Dalam usia yang sepatutnya mengingati saat kematian. Tak sangka ramai pula yang mengingati hari kelahiran tok. Nenek dan anak anak awal awal lagi sudah mengingatkan tok. Tak sangka juga ada rakan rakan yang mendokan baik baik untuk tok. Nak ucapkan terima kasih kepada rakan rakan yang mengingati tarikh lahir tok dan mendoakan yang baik baik. Harap kalian jua baik baik belaka.
Bagi tok kalau mahu diraikan hari ni, orang paling layak adalah unyang perempuan. Hari dimana unyang bersusah payah melahirkan tok.
"waktu orang tengah sembahyang jumaat".. kata unyang dahulu.
kebetulan hari ini juga adalah hari jumaat. sayang sekali hari ini tak sempat bertemu unyang. InsyaAllah esok hari.
No comments:
Post a Comment