Wednesday, April 24, 2013

Fitnah di Dalam Al Quran

di dalam ayat suci al quran ada lebih kurang sepuluh kali hal fitnah disebut. tok malas le pulak nak letak panjang panjang. tok letak rujukan je lah untuk korang merujuk.

1. 2:191
2. 2:193
3. 2:217
4. 4:91
5. 6:23
6. 8:39
7. 9:49
8. 10.85
9. 29:10
10. 68:11

cuba baca/rujuk sendiri kat surah.my.

Monday, April 22, 2013

Pacak Bendera


Sekarang ni musim orang pacak bendera. Merata rata ada bendera. Kat tiang, kat atas pokok, merintang jalan dan macam macam tempat lagi. Selagi boleh la. Tok pun nak tumpang meriah jugak. Tapi bendera ni sepanjang tahun tok naikkan dan tak pernah turun turun. Tok letak pun dalam rumah tok, jadi tak lah mengganggu orang.


Dah naik satu bendera, masih ada lebihan lagi dua. Yang dua lebihan ni pun tok tak tahu nak letak mana lagi. Satu kaler hijau dan satu lagi kaler hitam.


Walau apa pun bendera yang tok naikkan dirumah. Undi tok masih tetap rahsia.

Saturday, April 13, 2013

Raja Nusantara

~Ini adalah iklan percuma~

Dalam dok melayar dalam laman sesawang dan muka buku. Tok terjumpa la satu group ni yang dok mengaku sebagai group Raja Nusantara dari Empayar Langkasuka. Yang juga mengaku sebagai pemegang panji hitam Imam Mahadi. Imam yang ditunggu kemunculannya oleh ramai orang. Tok tak habis study pula depa ni sebenarnya dari negara mana.

Kalau rajin jenguklah facebook diorang.
https://www.facebook.com/rajanusantaragroup.eplnusantara

Tak pun korang google ajalah "Raja Nusantara"


Thursday, April 11, 2013

Satu Permainan


Ini semua hanyalah satu permainan. Separuh orang tahu dan separuh orang tak tahu. Yang tak tahu tu biar kan ajalah. Habis nak buat macam mana. Kalau siapa rajin terangkan pada diorang, terangkan ajalah. Tapi kalau korang kena reject jangan la frust pulak.

Yang mengaku tahu pun kena tahu jugak apa yang diorang/korangb  tahu. Tahu permainan siapa? Ada yang kata permainan Dajjal. Sebab sistem pun dah tak betul. Ada yang kata sana tak betul, ada yang kata kat sinun pun tak betul. Yang mengata benda/perkara tak betul tu sudah tentunya mengaku dia yang betul.

Cuba kita tengok dari perkspektif yang lain. Permainan ini semua sangat indah. Sebab perancangnya sangat genius dan tiada satu pun boleh lawan ke genius an Nya. Dalam permainan ini complete semua ada. Dalam masa seronok bermain, sambil tu boleh mencarut, boleh memfitnah, macam macam watak keluar. Kalau disenaraikan watak dan cara bermainnya memang panjang.

Malahan, ada yang tahu, keputusan permainan pun sudah ada, cuma belum officially announce sahaja. Yang suka bermain tu, teruskan sahaja bermain. Ini adalah antara nikmat nikmat yang diberi kepada manusia. Yang tak tahu ini semua satu permainan tok nak kata buat lah pilihan yang terbaik. Tapi bagi yang tahu ini semua satu permainan tok nak kata apa lagi, sama ada korang teruskan bermain atau duduk tepi tengok aja.

SELAMAT MENGUNDI.

Friday, April 5, 2013

Dark Art


Dulu masa zaman zaman hitam, ada lah tok belajar sikit sikit pasal sihir hitam ni. Tok guru tok tu panggil Dark Art. Ada yang guna gambar. Ada yang guna tulisan. Ada guna pendulum. Main bakar kertas. Ada guna conteng conteng dinding dan macam macam lagi. Tapi tok tak ada la mempraktik kan. Sekadar ambik tahu ja. Bak kata wurang kampuang tok, "Know your Enemy". Kalau nak gaduh ngan ahli sihir nanti, serba sedikit tok tahu lah ilmu apa diorang guna.

Tapi Dark Art yang tok belajar ni, orang melayu tak pakai atau jarang pakai. Sebab orang melayu panggil ilmu gelap ni sihir atau Ilmu Hitam. Bunyi nya lain, walau pun maksud sama. Lagi pun Dark Art ni tak la se power ilmu sihir orang melayu (ini pendapat tok ja). Lawan kepada Dark Art ni adalah White Art. Tapi sebenarnya tak jauh beza pun. Tujuan dia sahaja yang menjadikannya Dark atau White.

Wednesday, April 3, 2013