Saturday, January 1, 2011

Sedikit Kisah Unyang - Part 1


arwah unyang ni dahulunya seorang cikgu. cikgu sekolah la. penghujung sebelum bersara, beliau sempat juga menjadi guru besar. walaupun beliau ni seorang guru, tok tengok beliau suka sangat mencari ilmu. macam ilmu beliau belajar, dari hal kebatinan la, tarikat la, makrifat la, hakikat la. paling jauh yang tok tahu dia pernah pergi, sampai ke Indon aja lah.

satu lagi yang tok perasan tentang beliau ialah, beliau ni suka sangat bersembang sembang dengan ntah sesiapa orang ntah. bermuzakarah, kata unyang dahulu. pantang lepa, ada je orang nak layan beliau bersembang. topik yang paling beliau minat sekali adalah bab ketuhanan.

macam macam orang dah beliau jumpa, hampir kesemuanya di ceritakan pada tok. rasul melayu tu pun di layan sembang juga. cuma ayah pin sahaja yang beliau tak jumpa. itu pun tok tak tahu. ntah ntah beliau dah jumpa. unyang ni, soalan favourite dia bila jumpa orang, beliau akan tanya..

"dimana Allah?"..

selalunya orang mesti jawab, walaupun soalan ni soalan provoke shj.

sambung...

2 comments:

  1. Salam Tok,

    Di mana Allah?

    Allah Maha Nyata lagi Maha Ghaib! Setiap sesuatu itu Dia meliputi dlm keESAanNya tanpa ada had. Kata org2 tauhid, esanya Allah itu "Dekat tak bersentuh, jauh tak berjarak." Esanya Zat, Sifat, Asma' dan AfaalNya meliputi sekalian sesuatu.

    Allah memberi taufik dan hidayahNya kpd sesiapa sahaja yg Dia kehendaki.

    ReplyDelete
  2. a'aa aku pon pernah berborak ngan arwah masa perjalanan pulang dari kayuh di Pangkor naik kereta abg Jep... banyak yg kami belajar sepanjang perjalanan tu... rasa kejap jer sampai Tasik... hehe..Al-Fatihah ku sedekahkan pada Beliau...

    ReplyDelete