Sunday, May 8, 2011

Dikejar Anjing


Selama tok berkecimpung di dalam aktiviti berkayuh basikal. Banyak betul tok dengar dan lihat sendiri rakan rakan tok di acah anjing atau di kejar anjing. Kebetulan baru baru ni tok ada jumpa satu kitab yang mengajar cara untuk menutup mulut anjing, supaya tak buat bising. Cam biasa lah, jangan percaya sangat. Kalau nak cuba jugak, tanggung sendiri.

=======================================================

Ingin Mengunci Mulut Anjing Menyalak.

Beri salam kepada Qitmir apa bila berjumpa anjing, dengan cara...

"Assalammu Alaika Qitmir"

Selepas itu temukan hujung jari manis dengan ibu jari dan iktikadkan mulut anjing itu telah dikunci.

=======================================================

Siapa itu Qitmir yang di berikan salam tersebut. Nanti kalau rajin tok cerita lah. Tapi kalau siapa tahu, boleh lah cerita dulu. Di persilakan...

9 comments:

  1. Salam Syeikh,

    Pinjam dari Google :

    "qitmir ini adalah nama anjing ashabul kahfi. qitmir adalah satu satu nya anjing yang ada disyurga kelak, qitmir ini juga adalah raja segala anjing. jika ada kecemasan dengan anjing sebut nama qitmir ini dengan nada menjerkah anjing tersebut. Pada pengalaman saya yang lepas lepas anjing akan ketakutan dan melarikan diri."

    saja seronok membaca cetusan syeikh...

    ReplyDelete
  2. Maaf, tambahan sikit lagi Syeikh.

    "Qitmir, anjing yang menemani perjuangan 6 orang pemuda dalam mempertahankan keyakinannya. Meskipun anjing merupakan binatang najis, tapi ia dimulyakan oleh Allah SWT. Ini salah satu petikan dari buku itu:

    “Kelak, ketika para Ashabul Kahfi itu dimasukkan ke surga, maka Qitmir akan berkata kepada mereka, “Wahai para penghuni gua! Dulu saya selalu menemanimu dalam perjalanan itu, tetapi kini engkau masuk surga dan meninggalkanku sindiri.” Para Ashabul Kahfi itu kemudia berdoa agar Allah SWT juga berkenan memasukkan Qitmir ke surga bersama mereka. Doa mereka dikabulkan, Qitmir, anjing yang dberkahi, itu pun masuk surga dan tinggal selama-lamanya di dalamnya.”

    Jazakallah...

    ReplyDelete
  3. terima kasih tok.. kerana sudi bercerita...

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. akan dicuba akan keberkesanannya nanti... terima kasih

    ReplyDelete
  6. Ada kah dalil yg sahih berkenaan mnyebut qitmir jika dikejar anjing..?

    ReplyDelete
  7. Tiada anjing nama qitmir sebab tiada satu nash quran memberitahu namanya

    ReplyDelete