Tuesday, August 28, 2012

MERDEKA


gambar bendera cilok tak tau kat mana

Rasanya tok tak pernah tulis lagi tajuk pasal MERDEKA ni. Sempena bulan yang di katakan bulan keMERDEKAan ni, maka tok ambik kesempatan untuk mencoret sikit.

Selama ni tok tak pernah ambik port pun pasal MERDEKA ni. Yang tok tahu tok dapat cuti percuma ja. Dari kecik dulu tok bab sejarah ni memang tak berapa nak pandai. Jadi sejarah keMERDEKAan Malaysia pun samalah tok tak pandai. Mana tak nya, belajar asyik nak suruh hapal tarikh ja mana tok nak minat. Tok ni jenis cepat ingat kalau lihat gambar gambar. Kalau tengok nombor nombor memang harus tok kelongkang.

Berbalik kepada cerita keMERDEKAan ni. Kalau tanya tok sambutan keMERDEKAan ini adalah tahun ke berapa? Harus jawapan tok keluar ke simpang. Rasanya tok ni boleh lah di katakan bukan nasionalis. Memang ya pun, tok mengaku yang tu. Orang lain naik bendera Malaysia depan rumah, tok naik bendera Kalimah. Tapi kalau dapat bendera Malaysia free tok pasanglah depan rumah, itu pun tanpa pengertian.

Bagi tok.. tok tak berapa sangat sambut keMERDEKAan negara Malaysia ni, sebab hati dan diri tok tak merdeka sepenuhnya. Tok tak tahu bila tok boleh sambut MERDEKA, entah boleh entah tidak.

Macam mana nak meMERDEKAkan diri, jikalau diri ini bukan kita yang punya.
Macam mana nak meMERDEKAkan hati jikalau hati ini bukan kita yang punya.

Apa yang tok boleh buat adalah buat buat seronok seronok MERDEKA aja. Itu pun tak berapa nak seronok. Dunia pinjam pinjaman, esok lusa tak tahu apa berlaku. Kalau nak sambut, sambutlah dengan cara sederhana dan cukup cukup syarat sahaja.

Walau apa pun tok nak mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada mereka yang meraikannya.

No comments:

Post a Comment