Thursday, November 22, 2012

Doa Iftitah


Nenek ada tanya tok tentang pengetian sembahyang suatu ketika dahulu. Sebab apa kita angkat tadbir, sebab apa kita rukuk, sebab apa kita sujud dan sebagainya. Ish.. jauh kedepan rupanya nenek. Tok kata sabar sabar lah dulu. Tak tercapai tok nak cerita dulu bab tu. Jadi tok kata, paham kan lah dulu doa doa kita di dalam sembahyang tu. Kalau nak berdoa, doa kita tu haruslah kita fahami dahulu.

Jadi kita mulakan dahulu dengan doa iftitah.

Maksudnya:

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).

yang ni tok cilok dari (petikanterbaik). sebenarnya ini adalah ulangkaji dari sekolah sekolah dahulu. cuma kali ini cubalah pahamkan benar benar.

Allah Maha Besar sebesar-besarnya. 
Doa iftitah ini di mulakan dengan puji pujian dahulu.

Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam.
Tak cukup puji sekali, di puji lagi. Dan lagi. Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk membesarkan Allah. Tu sebab kadang kadang ada orang marah kalau kena puji lebih lebih.
"Hanya Allah SWT sahaja yang layak dipuji".. kata seseparuh orang..

Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah
Kat sini dah mula menyatakan pengabdian kita kepada Allah. Kuhadapkan mukaku kalau maksudnya dari segi Ilmu Syariat, lebih kurang macam patuh lah.

dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
ya, masa tengah sembahyang ni mula buat pengakuan yang kita tidak mensyirikkan Allah.

Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Bila sebut sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah semata mata. Ketika ini kita mengaku bahawa segala perbuatan kita semasa hidup adalah kerana Allah semata mata. Dalam sambil itu, kita puji lagi dengan menyebut Allah adalah pemilik sekelian alam. Kadang kadang ada yang tanya, kenapa dah sebut sembahyangku kemudian sebut lagi ibadatku? Tak sama ke? Tok malas nak panjang panjang yang ni.

Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.
dan buat pengakuan sekali lagi yang kita tidak sekali sekali mensyirikkanNya. Apa pasal ya banyak kali cerita tak buat syirik ni? Sebab dia adalah dosa yang tidak diampunkan. Jadi kita pun sebutlah banyak banyak kali. Macam declare dulu tak buat salah dan tak mau buat salah. Janji macam macam lah. Tunaikan atau tak tunaikan, itu sendiri jawab nanti.

Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Yang ini maksudnya sebenarnya lebih kurang "dengan ini, maka perintahkanlah aku dan jadikanlah aku tergolong dari orang orang Muslim(Islam)". Masa ini mula mintak perintah dari Allah (lebih kurang). Maknanya suruh buat apa sahaja aku akan buat. Lebih kurang macam janji manis lah bagi sesetengah orang. Dan di akhiri, barulah buat permintaan iaitu mintak di masukkan di dalam golongan orang Muslim.

Pengertian doa ni macam macam sebenarnya. Orang Syariat paham lain, orang Tarekat paham lain, orang Hakekat paham lain dan orang Makrifat paham lain. Yang penting paham. Jangan dok hapal ja, tapi tak paham langsung.

Wednesday, November 21, 2012

Kedai Kopi Kampung (KKK)



Kalau siapa masuk ceruk ceruk kampung, yang orang kata ulu ulu banat ni, mesti ada yang terserempak dengan Kedai Kopi Kampung (KKK). Lebih kurang macam warung Pak Jabit la. KKK ni pun pelanggannya tak ramai, selalunya penduduk penduduk situ jugak la. Nak kira untung jarang yang untung. Ibarat bukak kedai macam seronok seronok ja. Walau bagai mana pun KKK tetap bukak hari hari. Kadang kadang sorang dua orang ja yang datang minum sehari. Orang luar memang tak datang la KKK ni, sebabnya, jauh ke dalam. Lagi pun tak ada specialnya pun, setakat tempat lepak orang orang kampung.


Bagi tok, blog tok ni sebijik macam KKK je la. Ibarat hidup segan mati tak mau. Nak tutup tak boleh, sebab pelanggan ada, nanti kena marah. Lagi pun tok bukak KKK ni pun asalnya seronok seronok ja sekadar nak merapu dan buat testing sikit sikit. Konsep pun tak ada. Ikut suka tok nenek tok ja.

Kalau ikut carta kat atas tu, pelanggan tok purata sehari adalah lebih kurang tiga puloh orang. Kalau sorang datang minum secawan kopi, lebih kurang RM30 sehari. Sebulan adalah purata RM700. Kalau assumption secawan kopi RM1. Itu pun tak tolak harga kos lagi. Kalau duduk di kampung cukup kot belanja banyak ni.

Tuesday, November 20, 2012

Tahu.Paham.Buat




Siapa yang ada anak masih kecil sekecil darjah satu atau sekecil tingkatan satu, mesti pernah dengar benda ni. Budak budak ni sekarang dah tak main exam exam dah. Dah tak ada markah 90 per 100 dapat A, atau dah tak ada periksa nombor berapa dalam kelas. Sekarang ni diorang dah main band pulak. Bukan band muzik macam waliband tu. Ini band apa tah... tok tak paham.


  • Band 1 (Tahu)
  • Band 2 (Tahu dan Faham)
  • Band 4 (Tahu, Faham dan Boleh Buat Dengan Beradap)
  • Band 5 (Tahu,faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Terpuji)
  • Band 6 (Tahu,Faham dan Boleh Buat Dengan Beradab Mithali)


Tok ada jugak masuk briefing tentang band band ni. Tapi tak paham paham. Tok masuk pulak briefing bincang/penerangan markah hujung tahun dengan guru. Masih jugak tak paham. Kelat betul otak tok ni. Sebenarnya tok paham maksud band band tu, yang tok tak paham sebenarnya adalah pengkelasan band tu dan kalau tak ada %^^^%&^%$$#$#... Sebenarnya tok pun dah tak paham apa tok nak tulis ni.

Rasanya dalam Ilmu apa pun boleh pakai band band ni. Tapi kena paham lah pengkelasan Ilmu itu sendiri. Mungkin kita boleh telek diri sendiri dan compare kan dengan tiap tiap ilmu yang ada.

Contoh:
Ilmu Ambil Air Sembahyang.
Anda akan Band 1 kalau: Tahu cara nak ambil air sembahyang. 
Anda akan Band 2 kalau: Tahu cara nak ambil air sembahyang dan faham caranya.
Anda akan Band 3 kalau: Tahu cara nak ambil air sembahyang, faham caranya dan boleh buat.
Anda akan Band 4 kalau: Tahu cara ambil air sembahyang, faham, boleh buat dan beradap (ikut tertib).
Anda akan Band 5 kalau: Tahu cara ambil air sembahyang, faham, boleh buat dan beradap dengan betul (perfect).
Anda akan Band 6 kalau: Tahu cara ambil air sembahyang, faham, boleh buat dan beradap dengan betul (perfect) dan boleh dijadikan contoh kepada orang lain.

Entah betul entah tidak contoh tok ni. Belasah ja lah...

Mari kita telek diri sendiri.

Ilmu Syariat.
Ilmu Tarekat.
Ilmu Hakikat. 
Ilmu Makrifat.


Pentas Lakonan



Tak kira lah filem ka, teater ka, semuanya mesti ada skrip dan jalan cerita. Untuk ada skrip mesti ada tukang tulis skrip. Bila skrip dah siap, submit pada producer. Producer kata OK, baru baru start cari pengarah. Pengarah baca skrip, tentukan berapa ramai pelakon nak pakai, tentukan siapa jadi hero, siapa jadi heroin, kalau cerita lama lama, mesti ada pak pacak, selalunya pak pacak ni jarang ada skrip. Kalau ada skrip pun pendek pendek ja.

"Baik tuan..".. ini contoh skrip pak pacak

Bila pelakon pelakon dah ditentukan, krew pun mesti ada. Kalau tidak siapa nak angkat kamera, siapa nak oprate kamera, nak angkat payung dan macam macam. Itu kalau buat filem atau drama. Kalau teater, krew audio kena ada, krew buat prop, krew susun kerusi.

"sound check.. sound check".. ini contoh krew sound bila buat testing

Ish macam macam macam kalau nak buat cerita ni, tak kira lah filem, drama atau teater. Kalau buat cerita kartun pun lebih kurang jugak.

"betul.. betul.. betul" contoh suara kartun upin ipin..

Kartun pun nak kena ada skrip jugak, nak kena pinjam suara orang jugak. Orang jugak yang nak kena lukis kartun. Pengarah tetap kena ada.

Apa apa pun bila semua ni dah siap, mesti nak kena ada penonton jugak. Kalau idak tak guna guna buat filem. Cam cerita 2 alam (dr. tak ingat dah nama dia). Kadang kadang ada jugak penonton yang pernah jadi pelakon dan ada pelakon yang pernah jadi penonton. dan ada juga penonton yang tak pernah berlakun pun.

Tok selalu jugak tengok mertua dengan anak perempuan tok yang sorang tu, kalau tengok drama dengan opahnya, memang selalu emosional. Kadang kadang siap marah marah pelakonnya. Yang membuatkan tok terpikir, diorang ni tahu tak itu sekadar lakonan sahaja.

Tok tak tahu lah apasal tok buat cerita ni. Tapi kalau diberi pilihan, korang nak ambik watak apa ya?

Wednesday, November 14, 2012

Awal Muharram


Selalunya bila awal menjelang tiba.. tok akan keluar berjalan bersama rakan rakan tok. Tahun ni tak ada la pulak. Apasal ya mat? Apasal kita tak keluar tahun ni?

Tok buat andaian yang masing masing lupa. Petang ni baru tok ingat nak keluar. Tapi apakan daya... petang ni tok kerja. Esok pulak tok dah janji dengan nenek nak balik kampung beliau di Sitiawan.

Nampak gaya nya tok pergi sembang ngan Pak Tam atau Pak Din atau Pak Ndak atau Atok MOM ajalah. itu pun kalau depa ada.

Apa apa pun tok nak ucapkan selamat tahun baru kepada pembaca blog ini. (itu pun kalau ada).

Published with Blogger-droid v2.0.9

Saturday, November 10, 2012

Sepuluh.Sebelas.Duabelas


10.11.12. Hari ni biasa biasa ja. cuma esok 11.11.12 adalah hari jadi nenek.

Published with Blogger-droid v2.0.9

Wednesday, November 7, 2012

Kitab Tajul Muluk


Tok mengendap perbincangan dua orang sahabat di ofis tadi. Berbincang pasal beberapa Kitab lama yang mereka baca.

"Saya dah baca dah kitab tajuk muluk, kitabnya ada di rumah".. kata encik Safwan (bukan nama sebenar)

"Kalau macam tu engkau mesti dah tahu di mana itu Alif Lam Lam Ha".. jawab encik Harith (bukan nama sebenar)

Encik Harith ni memang biasa tok dengar dari cakap cakap angin yang beliau ni mempunyai Ilmu tinggi melangit. Tok malas nak masuk campur, lagi elok duduk luar gelanggang. Selalunya orang yang punyai Ilmu tinggi melangit ni.. cakap dia je betul, langsung tak boleh di sangkal.

Setelah dengar soalan encik Harith pasal tahu tak di mana itu Alif Lam Lam Ha, muka Safwan macam konfius kejap. Sebenarnya tok pun konfius.

1. Pasal dimana Alif Lam Lam Ha itu
2. Kitab Tajul Muluk itu rasanya cerita bab lain.. bukan bab ketuhanan..

"Err... silap la bang, sebenarnya yang saya baca tu buku Permata Yang Hilang".. jawab encik Safwan.