Nenek ada tanya tok tentang pengetian sembahyang suatu ketika dahulu. Sebab apa kita angkat tadbir, sebab apa kita rukuk, sebab apa kita sujud dan sebagainya. Ish.. jauh kedepan rupanya nenek. Tok kata sabar sabar lah dulu. Tak tercapai tok nak cerita dulu bab tu. Jadi tok kata, paham kan lah dulu doa doa kita di dalam sembahyang tu. Kalau nak berdoa, doa kita tu haruslah kita fahami dahulu.
Jadi kita mulakan dahulu dengan doa iftitah.
Maksudnya:
Allah Maha Besar sebesar-besarnya. Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam. Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah. Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam. Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya. Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
yang ni tok cilok dari (petikanterbaik). sebenarnya ini adalah ulangkaji dari sekolah sekolah dahulu. cuma kali ini cubalah pahamkan benar benar.
Allah Maha Besar sebesar-besarnya.
Doa iftitah ini di mulakan dengan puji pujian dahulu.
Dan puji-pujian bagi Allah sebanyak-banyaknya. Dan maha suci Allah siang dan malam.
Tak cukup puji sekali, di puji lagi. Dan lagi. Sebenarnya ini adalah salah satu cara untuk membesarkan Allah. Tu sebab kadang kadang ada orang marah kalau kena puji lebih lebih.
"Hanya Allah SWT sahaja yang layak dipuji".. kata seseparuh orang..
Kuhadapkan mukaku, kepada yang menjadikan langit dan bumi, aku cenderung lagi berserah kepada Allah
Kat sini dah mula menyatakan pengabdian kita kepada Allah. Kuhadapkan mukaku kalau maksudnya dari segi Ilmu Syariat, lebih kurang macam patuh lah.
dan bukanlah aku dari golongan orang-orang yang menyekutukan Allah.
ya, masa tengah sembahyang ni mula buat pengakuan yang kita tidak mensyirikkan Allah.
Sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku kuserahkan hanya pada Allah tuhan seru sekelian alam.
Bila sebut sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya kerana Allah semata mata. Ketika ini kita mengaku bahawa segala perbuatan kita semasa hidup adalah kerana Allah semata mata. Dalam sambil itu, kita puji lagi dengan menyebut Allah adalah pemilik sekelian alam. Kadang kadang ada yang tanya, kenapa dah sebut sembahyangku kemudian sebut lagi ibadatku? Tak sama ke? Tok malas nak panjang panjang yang ni.
Sekali-kali tidaklah aku menyekutukanNya.
dan buat pengakuan sekali lagi yang kita tidak sekali sekali mensyirikkanNya. Apa pasal ya banyak kali cerita tak buat syirik ni? Sebab dia adalah dosa yang tidak diampunkan. Jadi kita pun sebutlah banyak banyak kali. Macam declare dulu tak buat salah dan tak mau buat salah. Janji macam macam lah. Tunaikan atau tak tunaikan, itu sendiri jawab nanti.
Dan dengan demikian aku ditugaskan, dan aku adalah dari golongan orang-orang Muslim (Islam).
Yang ini maksudnya sebenarnya lebih kurang "dengan ini, maka perintahkanlah aku dan jadikanlah aku tergolong dari orang orang Muslim(Islam)". Masa ini mula mintak perintah dari Allah (lebih kurang). Maknanya suruh buat apa sahaja aku akan buat. Lebih kurang macam janji manis lah bagi sesetengah orang. Dan di akhiri, barulah buat permintaan iaitu mintak di masukkan di dalam golongan orang Muslim.
Pengertian doa ni macam macam sebenarnya. Orang Syariat paham lain, orang Tarekat paham lain, orang Hakekat paham lain dan orang Makrifat paham lain. Yang penting paham. Jangan dok hapal ja, tapi tak paham langsung.
No comments:
Post a Comment