Tuesday, August 28, 2012

MERDEKA


gambar bendera cilok tak tau kat mana

Rasanya tok tak pernah tulis lagi tajuk pasal MERDEKA ni. Sempena bulan yang di katakan bulan keMERDEKAan ni, maka tok ambik kesempatan untuk mencoret sikit.

Selama ni tok tak pernah ambik port pun pasal MERDEKA ni. Yang tok tahu tok dapat cuti percuma ja. Dari kecik dulu tok bab sejarah ni memang tak berapa nak pandai. Jadi sejarah keMERDEKAan Malaysia pun samalah tok tak pandai. Mana tak nya, belajar asyik nak suruh hapal tarikh ja mana tok nak minat. Tok ni jenis cepat ingat kalau lihat gambar gambar. Kalau tengok nombor nombor memang harus tok kelongkang.

Berbalik kepada cerita keMERDEKAan ni. Kalau tanya tok sambutan keMERDEKAan ini adalah tahun ke berapa? Harus jawapan tok keluar ke simpang. Rasanya tok ni boleh lah di katakan bukan nasionalis. Memang ya pun, tok mengaku yang tu. Orang lain naik bendera Malaysia depan rumah, tok naik bendera Kalimah. Tapi kalau dapat bendera Malaysia free tok pasanglah depan rumah, itu pun tanpa pengertian.

Bagi tok.. tok tak berapa sangat sambut keMERDEKAan negara Malaysia ni, sebab hati dan diri tok tak merdeka sepenuhnya. Tok tak tahu bila tok boleh sambut MERDEKA, entah boleh entah tidak.

Macam mana nak meMERDEKAkan diri, jikalau diri ini bukan kita yang punya.
Macam mana nak meMERDEKAkan hati jikalau hati ini bukan kita yang punya.

Apa yang tok boleh buat adalah buat buat seronok seronok MERDEKA aja. Itu pun tak berapa nak seronok. Dunia pinjam pinjaman, esok lusa tak tahu apa berlaku. Kalau nak sambut, sambutlah dengan cara sederhana dan cukup cukup syarat sahaja.

Walau apa pun tok nak mengucapkan SELAMAT HARI MERDEKA kepada mereka yang meraikannya.

Tuesday, August 21, 2012

Menjunjung Bere Hijau - Den Comando


Dari malam Syawal sehingga satu Syawal kerja tok tak ada lain. Baca buku senior "boi wing" tok ni. Memang menarik di baca, ianya tentang pengalaman beliau dalam tentera terutama sekali ketika menjadi komando. Tok jumpa banyak kesalahan ejaan, mungkin tidak di edit dengan baik. Tapi ianya tidak mencacatkan perjalanan cerita.

Buku ini boleh di beli online di blog beliau sendiri. "Komando Kodai Kopi (KKK)"

Facebook Pages


Cuti Syawal ni tok tak banyak sangat jalan jalan. Kebanyakkan masa tok adalah duduk di rumah. Sambil tu sempat jugak layan create Pages dalam facebook. Siapa yang minat nak lawat meh la ke "Facebook Pages" tok. Jangan lupa click butang LIKE.




Thursday, August 16, 2012

Syawal


Lepas tenggelam Ramadhan, timbullah pulak Syawal. Tahap kemalasan tok tetap sama. Tampal kad raya pun kad raya cilok. Cuma tok tambah letakkan gambar kura kura penguin kecik pakai topi lanun jer kat bawah belah kiri. Jadi tak tahu nak bagi kredit kat siapa. Tok ambik pun sebab pantun dia nampak macam menarik ja. Rasanya yang reka pantun tersebut sama ada nelayan atau kaki pancing.

Siapa free nak datang rumah tok meh la. Rasanya raya ke dua tok dah kembali ke rumah. Apa apa hal telefon lah dulu.

Thursday, August 2, 2012

Ramadhan


Ramadhan datang lagi. Sesudah ramadhan datang le pulak Syawal. Syawal maknanya Hari Raya kat budak budak. Opss.. cerita pasal ramadhan. Sebelum tu cerita sikit sebab apa lama tak menulis.

"Tak ada mood".. jawab tok dengan tenang

Macam biasa lah, mana mana blog pun kalau tajuk nya Ramadhan selalunya mesti nak mengucapkan salam Ramadhan campur nasihat nasihat sikit, macam,

1. jangan main mercun
2. moga bertemu lailatul qadar
3. dan macam macam lagi.

Tapi tok malas nak wish apa apa. YES!! M.A.L.A.S maksudnya lazy. Bulan ramadhan ni banyak topik boleh create dan di ceritakan. antaranya;

1. tentang lailatul qadar
2. apa maksud malam seribu bulan.
3. maksud puasa
4. syaitan kena ikat/penjara
5. dan macam macam lagi.

Tapi rasanya tok malas kot. YES!! M.A.L.A.S.

Entry kali ni patutnya bagi tajuk MALAS, dan bukan tajuk RAMADHAN.

P/S: apa apa hal pun gambar diatas memang tak ada kaitan dengan Ramadhan. Gambar pun tok curi dari blog mana tah. dah tak ingat dan MALAS nak ingat. SELAMAT BERMALAS MALASAN DIBULAN RAMADHAN.