli tentang persoalan bab bab alam. Soalan bertambah rancak bila tok bercerita tentang alam Bunian dan Dewa. Ini termasuk cerita alam Jin, alam para wali dan alam Malaikat. Tok terkejut, kerana Pak Long bertanya tentang Sidratul Muntaha. Tok tak pernah bercerita tentang hal ini sebelum ini. Bila masa Pak Long pernah dengar.

Cerita di teruskan lagi dengan rancak bila Pak Long dan Pak Ngah bertanya tentang Saka. Pak Lang yang sekali sekali menjengah, tak jadi join bila dengar tok bercerita tentang Saka. Pak Ngah yang bercita cita untuk menjadi Ustard rupanya seorang penakut. Kak Cik dah lama tidur, langsung tak larat nak join. Pak Su tak usah di ceritalah, bila nenek balik kerja sahaja, tok terus dilupakan.

Soalan dan cerita menjadi bertambah rancak bila Pak Long mengutara kan isu tentang hal histeria yang kerap berlaku di sekolahnya. Juga di ceritakan tentang sahabat beliau yang duduk di bangku sebelah beliau di sekolah juga pernah terkena histeria. Di ketika itu beliau lah sebuk membantu. Maka terpaksalah tok ceritakan konsep histeria, cara membuang dan juga pendinding diri. Sebenarnya itulah yang Pak Long dan Pak Ngah tunggu untuk belajar. Bila jam sudah 11 mlm, tak ada lagi tanda tanda yang Pak Ngah dan Pak Long sudah mengantuk. Tok terpaksa berhentikan sessi tersebut kerana tok yang mengantuk.

Tok janji dengan Pak Ngah dan Pak Long akan teruskan apa sahaja cerita yang tok tahu malam ini.

Wednesday, May 5, 2010

Pengenalan Kepada Pertapaan


Kesempatan pada hujung minggu dahulu adalah mengikut seseorang yang tok panggil Abah untuk melakukan satu ritual yang di panggil bertapa. Walaupun Abah sendiri tidak mahu mengaku yang proses ini di panggil bertapa, beliau lebih senang ianya di panggil ber Khalwat atau ber Suluk. Walaubagaimanapun tok lebih senang ianya tetap di panggil bertapa. Ini adalah kerana lokasinya adalah terletak di dalam gua/tepi sungai/atas batu dan tempat lebih terbuka walaupun jauh dari orang ramai.

Dahulu tok pernah menyertai satu ritual yang di panggil ber Suluk atau ber Khalwat yang mana tempohnya adalah selama sepuluh hari, sepanjang masa duduk di dalam kelambu yang di pasang di dalam sebuah surau. Dan sepanjang masa hanya berzikir memuji Ilahi. Tok hanya keluar dari kelambu jikalau perlu untuk bersolat jemaah, mandi, makan, buang air besar dan kecil.

Kali ini ritual nya hanyalah satu malam sahaja dan lokasi tok adalah diatas batu ditepi laluan air terjun. Inilah kali pertama tok bertapa secara formal dengan di hadiri oleh guru pembimbing. Mungkin lain kali tok akan buat lagi dan perancangannya mungkin 3 malam..