syariat
syariat ni selalunya adalah ilmu yang selingkar dalam permasslahan umum atau tutur atur bagi umat Islam. hal hal biasa umuat islam. selalunya dari kecik kecik orang melayu dah belajar. macam belajar:
1. ambil air sembayang
2. cara sembahyang fardhu
3. cara sembahyang sunat
4. isu halal haram
5. belajar mengaji dengan tajwid
6. yang basic basic budak budak belajar dari darjah satu sampai tingkatang lima tu.
7. isu dosa dan pahala.
8. isu syurga dan neraka.
sebenarnya banyak le lagi. tak lalu la pulak nak list kan. ilmu fardhu ain le kalau orang dulu dulu kata. orang syariat ni di sebabkan ilmunya hanya seputar seputar itu sahaja maka mereka ni suka sangat menjatuhkan hukum.
"eh.. jangan buat macam tu... harammm"..
contoh je kat atas tu.
"eh.. jangan buat cam tu.. dosaa"...
contoh lagi.
"eh.. hang rukuk tak betul tadi... batal sembahyang"..
contoh lagi.
dan mereka ni adalah selalunya cuba membetulkan segala masalah masalah yang di sebutkan di atas. dan jarang sekali mereka ini pula menjaga waktu sembahyang. sembahyang tu tetap sembahyang tetapi jarang sekali mereka mereka ini menunggu waktu. statement ni statement general ja. bukan untuk semua. yang sembahyang kat masjid tu of course la menunggu waktu.. kan.
dan kebanyakan mereka ni niat utama mereka adalah melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang (amar makruf nahi mungkar) adalah dengan niat untuk mengumpul pahala dan dengan harapan masuk syurga semata mata. baguslah, memang itu niat kebanyakan umat Islam pun. endingnya mahu masuk syurga. siapa lah yang mahu masuk neraka.. kan?
disebabkan itu mereka ni suka bebenar pergi syarahan agama di masjid dengan niat untuk menambah Ilmu. dan soalan soalan yang ditanya pun selalunya berkaitan hukam hakam lah. kalau tak percaya, cuba tanya ustaz azhar idrus.
"ustaz... kalau orang tu buat begitu begini.. dosa tak?"..
contoh je.
"ustaz.. kalau bangla tu berada dalam keadaan begitu begini.. lepas tu pergi sembelih ayam.. halal tak ayam tu?"..
contoh lagi.
"kalau langgar lampu traffic light merah waktu malam hari.. dosa tak?"..
contoh lagi.
begitulah selalu nya. dan golongan syariat yang taat memang selalunya rajin mengaji al-quran. sekurang kurangnya baca yassin pada malam jumaat. tapi golongan ni tak rajin baca tafsir, alasannya mudah.
"kita bukan ustaz nak mentafsir al quran"..
tapi sangat rajin membaca hadith tanpa suka mengkaji asal usulnya. kalau dalam facebook tu, yang jenis suka share tapi malas nak study.
cukup kot buat masa ni. cerita yang basic basic aja udah lah.
sambung..
best tok....sambung2....
ReplyDeleteakan di usahakan sambungannya...
ReplyDelete