tarikat
selepas tingkatan syariat kita pergi ketingkatan tarikat pulak. tok rasa macam cikgu sekolah menengah pulak. baik lah murid murid.. mari kita buka buku ilmu hisab tambahan. lantaklah.. dah merepek.
selalunya orang bersyariat ada yang merasa ketidak puasan dalam bersyariat. ada bersembahyang cukup waktu dan melakukan perkara sunat dan jiwa mereka masih lagi kosong. mereka rasa macam ada kekurangan. dan bermula lah mereka mencari cari kekosongan tersebut. apa paling dekat mereka jumpai adalah ilmu tarikat.. kadang kadang dieja "tarekat".
bagi tok tarikat ini bukanlah satu ilmu yang dipelajari dimana tarikat itu sendiri bermaksud sebagai "jalan". jalan apa? yang pastinya bukan lah jalan raya atau jalan jalan. ia adalah jalan untuk mendekatkan diri dengan Allah. itu lah maksud yang paling logik yang boleh tok pikir. mungkin ada maksud lain.
ada banyak group tarikat didunia ni dan dimalaya ni pun banyak. ada tarikat ahmadiah, tarikat naksyabandiah dan bagai bagai lagi dan yang pastinya group ayah pin dan group rasul melayu pak kahar tak dikira sebagai group tarikat. tiap tiap group tarikat pasti mengaku yang tarikat mereka pastinya bersanad sehingga Rasullullah. maksudnya lebih kurang begini la.. semua ilmu dan cara zikir diturunkan dari Rasullullah kepada sorang guru kesorang guru hinggalah sekarang.
tarikat ini lebih kepada berzikir sahaja. satu hari boleh makan beribu ribu. dan perkara ini haruslah di patuhi oleh anak anak murid. ditingkatan inilah kita akan biasa dengar.
- baiah
- tawajuh
- tawassul
- suluk
- nafi isbat
orang tarikat ini selalunya adalah pengamal syariat yang ketat. dimana jarang sekali sembahyang diabaikan dan sentiasa menunggu waktu. sembahyang sunat lagilah. selagi ada apa sahaja sembahyang sunat semua dibuat. masa ni la kadang kadang ada yang start bertanda hitam didahi. kononnya dahi sentiasa di sejadah. senang kata dari jauh orang dah nampak alim. tapi bukan semua ya.
masalah tarikat ni selalunya anak anak murid taksub sangat dengan tok guru. sampaikan ada yang sanggup makan sisa makanan guru.
"nak ambik berkat guru".. antara alasan yang pernah tok dengar.
itu belum lagi yang dok ngaku guru atau mursyid masing masing sebagai wali wali besar atau wali wali agung. bagi diorang guru tu tahap tinggi dah. jadi segala doa pasti sampai. sehinggakan ada yang masa berzikir diharuskan membayangkan wajah guru. ini mungkin bermaksud zikir zikir tersebut akan sampai pada Allah melalui guru yang lebih arif.
selalunya mereka ini akan mengaitkan diri mereka sebagai orang sufi. yang kerjanya hanya berzikir sahaja. ada tok pernah nampak dalam ofis pun berzikir. bukan apa, dalam satu hari tu banyak pengiraan zikir nak kena buat jadi takut tak sempat, buat lah waktu kerja. tapi yang ni pun bukan semua orang tarikat yang buat. kebanyakan orang orang syariat akan mengatakan pengikut pengikut tarikat adalah sesat. ini selalunya adalah tuduhan orang orang syariat yang tidak mengkaji atau pun hanya mengkaji separuh jalan.
senang kata siapa yang tak sanggup melalui disiplin yang tok sebut diatas tak perlulah layan tarikat. buang masa, tenaga dan wang. duduk sahaja di tingkatan
bersambung..
Published with Blogger-droid v2.0.4
Assalamualaikum Tok
ReplyDeleteSaya tertarik bila Tok sebut dahi hitam diatas. Kalau dulu dikaitkan dahi hitam dengan tanda kuat solat, kuat agama. Mudahnya alim.
Zaman sekarang sebaliknya. Ada yang kata mereka yang berdahi hitam ni tanda tak ikhlas, mereka yang berdahi hitam ni bersikap 'poyo' dan macam macam lagi.
Sebenarnya apa ye Tok tanda berdahi hitam ni?
Sebab orang ada diabetis pun boleh berdahi hitam juga.
Minta pandangan Tok.
salam tok MFT,
ReplyDeleteada yang pernah bermimpi berjumpa Rasullullah menceritakan... beliau tak nampak pun dahi beliau bertanda hitam.
err.. menjawab soalan ke tok ni?
pegh.....dah lama tunggu kupasan menarik dari tok mengenai syariat, tarikat, hakikat dan makrifat......
ReplyDeletebest....teruskan tok.....
tak kupas apa apa pun... sembang sembang kosong ja..
ReplyDelete