Ramadhan datang lagi. Sesudah ramadhan datang le pulak Syawal. Syawal maknanya Hari Raya kat budak budak. Opss.. cerita pasal ramadhan. Sebelum tu cerita sikit sebab apa lama tak menulis.
"Tak ada mood".. jawab tok dengan tenang
Macam biasa lah, mana mana blog pun kalau tajuk nya Ramadhan selalunya mesti nak mengucapkan salam Ramadhan campur nasihat nasihat sikit, macam,
1. jangan main mercun
2. moga bertemu lailatul qadar
3. dan macam macam lagi.
Tapi tok malas nak wish apa apa. YES!! M.A.L.A.S maksudnya lazy. Bulan ramadhan ni banyak topik boleh create dan di ceritakan. antaranya;
1. tentang lailatul qadar
2. apa maksud malam seribu bulan.
3. maksud puasa
4. syaitan kena ikat/penjara
5. dan macam macam lagi.
Tapi rasanya tok malas kot. YES!! M.A.L.A.S.
Entry kali ni patutnya bagi tajuk MALAS, dan bukan tajuk RAMADHAN.
P/S: apa apa hal pun gambar diatas memang tak ada kaitan dengan Ramadhan. Gambar pun tok curi dari blog mana tah. dah tak ingat dan MALAS nak ingat. SELAMAT BERMALAS MALASAN DIBULAN RAMADHAN.
Salam Sahabat,
ReplyDeleteDi bulan Ramadhan ni satu kisah yang paling tidak aku lupa ialah tersesat ke Kampung Kuang.
Masa Boy dulu kalau aku outing pasti akan ke sungai buloh merbau sempak rumah arwah bapak saudara.
Tah macamana, suatu hari tu aku terlelap dalam bas langsung bas tu masuk ke pekan kuang, sampai dah habis jalan dah bas tu baru aku terjaga... hari dah nak maghrib, namun Allah telah menentukan aku ternampak kelibat junior aku iaitu kau sedang melintas ... begitu lah Allah maha menentukan segalanya, walaupun aku sesat, tapi aku dapat berbuka dengan juadah yang enak.
Terima Kasih kerana budi kau dan keluarga. Semoga Allah merahmati kalian hingga akhirat.
no prob bro. kalau sesat lagi calling calling la. nanti kalau aku sesat kat al-khor aku call kau bro.
ReplyDelete